23 July 2013
SRK Seri Pristina: Isu Budak Sekolah Tidak Puasa Makan Di Tandas
This is another thing yang aku terkejut untuk hari ni. Maunya tak, bukak-bukak facebook je, terdapat gambar budak sekolah kena makan di dalam bilik yang seakan-akan tandas. Terus darah aku memuncak. Masa tu terfikir la zaman sekolah aku dulu. Mana pernah benda-benda macam ni terjadi.
Nak-nak pulak kalo korang nak tau, terdapat la beberapa blog yang aku baca, main letak tajuk "Budak sekolah puasa diarah makan di tandas". Bagi aku, benda ni dah seakan racist dan tidak berperikemanusiaan. Budak-budak sekolah yang kecil-kecil kot. Sudah pasti bukan setakat bangsa lain je yang tak puasa. Ada jugak anak-anak melayu yang tak puasa sekali. Takkan sampai macam tu sekali kan 'hukuman' dia. Teruk betul SRK Seri Pristina ni yek?
Aku pun marah la di Facebook luahkan yang aku tidak puas hati dengan insiden ini.
Tapi, akhirnya aku ketahui perkara sebenar. Lepas aku kaji selidik, aku dapati yang aku tersilap judge. Dan aku tarik balik kata-kata aku yang menghina para guru, terutamanya guru besar sekolah berkenaan. Mazidul Akmal ada buat selidik mengenai hal ini dan terangkan apa sebenarnya yang berlaku. In fact, aku jumpa juga keratan post mengenai hal ini yang diterangkan sendiri oleh pelajar yang belajar di sekolah tersebut.
Rupa-rupanya, pihak sekolah itu mengarahkan mereka (pelajar) untuk makan di 'bilik persalinan'. Bukan di 'tandas'. Sememenangnya situ merupakan tempat pelajar menyalin pakaian dan terdapat tap air di situ bagi memudahkan pelajar membasuh tangan. Tiada tempat buang air pun di situ.
Tetapi, mengapa tidak makan di kantin?
Sekolah itu sebenarnya sedang dalam proses renovation bagi memperkemaskan kantin tersebut bagi menampung jumlah pelajar yang ramai. Jadi, pihak sekolah tidak mahu mengambil risiko pelajar tercedera oleh apa-apa kemalangan jika berada di sana sewaktu renovation sedang dijalankan. Oleh sebab itulah rupanya, pihak sekolah jadikan bilik persalinan itu sebagai tempat makan. Malah mereka sediakan meja siap dilapik, serta bangku bagi keselesaan pelajar makan di sana.
Hati aku pun mula sejuk mendapat tahu hal sebegini. Tetapi ia masih juga memberi satu bentuk pertanyaan kat aku sebenarnya. Kenapa mesti bilik persalinan? Bukan di dewan ke, di bilik komputer ke, atau mana-mana hall? Bilik persalinan, walaupun bukanlah sebuah tandas untuk buang air, ia tetap tidak menyelesakan. Bilik kecil, ruang udara terhad serta sudah pasti tandas berada berdekatan di situ. So bauan yang tidak menyenangkan tetap jua dapat dihidu.
Tapi, apa-apa pun biarlah fitnah atau salah faham ini selesai di sini. So, moral of the story is, jangan terus percaya bulat-bulat apa yang kita baca di internet ini. Buatlah sedikit kaji selidik mengenainya terlebih dahulu. Zaman internet ni, zaman fitnah berleluasa.
p/s: Aku minta maaf jika aku terkeluarkan kata kesat pada pihak berkenaan. Aku sedih kerana telah tersalah faham terhadap guru-guru. Satu adab yang aku jaga sejak dulu lagi..... hormati guru. Sob..sob..sob.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
budak2 skola tu dah start makan kat kantin balik..kantin dah siap renovate..guru besar skola tu diarahkan cuti seminggu dan akan ditukarkan sekolah atas sebab keselamatan sebab guru besar dia dah dapat macam2 ugutan termasuk ugutan bunuh..
Post a Comment