18 July 2013

Syukur: Another Stairway To Heaven



Semakin hari aku melihatkan kemasyarakatan dan sosial semakin meruncing. Tekanan dan ketegangan ada di mana saja. Masyarakat kita sudah tidak mampu untuk senyum dan jiwa mereka semakin sakit. Iye, semuanya kerana tekanan hidup. Tak kiralah tekanan di tempat kerja, keluarga, perhubungan dan sebagainya. Masyarakat kini hanya mampu tunduk dipijak oleh dugaan ini. Hm... pernah kah dengar dengan konsep "syukur"?

Orang selalu mengaitkan "syukur" itu dengan konsep "berterima kasih" terhadap nikmat yang Allah berikan terhadap insan. Tetapi berapa ramai di luar sana yang bersyukur dan redha bila ditimpa musibah?

Berapa ramai yang bersyukur bila demam? Bila pokai? Bila terjatuh? Bila kemalangan? Susah nak cari. Yang pasti, sebahagian besar umat manusia ini akan merungut, pasrah dan melenting.

Kita sepatutnya bersyukur dalam apa jua situasi. Dalam keadaan baik, ataupun buruk. Syukur apa yang terjadi. Kerana apa yang terjadi semestinya terdapat hikmah disebaliknya. Aku percaya bahawa Allah itu seagung-agung perancang. Hanya Dia yang tahu apa yang terbaik bagi kita.

Jadi, janganlah terasa bila orang lain ada kereta besar dan anda tiada. Bila orang lain ada rumah sendiri dan anda tiada. Bila orang lain ada segalanya yang anda mahukan dan anda masih lagi mencari. Semuanya ada sebabnya. Bila kita mula merasa dengki atau iri hati dengan nikmat orang lain, kita sebenar meletakkan bebanan pada diri sendiri sahaja. Jika dijadikan motivasi, baguslah. Jika tidak, ia akan menjadi suatu tekanan yang dipendamkan. Tekanan itulah yang akan menyebabkan aura dan unsur negatif bertapak dalam diri. Dan itulah yang akan memicu sifat baran, sombong dan sebagainya.

So, janganlah tunduk terhadap kelemahan diri. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Lagi-lagi di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sudah pasti kita akan sentiasa diduga dengan pelbagai perkara yang akan buat kita marah, sedih dan sebagainya. Orang/rakan tinggal janji, bos marah ditempat kerja, barang hilang... semuanya ditimpa ada sebabnya. Mungkin Allah ingin jadikan kita menjadi seorang penyabar, kuat dan tabah. Itulah sebabnya kita diduga.

Jadi, sentiasalah bersyukur. Senyum dan jangan sesekali berdendam dan membalas dendam. Apabila kita bersyukur dan redha, segalanya akan tampak lebih berwarna. Lebih bercahaya. Dan pelbagai jalan lain akan terbuka luas.

Jika anda melenting, marah, berdendam, dengki dan sebagainya apabila di duga, ingatlah bahawa anda sudah pun tewas dengan diri sendiri. Anda lemah.


p/s: Aku percaya Allah tak bagi aku Ferrari sekarang ni sebab taknak jadikan aku seorang yang riak dan takbur. So, perlahan-lahan kayuh. Ada rezeki nanti. -

No comments:

Let's Interact!

me>