Secara jujur, sewaktu aku berada di sekolah dahulu, aku pun join kadet dan banyak masuk kem ketahanan diri anjuran sekolah atau luar. So, benda-benda macam ni memang dah biasa sangat dah. Kena berjalan seorang diri hanya berpandukan tali untuk berjalan. Dan pernah juga duduk seorang diri di satu tempat sepanjang malam (malam burung hantu) dan hanya akan dipanggil semula di waktu pagi.
Semasa ni memang aku pelajari sesuatu yang mata kita memang banyak menipu kita. Sewaktu malam, apa-apa pantulan dari cahaya bulan akan membentuk satu paparan visual yang pelik. Pantulan cahaya itu akan terbentuk pada pokok, daun, batu dan sebagainya. Oleh sebab dalam minda kita terlalu banyak mempercayai benda-benda tahyul seperti hantu, paparan visual itu sendiri yang hantar satu signal kepada hati kita bahawa apa kita lihat itu adalah apa yang kita bayangkan. Itulah sebabnya kita berasa takut.
Selepas menjalani aktiviti ketahanan begini, Alhamdulillah, aku tiada masalah dengan kegelapan. Inshallah...setakat ini.
Bila tengok video ni, aku terkenang kembali zaman-zaman dulu. Memang best. Baru tersedar yang diri sendiri yang buat kita takut. Bukan benda yang lain. Aku pernah menjerit, baca Surah Kursi berterabur dan sebagainya. Ada member aku yang join siap pengsan lagi. Tapi the best thing is, terasa kekuatan dalam diri itu terbentuk dengan kem-kem sebegini. Aku sarankan setiap sekolah mesti hantar budak jalani aktiviti begini. Untuk membina jati diri yang kuat.
Kita lihat video ini barangkali akan tergelak. Tapi jika anda berada di hutan berseorangan dan tak nampak apa-apa, anda tau la macam mana rasanya. Bagaimana diri kita sendiri ingin menjatuhkan kita.
No comments:
Post a Comment