31 August 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56


Wow.. tanpa disangka. Rupanya sudah genap 56 tahun negara kita yang tercinta ini merdeka. Dan sepanjang 56 tahun ni, banyak perubahan yang berlaku di negara. Naik dan turun.

Put aside politik, aku bersyukur yang negara kita ini merdeka. Seandainya tanah kita ini masih dijajah oleh penjajah yang suatu ketika dahulu enak meratah dan memonopolikan Tanah Malaya kita ini, sudah tentu sampai sekarang, kita menjadi hamba di negara sendiri.

Penjajahan.

Hm. Walaupun kita masih aman dan permai serta merdeka, sebenarnya kalau kita lihat pada perkembangan sosial generasi kita masa kini, aku berpendapat, kita masih lagi dijajah. Rata-rata semuanya sudah semakin lama, semakin menuju ke arah Barat dengan fahaman serta amalan sosial yang dijaja oleh Barat sehingga sedikit sebanyak identiti "orang Malaysia" semakin terhakis.

Negara kita mungkin tidak dipegang secara direct oleh negara luar, tetapi minda masyarakat kita semakin lama semakin digenggam erat oleh mereka. Tengok sajalah fesyen anak muda masa kini. Tengok sajalah masalah sosial yang melanda. Bukan nak tegur orang muda saja, malah orang dewasa bahkan yang tua bangka pun sama sahaja.

Kadang-kadang aku takut jika identiti kita bakal pupus suatu hari nanti dan yang akan tinggal cumalah orang-orang yang keliru serta mencari-cari. Kini, susah nak cari orang yang betul-betul berbangga dengan identiti sendiri. Tak percaya? Cuba berkenalan dengan mana-mana stranger. Anda barangkali akan mendapat 45% situasi begini,

"Hai.. Nama saya Crystal. Nama sebenar saya Oi Liang Piao"
"My name is Sam. My real name is Rajasamy a/l Ramamurthi"
"Name gua Bob , bro. Nama sebenar wa Daud Jusoh Bin Adnan"

So, by this time, korang pun boleh dapat tangkap kan apa aku cuba sampaikan?

Tengok pada gaya hidup orang sekarang pun sama. Tak ubah kalau bermastautin di negara bukan Islam yang lain. Zina berleluasa sana sini. Budak-budak sekolah pun hisap rokok. Budak yang tak tumbuh bulu pun dah pandai "papa-mama", berpakwe-makwe. Dan tak heran jugak sekarang ni, budak umur 14 tahun pun ada yang dah mengandung luar nikah. So, jika kita betul-betul merdeka, dari segi apakah yang paling wajar untuk kita klasifikasikan sebagai pembebasan itu? Jika kita masih dibawah bisikan penjajahan...

Renung-renungkan.... Selamat Hari Merdeka!!

No comments:

Let's Interact!

me>