02 August 2013

Satu benda yang orang selalu ingat tapi selalu lupa nak buat,


Ye.. seperti yang kita tahu... Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya.  Boleh nampak kelihatan warga masyarakat mula shopping sakan beli baju raya dan persiapan raya yang kaw-kaw. Lagu-lagu raya juga semakin galak berkumandang di corong-corong radio dan juga televisyen. Kemeriahan makin dirasai.

Kuih-muih berlonggok-longgok dijual di merata tempat. Ia jelas menunjukkan betapa orang kita tidak sabar menyambut Aidilfitri kali ni. Hm... Dan ada juga yang sedih sebab Ramadhan bakal tinggalkan kita lagi. Setahun hanya ada sekali sahaja Ramadhan hadir. Kita takkan tau samada akan berjumpa lagi Ramadhan akan datang atau tidak. Semuanya di atas tangan yang Esa.

Tidak mengapa. Masa tetap akan berlalu juga. Kita takkan dapat menahan waktu daripada berlalu.

Jadi, aku just nak ingatkan kepada anda semua. Dalam-dalam kita membuat kuih raya, tempah baju baju raya baru, cantikkan rumah, main bunga api dan sebagai sebagai persiapan menyambut Hari Raya yang gemilang ni... janganlah lupa ye untuk membayar zakat fitrah.

Wajib tu.
Orang kita biasalah.... suka tunggu last minit.

Kadar untuk tahun ni RM7 sekepala. So.. tunaikanlah zakat itu. Berat dosanya kalau kita terlupa.

Sekian.

1 comment:

HiDDeN pRecIoUs said...

aah kan..rasa sayu je hati Ramadhan dah nak abis...tapi tetap rasa x sabar nak tunggu Syawal sampai :)

Let's Interact!

me>