16 August 2013

Penjenamaan.


Aku pernah handle banyak khusus keusahawanan bersama beberapa rakan dan dengar pelbagai ragam para usahawan yang terjatuh dalam perniagaan. Masalah yang kerap terjadi di kalangan mereka adalah bankrupsi dan perhutangan.

Iye, sememangnya dalam perniagaan memerlukan banyak modal dan pinjaman. Tetapi, harus diingat, tanpa plan dan countermeasures yang kukuh, perkara inilah yang membebankan diri dan akhirnya kita, menjadi hamba terhadap projek sendiri.

It's ok kalau bermula merangkak-rangkak tapi teguh pada dasarnya berbanding cepat naik dan lekas juga kecundang. Time frame untuk berjaya sememangnya akan makan masa dan komitmen yang tinggi.

Penjenamaan diri juga sangat vital dan menjanjikan satu pengukuhan yang besar. Aku berbangga dengan beberapa produk yang ada jenama sendiri yang sampai sekarang menjadi siulan masyarakat. Jenama di atas produk sendiri yang tidak feature mana-mana yang lain.

Macam kopi che' nah, tom abang saufi dan jimmy choo. Jenama-jenama ini simbolize terhadap satu usaha yang harus dihormati kerana usaha mereka yang tidak berbelah bagi terhadap komitmen mereka.

Aku mungkin tidak setaraf mereka tetapi aku pelajari sedikit sebanyak apa itu nilai perusahaan daripada para warga yang berjaya ini. Aku berharap aku juga akan menaikkan penjenamaan sendiri akan datang dan ingin melihatnya sebagai satu legasi yang aku banggakan. Bukan aku sahaja tetapi warga tulang belakang dan partner aku sekali.

Dimensi baru..... Bakal bermula.

Let's Interact!

me>