08 August 2013

Selamat Hari Raya!!


Salam semua.

Ye, setelah sebulan kita berpuasa, kini Syawal pun menjelma. So, macam mana dengan Ramadhan anda sekalian? Ok ke tak ok? Takpe, jangan bersedih ye, sesungguhnya Ramadhan pasti akan muncul kembali tahun hadapan. Tetapi kita ni, perlu juga beramal dan menambahkan ibadat di setiap hari tak kira apa bulan sekalipun untuk kesejahteraan diri dan juga orang tersayang.

Di kesempatan ini, aku ingin meminta ampun dan maaf dari hujung kaki ke hujung rambut jika aku ada menyinggung perasaan sesiapa dalam penulisan aku secara sengaja atau pun tidak. Diharap korang dapat memaafkan aku dan berdoa agar channel ini akan terus sukses di masa hadapan dan terus menjadi pilihan korang untuk menjamah minda korang.

Di samping itu juga, aku ingin berdoa ke atas arwah pakcik aku yang telah meninggal dalam bulan Ramadhan ini juga. Pemergiannya terasa seperti jua pemergian opah dan sepupu aku yang meninggalkan kami sekeluarga di bulan Ramadhan tahun yang lepas. Di dalam hati sememangnya sedih dan pilu.. tetapi aku pasti, mereka bersyukur kerana dijemput Illahi sewaktu berada di bulan yang sungguh mulia. Tidak ramai yang mendapat penghargaan begitu.

Akhir kata, terima kasih kerana terus menjenguk channel The Kufazuke Show ini dan teruskan bersama kami ye. Sekian, terima kasih.

Maaf Zahir & Batin,

Kufaz
Editor.

No comments:

Let's Interact!

me>