17 October 2013

Brain Games: Anda tidak sedar kenapa anda buat keputusan itu sebenarnya.


Beberapa hari ni aku berjinak-jinak dengan dokumentari yang ditayangkan di Astro channel National Geography HD yang bertajuk, Brain Games.

At first, aku rasa macam rancangan ni cuma sekadar rancangan yang mengasah minda kita dengan permainan uji IQ tetapi selepas beberapa episod, aku dapat rasakan bahawa mereka berjaya expose satu-satu perkara yang kita selama hidup ini tak sedar.

Sebenarnya, kita sentiasa merasakan diri kita berkuasa dalam membuat keputusan. Tetapi bagi pengiklan, ahli politik, atau salesman yang berkemahiran, mereka boleh menjadi pemangkin dalam proses anda membuat keputusan. Mereka boleh letak atau stamp kan input dalam minda bawah sedar supaya anda membuat keputusan itu. Dengan erti kata lain, anda membuat keputusan seperti mana mereka mahukan. Bukan di atas kerelaan anda sendiri.

Proses ini dinamakan 'persuasion power' (kuasa pujukan) di mana mereka menanam benih input dalam minda bawah sedar anda dan menunggu ia bercambah sehingga akhirnya menjadi satu ketagihan pada anda.

Tidak percaya? Try permainan ini:

1. Pilih satu nombor dari 1 hingga 5.
2. Darabkan nombor tersebut dengan 9.
3. Jika jawapan anda dua digit, tambah kedua-dua nombor tersebut. Jika tidak, stay dengan jawapan itu.
4. Ok, sekarang tolak nombor terbaru anda itu dengan 5. Jawapan hasil tolak ini adalah jawapan terakhir anda.

5. Sekarang, tukar jawapan akhir anda itu kepada huruf seperti berikut.
1 = Q
2 = R
3 = S
4 = T
5 = U
6 = V

6. Sekarang, namakan sebuah negeri di Malaysia yang bermula dengan huruf anda itu.
7. Ok, sekarang ambil huruf terakhir daripada ejaan nama negeri itu, dan namakan seekor haiwan yang bermula dengan huruf tersebut.
8. Dengan menggunakan huruf yang sama anda namakan haiwan itu, namakan satu jenis warna.

Jikalau anda dapat seekor unta yang berwarna ungu di Terengganu sebagai jawapan, jangan khuatir...anda tergolong daripada 85% daripada mereka yang menjawab permainan ini.

Bagaimana saya dapat membaca fikiran anda?

Actually.. saya tidak mampu membaca minda anda. Tetapi jawapan anda itu adalah jawapan yang saya ingin anda jawab. Ye.. anda mungkin rasa anda yang membuat keputusan sendiri tetapi secara teknikalnya, jawapan yang anda dapat itu merupakan jawapan yang telah disetkan untuk anda menjawabnya.

Pelik kan?

Begitu juga dengan pengiklan. Mereka mampu untuk menjuruskan anda untuk memilih produk mereka.

Ok la, jika anda disuruh memilih ubat gigi berkotak warna merah, apa yang terlintas dalam fikiran anda? 85% memilih Colgate. Begitu juga jika anda diminta memilih sabun pencuci berwarna biru, 45% akan memilih Fab dan 30% akan pilih Dynamo.

Bagaimana minda kita terjerumus ke kancah ingat pada produk-produk tersebut? Padahal kadang-kadang sememangnya kita tak pernah pun menggunakannya. Haa... sudah pasti dengan banner-banner, bunting, flyers, media massa dan cetak. Memang pada mulanya anda tidak menyedari atau sekadar sekali imbas sahaja melihat iklan-iklan tersebut. Tetapi tahukah anda bahawa teknik ini mampu menyimpan input ini dalam minda bawah sedar anda sehingga apabila anda ke pasaraya, anda akan cepat tangkap nama produk tersebut dengan hanya melihat warna. Hebat bukan?


Ok la.. jom berbalik kepada permainan tadi. 

At first, saya menyuruh anda memilih nombor 1 hingga 5 dan darabkannya dengan 9. Dan kemudian, saya menyuruh anda tambah kedua-dua digit tersebut dan tolaknya dengan 5. Cuba anda kira dengan menggunakan kesemua nombor yang ada dari 1 hingga 5. Sudah pastinya anda akan end up dengan 4. Tak percaya? Cuba kira.

Dan saya sengaja letak 4 sebagai huruf 'T'.

Ok.. the trick part. Tahukah anda bahawa terdapat satu sahaja negeri dalam Malaysia ini yang bermula dengan huruf T iaitu Terangganu? Itulah sebabnya anda memilih negeri itu. Dan dengan menggunakan huruf terakhir dalam ejaan Terengganu iaitu "U" saya dapat agak anda akan memilih 'Unta" dan juga "Ungu" kerana haiwan dan warna tersebut merupakan nama yang terkenal dan akan cepat ditangkap oleh minda anda.

Tu la sebabnya, anda akan memikirkan seekor unta yang berwarna ungu di Terengganu.

So.. bayangkan kalau isi atau input yang lain di tanamkan dalam pemikiran kita? Input yang tidak baik atau merosakan? bayangkan terhadap perspektif kita. Seperti yang dilakukan oleh ahli politik, puak pemberontak dan sebagainya.

Jadi, sebelum anda membuat apa-apa keputusan, pastikan anda berfikir dahulu kerana tak semua keputusan yang anda buat adalah diatas kerelaan anda. Bahkan, ia sebuah perancangan yang telah dibuat untuk anda membuat keputusan itu.

p/s: Bila anda memikirkan anda yang membuat keputusan, fikir balik.




No comments:

Let's Interact!

me>