11 October 2013

Kahwin: Sampai Bila Nak Berzina? Takut Ke Nak Kahwin??


Di dunia yang serba moden dan canggih ini, kita dapat lihat perubahan pada sosial masyarakat kita. Ada yang pro dan ada yang contranya. Kita dapat lihat orang-orang kita berjaya dalam karier sehingga mampu membawa nama ke persada antarabangsa. Dengan kepesatan mobiliti itu, generasi muda kita boleh dilihat semakin merudum dari segi moralnya.

Ini dapat dilihat daripada tersebar video-video masalah sosial yang berlaku terutamanya yang berkenaan penzinaan dan 'kepailangan'. Dan bila bercerita mengenai penzinaan, bukan golongan muda sahaja bermasalah, bahkan golongan dewasa yang mampu pun turut serta dalam kancah masalah sosial yang tidak sihat ini.

Mengapa tidak mahu kahwin?

Kadangkala, seperti mana yang aku nampak, orang-orang kita memang liat betul nak kahwin. Malah lebih suka berzina daripada melakukan hubungan secara halal. Bila ditanya, ramai yang berkata tidak bersedia dan sebagainya.

Perkahwinan bukanlah suatu titik noktah. Inilah persepsi yang harus ditukar pada pemikiran orang kita. Ramai yang menggangap bahawa bila dah berkahwin, semuanya pun akan berhenti. Ia merupakan satu pandangan yang salah. Sebab bagi aku, perkahwinan adalah percambahan pokok cinta yang disemai dari awal. Sehinggakan bagi pasangan yang sudah berkahwin pun, suka merujuk zaman sebelum nikah sebagai "waktu bercinta dahulu", ibarat selepas kahwin tiada lagi bercinta.

Perkahwinan bukanlah titik henti kepada semuanya. Malah ia amat indah dan suatu kenikmatan yang harus dikejar. So, kepada ibubapa yang mempunyai anak yang ingin berkahwin, restukanlah kerana ia lebih baik daripada membiarkan anak menjerumuskan diri mereka ke gejala tidak sihat.

Jangan susahkan keadaan dengan permintaan hantaran dan majlis yang diluar kemampuan. Kesian kepada mereka yang ingin menghalalkan cinta mereka.

Dan golongan yang belum berkahwin pula, janganlah menganggap bahawa perkahwinan suatu yang membebankan, malah ia merupakan suatu kenikmatan yang tiada tandingannya. Bila sudah bernikah, cambahkan kasih sayang sampai bila-bila kerana percintaan selepas berkahwin adalah cinta halal dan akan dibawa ke akhirat kelak.


No comments:

Let's Interact!

me>