22 October 2013
Malulah Berada dalam Majoriti.
Seperti biasa, aku akan pergi ke tempat kerja aku menaiki tren LRT. Dan sudah tentu di dalam tren itu, terdapat ramai orang yang menggunakan pengangkutan awam ini menuju ke destinasi masing-masing. Aku stress sebab stesen yang ingin aku tuju masih lagi jauh dan aku terpaksa berdiri. Tempat duduk semua dah full dah. Dalam tren tu dah macam dalam tin sardin dah aku tengok.
So setelah separuh perjalanan ke destinasi aku tibalah tren di sebuah stesen dan masuklah seorang pemuda yang pada pandangan aku, amat teruk sekali. Aku tak tau kenapa aku berfikiran macam tu tapi daripada imej beliau, minda aku segera bagi satu impression yang tidak aku sendiri senangi. Beliau seorang yang kurus, memakai jeans yang lusuh serta terdapat koyak di bahagian lutut. Beliau mengenakan fesyen punk pada rambut beliau dengan dye berwarna maroon. Bibir beliau agak hitam dengan subang terdapat di hidung, telinga dan kening. Selain tu, baju yang dikenakan sememangnya tidak melambangkan seorang yang professional dengan kesan lusuh serta bergambar simbol pemberontak.
Dan seperti aku juga, beliau terpaksa berdiri setelah melihat tiada tempat duduk. Oleh kerana keadaan padat, beliau terpaksa berdiri di sebelah aku memandangkan terdapat ruang yang boleh memuatkan beliau di sisi aku ni. Aku buat tak tau je. Malas nak tenung dia lama-lama nanti dia ingat aku nak carik gaduh ke apa ke. So, aku pun surf Facebook aku di smartphone. Orang-orang lain yang berada dalam tren pun aku lihat semuanya tertumpu pada smartphone masing-masing. Tak kurang juga yang sibuk bermain Candy Crush di iPad dan juga yang sibuk ber-Whatsapp.
Dan pemuda sebelah aku ni pun bukak beg yang dibawanya bersama. Dalam hati aku, dia ni mesti nak keluarkan MP3 player dia ni. Ntah la... mungkin ini satu tabiat buruk aku yang harus aku buang iaitu cepat ber-pra sangka terhadap orang lain. Tetapi dalam kes ni, aku betul sebab sememangnya pemuda tu keluarkan MP3 player dia dan start dengar lagu-lagu band punk dan reggae. Aku tau kerana beliau memasang kuat sehingga boleh terdengar beat-beat dari earphone beliau. Dan macam mana aku tau tu lagu punk? Tu satu lagi kisah yang bagi aku takde kene mengena dengan cerita ni.
So, aku pun teruskan dengan buat tak tau aku sambil layan-layan Facebook. Sekali-sekala mata aku teralih pada pemuda sebelah aku ni memandangkan imej beliau amat-amat lain daripada orang-orang lain. Dan, setelah beliau setel memilih lagu dalam MP3 beliau, tangannya kembali ke dalam beg untuk mengambil sesuatu. Dan kali ini, aku tidak meneka. Hanya pandang saja.
Aku malu. Bukan kerana benda lain tetapi pada diri aku sendiri. Di saat semua orang di dalam tren memegang alatan elektronik untuk bersama yang lain dalam dunia internet, pemuda yang pada anggapan aku ni teruk keluarkan sebuah buku ilmu bertajuk "Milton Friedman: Capitalism & Freedom". Sebuah buku ilmu mengenai sosial manusia yang terjadi dikalangan orang-orang macam aku, dan orang-orang lain di dunia ni. Dan beliau pun membaca dengan khusyuknya. Iye.. tajuknya berat. Tetapi kenapa orang seperti pemuda tersebut mampu untuk membuka buku sedangkan orang-orang macam kita yang bajet hebat, urban, sosialize, ada karier yang boombastik dan sebagainya ni tidak mampu keluar daripada kepompong doktrin minda yang disediakan oleh internet. Sehinggakan makan semeja pun boleh lagi bermain handphone.
Nampak tak? Kita semua dah jadik seakan zombie yang tidak boleh lekang daripada internet. Dan oleh kerana terlalu banyak terpengaruh dengan apa yang difitnahkan di dalam alam maya itu, minda dan perspektif kita diolah mengikut 'trend' dan 'sosial' yang kebanyakannya tidak menyihatkan. Aku sebenarnya kagum dengan pemuda tersebut. Walaupun, beliau agak selekeh dan kusut, tetapi beliau represent something yang telah lama hilang dalam hidup kita ni iaitu, 'stand beside philosophy'. Di mana kita percaya dan terus pejuangkan falsafah yang kita pegang dalam diri. Bukan sekadar hanyut di lautan 'trend' masa kini. Kalau KPop naik, kita pun ikut. Kalau seorang jadik reality TV start, kita pun terikut jugak. In the end... kita semua akan jadi plastik.
Dan yang paling penting.... aku sangat-sangat terasa. Aku, anda dan ramai di luar sana......sudah lama tidak membuka buku dan baca.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment