25 November 2013

Kau Cakap Je Pandai... Buatlah... Pedoman Untuk Kita Semua


Kita Cakap... Kita Buat...

Ala.. setakat cakap semua orang boleh cakap tapi berapa ramai yang buat apa yang dia cakapkan tu. Kalau kita lapar, setakat kita cakap nak makan tapi kita tidur tak kenyang. Kena makan dulu la baru kenyang... sama la macam cakap, setakat cakap tapi tak buat mana nak dapat hasilnya beb.

- Kita cakap kita sayang Islam tapi kita buat semua yang Islam larang.

- Kita cakap kita percaya Tuhan tapi apa yang Tuhan suruh kita tak buat.

- Kita cakap kita sayang Nabi tapi ajaran Nabi semua kita tinggalkan.

- Kita cakap maksiat itu berdosa tapi itulah yang kita buat hari-hari.

- Kita cakap nak masuk syurga tapi amalan kita macam nak ke neraka.

- Kita cakap kita sayangkan negara tapi kita jugak yang melingkupkan negara.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
"Ada 4 perkara, sesiapa yang melakukannya maka ia adalah seorang munafik tulen. Sesiapa yang melakukan 1 daripada 4 perkara itu, maka ia mempunyai salah satu daripada sifat munafik, hingga dia meninggalkannya. (4 sifat itu ialah) apabila dipercayai ia khianat, apabila bercakap ia berdusta, apabila berjanji ia mungkir dan apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Menegakkan benang basah)."


-Riwayat Ahmad-

A Wonderful Poem... Too Wonderful..


There was a blind boy called Joe in my class who happen to be very interested in English literature. Last week our teacher gave us a poetry assignment to write and present it in front of the class. The poem must be about the wonderful and fascinating nature in the world.

This is what Joe wrote:

"Roses are black,
Violet are black,
Everything is black,
I can't see"

Panduan Untuk Usahawan Bisnes Kecil-Kecilan


Panduan Untuk Usahawan Bisnes Kecil-Kecilan

Semua usahawan yang telah berjaya dan mencipta nama bermula dengan bisnes kecil-kecilan. Daripada perniagaan kecil inilah anda akan mempelajari banyak perkara tentang bisnes. Jadi janganlah berasa rendah diri jika anda baru berjinak-jinak berniaga tudung melalui online mahu pun berjualan di pasar malam.

Biar pun sekadar terbabit dengan bisnes kecil namun untuk ia berjaya anda perlukan persediaan ilmu. Minggu ini untuk anda yang baru belajar berniaga, ada panduan untuk anda.

1. Bersedia untuk gagal.

• Bukanlah mendoakan ataupun mengharapkan perniagaan yang bakal dibina itu menempuh kegagalan tapi satu peringatan kepada diri bahawa untuk berjaya sebagai peniaga bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila anda bersedia gagal sebenarnya anda sedang menolak kegagalan itu daripada berlaku. Tetapi apabila anda melupakan bahawa dalam perniagaan kegagalan itu sangat hampir, anda sebenarnya sedang menuju ke arah kegagalan itu sendiri. Maksud tersirat bersedia untuk gagal sebagai motivasi dan peringatan kepada diri bahawa kegagalan tidak boleh berlaku dalam perjalanan perniagaan anda.

2. Merancang dengan baik.

• Anda harus ingat bahawa pelan perniagaan adalah asas bagi permulaan perniagaan. Ia perlu termasuk dalam perniagaan secara kecil-kecilan. Pelan perniagaan itu harus ada untuk memudahkan anda melihat sejauh mana pencapaian yang perlu dicapai dan apa yang perlu dilakukan untuk memastikan perniagaan anda beralih ke setapak lagi kemajuan. Jika tiada pelan perniagaan maka tidak mustahil perniagaan anda akan berada dalam skala sama untuk beberapa tahun tanpa ada kemajuan dan sebagainya. Sebenarnya, sebuah pelan perniagaan akan mempengaruhi pengusaha atau pemilik perniagaan untuk berfikir tentang keseluruhan operasi dan mencapai kata sepakat mengenai kekuatan dan kelemahan perniagaan itu.


3. Bajet tidak mencukupi.

• Ini antara masalah kepada mereka yang mengusahakan perniagaan secara kecil-kecilan. Masalah bajet sentiasa menjadi kekangan untuk bergerak dengan lebih jauh dan pantas. Tetapi ia boleh diatasi dengan cara berbelanja mengikut kemampuan syarikat. Mungkin apa-apa yang tidak diperlukan lagi oleh perniagaan itu, anda tidak perlu membelinya terlebih dahulu. Berikan perhatian kepada perkara yang lebih penting contohnya bajet untuk bahan mentah, tenaga pekerja dan sedikit untuk tujuan promosi dan pemasaran.

4. Pentingnya iklan.

• Pelbagai cara telah anda lakukan tetapi tahap jualan masih belum meningkat. Anda juga telah menawarkan harga berpatutan tetapi jualan masih pada tahap biasa. Tidak tahu di mana silapnya. Hanya satu perkara yang boleh membantu anda iaitu iklan. Iklan adalah cara terbaik untuk menguar-uarkan perniagaan anda dan memberitahu pasaran mengenai produk yang anda miliki. Percaya atau tidak, untuk tujuan iklan anda perlu memperuntukkan sedikit wang. Ia berbaloi kerana selepas semua orang tahu mengenai perniagaan anda tidak mustahil hasil jualan akan meningkat mendadak. Jika anda tidak tahu mengenai iklan dan pemasaran, elok bertanya ataupun mengupah mereka yang tahu mengenainya untuk melakukan bagi pihak anda.

5. Sabar.

• Faktor utama untuk mewujudkan sesuatu aura positif dan seterusnya mencapai kejayaan ialah kesabaran. Bersabarlah dan jangan terburu-buru untuk berjaya. Dengan nilai-nilai yang tepat kejayaan pasti diperoleh. Bersabar dengan setiap ujian dan cabaran yang diberikan pasti akan membuahkan kejayaan. Di samping itu, sikap sabar juga menjadikan anda seorang yang tenang dalam menghadapi apa-apa sahaja perkara mendatang. Sama ada perkara baik ataupun sebaliknya. Selain itu sabarlah untuk meneruskan perniagaan kecil-kecilan. Mana tahu satu hari nanti ia akan menjadi sebuah perniagaan berskala besar.


23 November 2013

Dimensi Mistik di Flex FM


Sesungguhnya kita tidak hidup sendirian di dunia ini. Telah termaktub di dalam al-Quran dan Hadis bahawa terdapat unsur lain selain manusia yang hidup di dunia ini. Semuanya tetap menjadi hamba kepada yang Maha Esa. Bagi minda kita yang masih tidak terjangkau dipagari kekhilafan diri, tidak akan mampu kita mengolah dan mengetahui perancangan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Namun, janji Syaitan terhadap Allah yang satu ini tetap sama dan berjalan. Penyesatan umat manusia daripada mengingati Sang Pencipta dan membawa bersama dibakar ke lembah neraka. Pelbagai cara dan muslihat dilakukan demi operasi mereka ini berjaya.

Oleh itu, semestinya kes-kes yang melibatkan aktiviti paranormal yang berlaku banyak terjadi. Di Flex FM, kami akan keudarakan kisah-kisah mistik yang pernah berlaku dan semoga ia menjadi pedoman dan panduan kepada kita supaya lebih berhati-hati dalam menempuh kehidupan ini.

Segmen selama 2 jam ini akan memaparkan 4 kisah berlainan dan akan bersiaran setiap Khamis jam 10 malam. Pastikan anda bersiaran bersama kami dalam menyusuri dimensi ghaib ini.

Ingat... kita takut pada tuhan... bukan hantu.


20 November 2013

7 Tanda Awek Anda Belum Boleh Dibuat Bini.


Kalau korang dah berawek dan merancang untuk berkahwin tapi masih buntu memikirkan awek korang tu boleh ke tak dijadikan isteri, dont be khuatir.. kat bawah ni dah disenaraikan ciri-ciri awek yang masih belum sesuai dibuat bini.

- Belum apa-apa suara dia dah tahap cikgu kawad kaki sekolah menengah. Pantang lambat sikit mulalah dia menjerit-jerit. Kalau dapat jenis ni, baik korang kawan dengan singa je la.

- Bila awek korang tak reti bezakan antara ikan kembung dengan bunga keembung. Tu belum cerita bab masakan lain. Nampak gayanya kalau korang kawen makan kat kedai jela.

- Bila dia tak tau siang dengan malam ataupun dia tak reti tengok jam. Pukul 8 pagi korang call tak bangun lagi. Pukul 12 pun tak bangun. Paling awal pun dia bangun pukul 3 petang. Baik korang pikir lebih 3 kali sama ada nak kawen ke tak.

- Bila sesekali korang check handphone dia, banyak yang nama Ahmad dari nama Siti. Lepas tu kejap-kejap talipon dia berbunyi. Cakap pulak jauh dari korang. Err.. tak paham lagi ke?

- Awek korang suka sangat pengsan kat shopping complex. Pandai pilih pulak tu.. pengsan depan kedai yang mahal-mahal je. Tak paham? Pengsan tu ayat kiasan. Ayat yang betul, kaki mengabihkan duit korang.

- Bila dia boleh berlakon dengan hebat. Korang ajak dating, 1001 alasan dia bagi tapi lepas kantoi dia keluar dengan orang lain. Tengok la lepas tu, mulalah dia buat filem sedih depan korang.

- Asal salah sikit mintak putus, salah sikit suruh 'clash', sok dah kawin korang standby kat pejabat kadi je la.. bahagian cerai dan rujuk.

Sumber: -->AR<-- lexfm="" p="">

18 November 2013

Bezanya Orang Dulu-Dulu Dengan Sekarang


Zaman dulu, cara hukuman ibubapa juga berbeza dengan ibubapa sekarang. Dulu, kalau nakal je, memang siap la kena rotan. Siap kena kejar keliling kampung lagi. Budak-budak zaman sekarang kebanyakkannya dimanja oleh ibubapa. Kalau cikgu rotan murid, ibubapa pergi serang cikgu tu. Kalau dulu, murid kena rotan dengan cikgu, balik rumah kena lagi dengan ibubapa. Pergh... thrill life dulu-dulu kan?

Dulu-dulu, kalau bercinta, bukan main takut kalau kantoi dengan ibubapa. Lagi-lagi kalau time masih bersekolah. Berbeza betul dengan orang sekarang. Bukan setakat bercinta malah kalau berzina pun siap post gambar dan video. Perghh...

Orang-orang dulu pandai berdikari dengan mencari kerja, berhijrah ke bandar dan sebagainya. Tetapi pada zaman sekarang, kebanyakannya lebih rela mengganggur kerana cukup selesa disara ibubapa... ye la kan. Sekarang ni ramai ibubapa kaya. Jadi tahap manjakan anak-anak tu lain macam sikit rupanya.

So.. apa pendapat anda? Zaman dulu ke zaman sekarang yang best? Haa.. apa-apa pun, semuanya jatuh terhadap diri sendiri sebenarnya. Zaman sekarang kita sudah ada semua kemudahan yang sungguh menyenangkan. Jadi, kita harus bersyukur dan jangan menyalahgunakan nikmat-nikmat yang ada.


Bagaimana Nak Kekalkan Berat Badan Yang Ideal?


Ramai di luar sana yang menginginkan berat badan yang ideal, tapi apabila dah dapat, tiba-tiba berat badan naik kembali. Malah secara mendadak pulak tu. Haishh.. so macam mana nak kekalkan berat badan yang ideal? Haa.. ikuti tips-tips ini:

- Rancang pemakanan.
Lebih-lebih lagi anda ni memang jenis yang selalu pergi majlis keramaian. Ye la kan, makanan yang dihidangkan memang sangat mengiurkan. So, apa kata anda makan atau isi perut dulu sebelum sebelum ke majlis tu. Haa.. dengan itu, anda sendiri pun akan kawal makan nanti.

- Beri penghargaan
Perkara yang membuatkan anda cepat berputus asa adalah motivasi. Kadangkala kalau dah tiada motivasi tu, memang susah nak teruskan misi nak kekal sihat ni. So, berilah penghargaan pada diri anda tu ye. Jangan pula manjakan diri dengan makanan pula. Tapi belilah sesuatu yang boleh naikkan semangat anda lagi seperti baju yang saiz sedikit kecil ke atau pergi spa ke kan, haa.. barulah semangat boost kembali!

- Tetap amalkan rutin kesihatan
Walaupun anda sudah kecapi berat badan yang anda inginkan, jangan pula anda tinggalkan ye. Nanti makin naik pula berat badan tu.

- Minimumkan makanan
Makanan yang lazat ni memang sangat-sangat menduga kan? So, tetapkan hati anda dengan bersabar. Dan kalau anda tak tahan sangat, cuba makan sedikit saja makanan tersebut seperti ambil tiga suapan saja ke. Makan sekadar merasa.. bukan melantak.

- Rekod makanan
Ramai yang tidak buat rekod makanan kan? Haa, apa kita lepas ni kita cuba pula merekod makanan anda. So, anda boleh keep track makanan apa yang anda makan jika berat badan anda naik. So, kita boleh take note dan hindari makanan itu lepas ni.

- Tingkatkan minat bersenam.
Memang payah kalau nak bersenam ni. Lagi-lagi kalau dah terkena simptom pre-work out tu. Perghh memang payah. So, kalau anda memang jenis tiada masa sekali pun untuk bersenam, pastikan anda boleh buat senaman yang simple-simple. Kat opis pun boleh buat macam push up, lompat bintang dan sebagainya. Atau kalau nak lagi senang, park kereta jauh daripada opis supaya anda boleh berjalan kaki. Haa... paling tidak pun boleh bakar kalori kan?


07 November 2013

Brain Diagram: Deception From Young


I try to make a point here.

Bagaimana kita hendak kita hendak menjadi baik jika kita diadunkan untuk menjadi jahat sejak kecil?

Sewaktu kecil kita disajikan dengan watak-watak seperti Cinderella, Snow White, Sleeping Beauty, Tarzan...

Padahal,

Cinderella - Curi-curi keluar pada waktu malam untuk pergi party.
Snow White - Tinggal di rumah bersama 7 orang lelaki.
Sleeping Beauty - Dapat ciuman dan terus berkahwin dengan orang yang tak dikenali.
Tarzan - Berjalan dalam hutan dengan keadaan hampir bogel.

Bagaimana kita dapat membesar dengan baik jika watak-watak rancangan kanak-kanak menjadi hancur sewaktu meningkat dewasa seperti Britney Spears, Lindsay Lohan, Miley Cyrus dan Ananda Bynes?

Bagaimana kita ingin sihat jika kita disajikan dengan iklan-iklan keakraban sahabat-sahabat dan famili di restoran fast food?

Bagaimana ingin bersama keluarga bahagia jika kita disajikan dengan adegan-adegan suami isteri dan keluarga bergaduh sewaktu makan bersama di meja makan? Padahal makan bersama famili merupakan salah satu sunnah dan rahsia kebahagiaan keluarga?

Bagaimana kita ingin menjadi suci jika kita disajikan dengan iklan dan babak berpakaian seksi, kehilangan dara, berparty, seks rambang, pergi kelab malam dan minum arak sebagai sesuatu trend yang cool dan kolot jika tidak diikuti?

Otak manusia merupakan sesuatu ciptaan yang tiada bandingannya. Ia mampu mengolah dan memberi alasan yang baik apabila ia dijamu dengan input-input secara berterusan. Walau benda itu salah, tapi apabila disajikan dengan selalu, ia hanya perlu mencari alasan bahawa benda itu baik..

Cuba berfikir sejenak... Kita yang kini ini, adakah atas ketidakprihatinan atau sebenarnya telah lama terdedah dengan doktrinasi yang tidak sihat?

Mari selami diri kita hari ini dan berazam menjadi lebih baik... Inshallah.


Let's Interact!

me>