30 January 2014

Perhatian Kepada Orang Kurus.. Ini Untuk Anda!


Actually artikel ni aku petik dari newsletter yang aku dapat daripada salah satu blog yang aku sangat gemar bacanya. Dan aku terasa sungguh seronok andai dapat berkongsi juga bersama anda semua. Haha. So, sebelum apa-apa better aku creditkan kepada Sehinggit sebagai sumber kepada entry kali ni.

Selalunya kita asyik-asyik beri perhatian kepada orang gemuk supaya membantu mereka kuruskan badan mereka. Betul tak? Pelbagai iklan di luar sana yang rata-rata pamerkan produk-produk kurus, langsing dan sebagainya. Bagaimana pula dengan orang-orang yang berbadan kurus dan susah nak naik berat badan? Mereka juga mempunyai masalah. Sebab kalau terlalu kurus juga boleh mudaratkan tubuh badan. So, janganlah pinggirkan masalah ini juga ye. Hehe... So, jom kita tengok tips-tips macam mana nak naikkan berat badan.

Kepada orang-orang yang badannya besar tapi bajet kurus macam Saiful Apek, ini bukan entry untuk anda ye. Sedarlah diri tu sikit (nasihat untuk diri sendiri jugak ni).


Tips Naikkan Berat Badan.

1. Makan Makanan Berkalori Tinggi. Ini langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500 - 1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 0.5 kilogram hingga 1 kilogram dalam tempoh seminggu.

2. Makan Makanan Berkarbohidrat Tinggi. Ini perlu dan biasa dilakukan untuk menambahkan berat badan. Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan anda.

3. Makan Mengikut Jadual. Makan dengan sukatan yang besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bersertakan snek yang berkalori tinggi seperti karipap di antara waktu makan, terutamanya pada awal percubaan untuk menambahkan berat. Bagaimanapun, snek yang dimakan itu tidak seharusnya menggantikan makanan-makanan yang berkhasiat. Makan selalu dan jangan abaikan waktu makan anda.

4. Makan Lewat Malam. Dengan memakan snek pada waktu lewat malam dapat mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak kalori ketika anda tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan anda.

5. Makan Daging Merah Lebih. Daging merah, seperti daging lembu, mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda pelbagaikan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

6. Makan dan Berehat Secukupnya. Tidak ada gunanya anda memakan makanan yang berkalori tinggi sekiranya kalori itu membakar untuk membekalkan tenaga yang disebabkan kekurangan rehat yang secukupnya. Ini tidak bermakna anda harus tidur sepanjang hari. Waktu rehat atau tidur selama 6 - 8 jam setiap hari sudah cukup memadai.

7. Minum Jus Buah-Buahan dan Susu. Minuman adalah cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan kalori. Apabila anda berasa haus, cuba amalkan meminum jus buah-buahan selain daripada air biasa. Ataupun minum minuman yang bersusu seperti makanan segera untuk bersarapan.

8. Bersenam Untuk Membina Otot-Otot. Pilih rutin senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal anda. Seeloknya anda amalkan senaman angkat berat (weight lifting) atau senaman ketahanan badan seperti tekan tubi (push-up) untuk membina otot-otot anda. Senaman-senaman seperti ini memberi stimulasi kepada otot-otot anda untuk membina dan tidak hanya berlemak. Minum minuman berprotein atau berkalori tinggi sejurus selepas bersenam untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Ini untuk mengelakkan berat badan yang anda tambah itu berkurangan atau susut semula. Tetapi ingat, penambahan atau pembinaan tisu otot-otot anda bergantung kepada susuk badan dan juga ciri-ciri genetik yang anda warisi.

9. Belajar Mengurangkan Ketegangan. Ini agak sukar untuk dilakukan tetapi sekurang-kurangnya anda harus mencuba. Tekanan atau ketegangan adalah salah satu punca yang menyebabkan anda hilang selera makan. Namun begitu ada juga orang yang makan berlebihan ketika menghadapi situasi sebegini. Justeru, pastikan anda berada dalam golongan mana supaya mudah untuk meneruskan niat anda menambahkan berat badan.

10. Pantau Berat Badan. Jangan terlalu asyik dengan penimbang berat anda. Berat badan anda berkemungkinan berubah setiap hari dan anda pastinya tidak akan nampak sebarang perubahan. Awasi berat badan anda itu sekali dalam seminggu.

28 January 2014

Serius??? Tak sangka betul! Memang Memeningkan.


Ok... entry kali ni lebih kepada memutar-belitkan minda kita sedikit. Ye la kan, asyik-asyik duk bersembang pasal hal semasa dan dunia je, why not kali ni kita memerah jus kepala kita sikit untuk memahami situasi sebenar dalam sesuatu kisah. Sebab kadang-kadang tu kita ni bila dapat berita je terus buat andaian tanpa memikirkan dan mengkaji cerita yang sebenar-benarnya.

So, apa kata anda semua baca sebuah kisah yang aku dapat di internet ini. Baca dan fahami dalam-dalam. Kepada mereka yang tidak berapa nak faham bahasa inggeris tu, bolehlah cuba Google Translate. Kalau tak faham jugak, cubalah tanya-tanya sesiapa yang dapat membantu. Kalau still tak dapat jugak, well.. tak dapek den nak nolong.


Kalau anda tidak nampak, boleh lah klik pada gambar ini untuk diperbesarkan. Kalau tak nampak jugak, carilah cermin mata anda tu ye.

Kisah di atas tu sebenarnya merujuk kepada satu situasi di mana seorang gelandangan ni cuba untuk membetulkan keadaan dengan kembali ke masa silam menggunakan time machine bagi memulihkan segalanya.

Terdapat beberapa karekter yang terdapat di dalam kisah di atas ini iaitu:

- Jane (Baby girl)
- Orang gelandangan (Drifter)
- Bartender

Haa.. kalau anda semua nak tau, part yang memeningkan kepala sebenarnya adalah,
mengetahui yang kesemua karekter dalam cerita ini merupakan orang yang sama sebenarnya. Kalau tak percaya, cuba baca balik berulang-ulang.

Hahaha!


27 January 2014

St John's Heboh Carnival: Celebrating 110th Anniversary of St John.


Sebelum aku bertukar sekolah ke Sekolah Menengah Teknik Setapak Kuala Lumpur (SMTSKL) selepas mendapat keputusan PMR, aku merupakan seorang Johanians (panggilan warga pelajar St John). Sekolah rendah dan juga menengah. So, kini sekolah itu sudah pun berusia 110 tahun. Wow.. sudah lama juga ia bertapak di Malaysia ni sebenarnya.

Sabtu lepas, sekolah itu menganjurkan karnival sempena 110 tahun St John dan aku tidak melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Bukan semata-mata karnival itu sebenarnya. Tetapi dalam perjalanan hidup yang semakin jauh ini, aku terasa ingin juga mengimbau kembali nostalgia lama aku bersama sekolah ini. Setiap sudut sekolah ini aku teroka kembali. Seakan aku masih lagi bersekolah di sini.

Sambil-sambil melihat pemandangan sekolah itu, segala memori dan perasaan datang kembali. Aku teringat berjalan dari kelas ke kantin. Bermain bola sepak di padang. Berkawat di tarmac sekolah. Lepak di surau dan bangku di sebelah gelanggang bola keranjang bersama rakan-rakan. Ia membuatkan aku tak sangka sebenarnya sudah 14 tahun aku tinggalkan sekolah itu.

Tidak banyak yang berubah di sekolah itu. Barangkali terdapat beberapa renovation yang baru di sana sini. Tetapi secara totalnya, bangunan itu tetap lama. Stail dan gaya seperti mana kali terakhir aku jejakkan kaki ke sana.



Karnival ini agak besar kerana ia merangkumi jalan dari sekolah rendah sehingga sekolah menengah. Ini merupakan karnival terbesar yang pernah dianjurkan oleh St John. Terdapat pelbagai ativiti dan juadah yang dijual di sana. Ada permainan air, drift bike dan permainan-permainan lazim yang terdapat di mana-mana karnival atau funfair. Aku tidak main mana-mana permainan pun kerana aku lebih ingin masuk ke sekolah untuk melihat bangunan lama itu.

Aku nak cuba tengok kelas tingkatan 1P aku dulu, tetapi tak dapat pula kerana kelas tersebut telah dijadikan tempat permainan rumah hantu. Aku ingin menjenguk gelanggang badminton, squash dan makmal sains dan tidak kesampaian kerana sudut itu ditutup daripada dimasuki.

Tetapi tidak mengapa, aku berpuas hati berpusing di dalam sekolah dan re-install balik memori lama yang aku sangkakan sudah tiada. Pergh.. aku berada di sana dalam 2 jam saja. Tetapi terasa macam seluruh kehidupan remaja aku datang kembali dalam minda aku ni. Betapa seronoknya menjadi murid sekolah sebenarnya.

Kalau dapat pusing kembali masa, mungkin aku akan lebih menghargai setiap detik yang ada berada di sekolah ini.

Onward onward St John! Fide et Labore!!







25 January 2014

Seksual Represi: Kalau Dah Macam Tu, Baik Berzina!


Andai anda semua pernah mengikuti channel ini 'ketat-ketat', anda pasti pernah terbaca satu analisis aku mengenai seksual represi orang Melayu kini. Ye, as a summary, akibat daripada seksual represi di kalangan orang melayu kini sudah nampak pelbagai impaknya lebih-lebih lagi dalam kes pembuangan bayi, khalwat, sumbang mahram dan tidak kurang juga rogol. Dan kalau anda nak baca sekali lagi entry mengenai Seksual Represi, KLIK DI SINI.

So, siapa salah sebenarnya? Agama? Diri sendiri? Pemangsa? Atau sekadar 'mangsa keadaan'?

As far I'm concern, agama telah membataskan pergaulan bebas antara kaum Adam dan Hawa di atas sebab ingin menjaga kesucian diri, masyarakat serta menjamin warisan keturunan adalah atas landasan halal dan berkat. Adakah kita patut menyalahkan agama dalam memberontak kongkongan seksual yang kita hadapi? Sudah tentu tidak. Pada pendapat aku, yang meningkatkan lagi represi seksual yang dihadapi oleh masyarakat kita adalah 2 iaitu, pengaruh media dan juga budaya.

Pengaruh media?

Ye.. media memberi impak yang kuat terhadap minda kita yang kadang-kala kita tidak sedar betapa ia mampu mengubah serta mempengaruhi tindakan kita seharian. Bukan setakat media cetak dan penyiaran, malah internet juga merupakan satu agen media yang paling berbahaya serta paling mudah untuk di access.
Sekarang ni, budak-budak kecil pun boleh tengok porn tanpa perlu bersusah payah. Cuma taipkan sahaja apa yang dihajati dan... Voila!! Tu dia... Siap boleh download dan dimasukkan ke dalam handphone masing-masing. Tu baru budak-budak, bagaimana pula orang dewasa? Makin galak la kan?

Dan lagi satu pada pendapat aku yang meningkatkan represi seksual dalam masyarakat kita ialah BUDAYA. Ye.. budaya.

Budaya melayu kita sememangnya dipenuhi dengan adat kesopanan dan kesusilaan. Namun, kadang-kala orang kita ni lebih mengangkat budaya melebihi agama Islam itu sendiri. Kita semua adalah manusia. Keinginan seksual adalah fitrah setiap insan. Lebih-lebih lagi semakin meningkat dari remaja ke dewasa. Hormon membuak-buak ibarat gunung berapi ingin meletus. Jadi, dalam hal ini, agama sendiri menyarankan supaya didirikan masjid (bermaksud 'berkahwin' bagi yang tidak fahami kiasan ini).

Tetapi orang-orang tua kita sekarang ni ibarat ingin menjual anak pula dalam hal ni. Semuanya nak grand. Hantaran tak nak kalah. Dah macam mintak down payment rumah. Majlis nak yang paling mahal yang boleh buat. Adoii.. itu semuanya budaya. Semuanya atas rasa nak menunjuk pada orang sekeliling tentang 'beradaan' mereka. Riak tak sudah.

Padahal anak-anak tu ingin berkahwin di atas ingin menghalalkan lagi hubungan dan menjauhi zina. Kalau sebelum kahwin dah demand hantaran menggila tinggi dan sebagainya, bagaimana pula selepas kahwin nanti? Kalaulah hantaran yang diminta dah RM10k - RM15k, baik beli kereta. Tak kesian ke kepada mereka yang ingin meraikan cinta mereka dengan ikatan yang sah? Nak memiliki zuriat dan meneruskan keturunan di atas landasan yang baik?

Padahal kalau nak diikutkan pada rukun nikah, ia amat-amat mudah. Ada mas kahwin, wali, saksi, pengantin, boomm setel. Lepas tu just buat jamuan sedikit bagi menghebahkan pada saudara dan sahabat handai berita gembira ini. Belum lagi dalam agama kita ni menyusahkan kita sebenarnya. Kita yang menyusahkan diri kita sendiri.

Oleh sebab kos untuk berkahwin itu sangat tinggi, maka hubungan terlarang dan keterlanjuran semakin murah. Jadi siapa yang patut menanggung dosa seandainya terdapat anak muda yang berkata,

"Kalau dah susah sangat nak berkahwin, baik berzina je".

Jadi, aku nak sarankan kepada ibubapa yang anaknya ingin berkahwin, janganlah disusahkan urusan itu. Tak payahlah nak demand itu ini diluar kemampuan mereka. Mereka nak buat pahala...bukan dosa. Even dalam Islam pun menyeru umatnya untuk berjimat-cermat... jadi fikirlah sendiri ye.


24 January 2014

Agak-agaknya Apalah Yang Difikirkan Oleh Jutawan Ini?


Orang Islam mempercayai bahawa tiada apa yang boleh dibawa sebagai bekalan di kehidupan selepas mati kecuali iman dan amalan baik di dunia ini. Kerana bekalan inilah yang akan membantu dalam dalam perjalanan di akhir nanti samaada ke neraka atau ke syurga kita ini.

Tapi berlainan pula dengan seorang jutawan ni. 

Seorang insan yang bernama Count Scarpa ini begitu kagum selepas melihat sebuah rancangan yang berkisarkan mengenai Firaun di televisyen dan membuat keputusan untuk mengikuti maharaja itu menanam harta kekayaannya untuk bekalan selepas mati nanti. Jadi beliau pun ingin menanam harta yang beliau sayangi iaitu... Sebuah kereta Bentley..

Pada mulanya ramai yang meragui dengan tindakan beliau dan beliau pun membidas dengan statementnya:

Kepada mereka yang meragui saya, semalam saya sudah mula menggali lubang di taman untuk menanam Bentley saya! Hujung minggu ini, saya akan menanamnya.” 

Dan ye, beliau menghantar gambar menandakan kesungguhan niatnya itu.


Yang bestnya, insiden ini mendapat ombak besar di dalam internet di mana terdapat lebih daripada 5,680 LIKE dan dikongsi sebanyak 6000 orang. Ia sesuatu yang viral.

Setelah upacara penanaman itu selesai, kisah ini datang kepada twistnya. Orang ramai bertanyakan kenapa beliau menanam salah satu harta yang paling disayanginya. Dan akhirnya beliau pun menjawab,

"Kamu semua pelik melihat saya menanam sebuah harta yang tidak berguna. Kereta itu tidak boleh menyelamatkan nyawa kamu. Tetapi kamu tidak pelik apabila kamu menanam sekali organ-organ kamu selepas mati. Anda tidak tahu bahawa organ itu mampu menyelamatkan ramai orang yang sangat-sangat memerlukan. Jadilah seorang penderma organ."

Agak-agak ada tak jutawan di negara kita akan berbuat demikian semata-mata ingin menyampaikan sesuatu?


23 January 2014

Kata-Kata Akhir Banduan. Tak Sangka Semuanya Pun Ada Persamaan.

Watch The Channel Here.

Kita semua tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Samaada besar atau kecil. Tetapi kita semua dianugerahi akal untuk berfikir yang mana baik dan buruk. Akallah yang menentukan samada kita berada dilandasan yang lurus atau bengkang-bengkok. Oleh itu, kita perlulah berfikir sebelum bertindak. Kerana tindakan kita itu mampu memakan diri kita dan akhirnya menghancurkan masa depan kita. 

So, entry kali ini adalah berdasarkan kata-kata akhir daripada mereka-mereka yang telah melakukan kesilapan yang tiada jalan kembalinya. Orang kata, seganas-ganas manusia, sejahat mana pun mereka, kebaikan dan kesucian sebenar hati mereka akan tertonjol di saat mereka akan menemui maut mereka. Dan yang pastinya, kata-kata akhir mereka semuanya mempunyai persamaan. Sila lihat persamaan mereka. (Klik pada gambar untuk dibesarkan).










Ye.. seperti yang anda semua baca, walau sejahat mana jenayah yang mereka lakukan, namun semuanya mempunyai persamaan dalam kata-kata akhir mereka iaitu:

Tuhan dan kemaafan.

Kerana sudah tahu bahawa mereka bakal menemui Tuhan mereka dan kerana bersalah terhadap jenayah yang mereka lakukan, mereka memohon ampun supaya diri mereka disucikan. Begitulah jua manusia. Apabila sedang mengikut nafsu, langsung tidak berfikir mengenai akibat yang bakal dihadapi dan akhirnya menyesal tak sudah.

Jadi... janganlah kita bertindak melulu. Berfikirlah sebelum bertindak.

22 January 2014

Hantu Yang Mengganggu Tidur?

Ghost On Bed

Selalu kita rasa bila tidak dapat tidur, mesti ada 'benda-benda halus' yang dok ngacau kita. Biasalah orang-orang kita... Haishh.. jangan lah terus lompat ke konklusi tahyul ye... terdapat scientific explaination sebenarnya untuk semua tu....

Gangguan tidur mempunyai ragam yang tersendiri dan perlu diwaspadai oleh orang ramai. Berikut ini adalah tujuh jenis gangguan tidur yang dikenal pasti :

1. Delayed Sleep Phase Disorder – masalah ini ditandai dengan kesukaran tidur pada malam hari, sehingga menyebabkan sukar untuk bangun pagi.  Kebanyakan orang menganggap ia merupakan sesuatu yang normal tetapi dari aspek perubatan, hal tersebut perlu ditangani dengan serius jika ia berlangsung setiap hari dalam tempoh yang panjang.

2. Insomnia – ia merupakan kesulitan seseorang untuk tidur, terutama di malam hari.  Hal tersebut berlaku kerana faktor gaya hidup seperti stres, perubahan pada emosi atau penurunan konsentrasi.

3. Apnea tidur – biasanya gangguan ini berlaku apabila seseorang mengalami kesulitan bernafas ketika tidur. Hal tersebut bermula akibat saluran pernafasan tertutu, sehingga udara tidak sampai ke paru-paru.  Jika gangguan ini berlanjutan, penderita akan merasa mudah mengantuk sepanjang hari.

4. Narcolepsy – merupakan gangguan neurologi yang disebabkan kurangnya hyporcetin, sejenis zat di dalam otak yang mengatur jadual tidur dan bangun setiap hari.  Narcolepsy akan membuat seseorang dapat tidur walau di mana-mana dan dalam keadaan apa pun tanpa tanda-tanda mengantuk terlebih dahulu.

5. Restless Legs Syndrome – ia merupakan sebuah gangguan tidur yang dirasakan pada kaki.  Rasa tidak selesa dan nyaman ini seperti rasa gatal dengan intensiti gerakan yang berbeza-beza, sering dirasai menyebabkan penderita perlu kerap menggerakkan kakinya.

6. Periodic Limb Movement Disorder – penderita biasanya sering melakukan gerakan spontan ketika tidur tanpa disedari.

7. Sleep Walking – gangguan ini merupakan keadaan yang paling parah ketika tidur. Penderita biasanya melakukan aktiviti lain yang biasanya dilakukan ketika di waktu jaga seperti berjalan, keluar rumah dan lain-lain. Namun, para penderita tidak menyedari apa yang telah mereka lakukan ketika sedang tidur ini.

21 January 2014

Tips-Tips Memuaskan Isteri Anda

Link dunia kepuasan.

Dalam perhubungan suami isteri atau berpasangan, keintiman itu sangat penting dalam memastikan perhubungan yang dijalin berkekalan selama-lamanya. Kadang-kala kita seakan terlupa bagaimana caranya dalam mengindahkan lagi suasana dalam perhubungan yang telah lama dibina. Dan akhirnya tanpa sedar, hubungan itu pun terhenti di tengah jalan.

Jadi, dalam entry kali ni, aku nak kongsikan tips-tips bagaimana ingin memuaskan pasangan anda. Supaya kita semua berbahagia selamanya.

1. Pelajarilah masakan kegemaran mereka.
Cuba bayangkan diri anda itu dihidangkan masakan kegemaran anda, dan rasanya sungguh enak. Sudah pasti sangat best kan? Begitulah juga dengan mereka. Puaskan hati mereka dengan masakan anda. Pelajarilah cara masakan itu, lebih-lebih lagi kepada yang tidak berapa nak reti memasak tu. Seperti kata orang tua-tua, kalau nak tuba pasangan, mulakan dengan perut mereka. Inshallah dengan makanan, anda dapat MEMUASKAN perut mereka.

2. Cuba bergaya sedikit.
Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri dalam imej pasangan mereka. Ingat tak waktu bercinta dulu? Bila nak berdating, bukan main lagi bergaya sakan. Malah mengalahkan artis lagaknya. Tapi kenapa bila sudah berkahwin dan beranak-pinak gaya itu dihapuskan? Malah seakan nampak dungu saja. Malah bulu-bulu di anggota badan dah macam semak samun pulak nampaknya. So, cubalah perbaiki imej dengan gaya-gaya terbaru. Kita ni manusia. Hari-hari tengok warna merah pun jemu jugak walaupun merah tu warna kegemaran kita. Inshallah, dengan sedikit gaya baru, anda dapat MEMUASKAN mata mereka.

3. Beriadah bersama mereka.
Waktu hangat bercinta, bukan main lagi ye berdating sakan ke sana sini. Hingga ada yang sanggup perabiskan duit untuk menjelajah tempat-tempat jauh hanya untuk mempunyai masa yang seronok bersama. Tapi kenapa lama kelamaan perasaan tu pudar dan hilang? Malah nak bawa pergi makan kat mapley depan rumah pun malas. So, bawalah mereka keluar seperti awal-awal bercinta dulu. Spend time yang baik. Andai kata mereka sukakan outdoor, lakukan bersama-sama. Inshallah, dengan sedikit riadah itu, anda dapat MEMUASKAN masa mereka bersama anda.

4. Kekalkan Romatis.
Ingat tak dulu sewaktu anda seorang yang sangat romantik? Ye la kan, masa tu nak ngorat. So, ayat semua berbunga-bunga je yang keluar daripada mulut anda tu. Rendahnya diri tu sampai nampak anda tu orang paling suci sekali pernah ada di dunia ni. Tapi, kenapa lepas berkahwin 'mat romeo' tu hilang? Datang pulak saka-saka jembalang yang bengis? Terus bertukar perangai pulak tu. Mana tak hambarnya hubungan tu? Jadi, teruskanlah sifat romatis tu. Tak salah pun. Flirt dan manja-manja dengan mereka pun boleh. Inshallah, dengan sedikit romantis itu, anda dapat MEMUASKAN hati mereka.

5. Ingat Janji Setia bersama.
Apabila kita berjanji untuk hidup bersama, sentiasalah ingat pada janji itu. Dalam perhubungan, sememangnya kita akan dilanda badai dan ombak. Itu lumrah. Tiada siapa pun yang perfect. Jadi berpandukan pada janji itu, maka jalan penyelesaian juga akan semakin jelas nampak. Tidak perlu bertengkar, tidak perlu bergaduh. Fahami karekter masing-masing dan cuba adapt dengannya. Inshallah, dengan kesetiaan, anda dapat MEMUASKAN cinta mereka.

Keintiman dalam perhubungan ni banyak sebenarnya. Terlalu banyak untuk disenaraikan pun. Jadi, ikutlah gaya anda sendiri dalam memastikan perhubungan dan bahtera yang dibina berkekalan selama-lamanya. Keintiman dapat DIPUASKAN dalam pelbagai cara.....bukan setakat di ranjang ye.

Cuci otak tu sikit. Hehe.

TKS#4 : Smartphone!

Episode 4: Smartphone!!

Smartphone kini sudah mengambil banyak peranan dalam kehidupan kita. Boleh dikatakan semua benda kita nak buat, kita rujuk kepada smartphone. Adakah ia suatu yang baik atau sebaliknya?

Itulah perkara yang dibicarakan oleh aku dalam episode 4 The Kufazuke Show Vlog yang kini sudah pun keluar di Youtube. So, apa pendapat anda semua? Adakah smartphone suatu rahmat atau sumpahan terhadap diri kita ni? Adakah diri manusia kini terlalu rely kepada alatan ini sehingga semakin tidak boleh berdikari? Adakah alat ini sedikit sebanyak merenggang hubungan antara manusia sendiri? Saksikan vlog ini ye dan tinggalkan komen anda.

Jangan lupa untuk SUBSCRIBE channel ini dan nantikan episode-episode yang akan datang!

Jika anda mempunyai sebarang komen, jangan malu jangan segan, silalah tinggalkan di ruangan komen di bawah dan juga emailkan ke:

feedback@kufazuke.com

20 January 2014

Keajaiban Air Mata Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


Air mata sememangnya di pengaruhi oleh emosi untuk keluar. Kalau tidak pun, sebahagian faktornya. Kadang-kala disebabkan oleh habuk atau pasir yang masuk mata dan sebagainya. Kaum lelaki memang susah sikit nak keluar air mata ni. Ye la kan, tak handsome dan macho katanya (ye ke?). Dan kaum wanita pula dikatakan paling senang nak keluarkan air mata sebab naluri kewanitaan yang lembut menyebabkan permainan emosi itu mudah dihayati. Tengok filem hindustan, sure leleh punyalah. Hehe...

Sebenarnya, tak ramai yang mengetahui betapa banyaknya keajaiban air mata ni. Dan ye, termasuklah diri aku ni. Haha! So, moh le kita sama-sama baca ye.

1. Membantu penglihatan
Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang bleh membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria
Tak perlu ubat tites mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteria, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood
Seseorang yang menangis bleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.

4. Mengeluarkan racun
Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.

5. Mengurangkan stres
Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin. Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.

6. Membina komuniti
Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.

7. Melegakan perasaan
Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda bleh menangis dengan penuh penyesalan.

13 January 2014

Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan.... Sudut Perspektif Kiri Masyarakat.


Orang kita dibesarkan dalam keindahan bahasa yang sangat jitu. Antaranya adalah peribahasa, "jauh perjalanan, luas pemandangan". Keindahan ini diterapkan dalam sanubari masyarakat kita sehingga menjadi pegangan.

Peribahasa tersebut bermaksud, lebih jauh kita berjalan, lagi banyak pengalaman dan pengajaran yang dapat kita garap. Ia amat baik dan aku setuju apabila perjalanan jauh yang kita lalui itu membuahkan satu pengalaman yang baik dan menjadikan kita insan yang lebih baik daripada duduk di bawah kelompok tertentu sahaja. Untuk membuka mata dan minda. Lebih-lebih lagi jika melibatkan ilmu yang dipelajari sepanjang perjalanan.

Namun, terdapat juga kontranya apabila peribahasa ini disalah praktiskan. Orang kita ni kadang-kala cepat naik riak dan melupakan tanah yang dipijak. Sampai ia boleh dijadikan modal untuk orang bercerita dan gossip.

"Ko apa tau, ko tu belajar sekolah pondok je... lain la macam aku belajar sampai Australia. Ko tak layak bersembang dengan aku!"

"Apa nak jadi dengan anak ko ni Jah? Menoreh getah je kerjanya. Tengok anak aku tu, dah jadi pengurus besar kat kolumpo tu"

"Maaflah abang Leman... Wati tak boleh nak terima abang. Wati dah ada calon sendiri... Dia kerja kat bandar dan ada rumah besar. Wati taknak hidup dengan seorang petani."

Dialog-dialog di atas sebenarnya bukanlah sekadar drama-drama di televisyen sahaja. Ia adalah sebuah realiti yang terjadi di dalam masyarakat kita. Orang kita ni tak boleh berada di atas sangat sebab nanti terlupa di mana tanah tumpah darahnya sendiri. Sehingga pernah terdapat kes anak membuang mak bapak kerana merasa malu dengan kedudukan mereka di kampung dan juga tiada taraf 'kelas' untuk mereka.

Kita perlu ingat bahawa setiap yang terjadi, sudah dirancang oleh yang Maha Esa dan ia adalah yang terbaik untuk diri setiap manusia. Tidak perlulah nak riak, takabur dan sombong. Kerana setiap rezeki itu sudah pun ditentukan. Jangalah meletakkan sebarang sempadan kelas atau jurang kerana ia akan memisahkan kita dengan asal usul kita.

Tak semestinya orang itu duduk di kampung mereka tiada maruah. Tak semestinya yang kerja sebagai petani, pekebun dan penoreh getah tu orang-orang yang susah. Tak semestinya yang duduk dibandar, belajar sampai ke luar negara dan berkerja melibatkan antarabangsa seorang yang boleh diharap dan suci. Kita cepat betul lupa bagaimana kita naik. Dan atas sebab itulah kita cepat jua turun.

So... cuba muhasabah diri tu. Setiap insan di dunia ni takkan dihukum berdasarkan darjat, pangkat atau rupa. Tetapi amalan yang akan diambil kira.

Tak payahlah nak berlagak beli Gucci di Italy semata-mata nak tunjuk anda dah berjalan jauh dan kaya. Perasaan riak tu sudah cukup untuk mencemarkan maruah anda. Perjalanan roh di akhiratlah perjalanan yang terjauh dan semua akan hadapi.



09 January 2014

Nandos "Just Say Lah!": Thank you Nandos.


Haha.. Sungguh aku tak sangka sebenarnya bila Isnin lepas dapat call daripada Nandos yang mengatakan aku memenangi sesuatu. Ye la kan, aku ni kadang-kadang skeptical juga orangnya. Tak nak kena tipu dengan scam dan pelbagai jenayah penipuan yang lain. Sedangkan tele-marketer call nak promo barang mereka pun aku seakan tidak suka, lagi-lagi dengan kes-kes penipuan yang semakin berleluasa ni, memang bertambah skeptical la aku time jawab phone tu.

Tapi selepas orang yang telefon aku tu remind kat aku tentang satu peraduan ni, baru aku tersedar. A'ah la... aku memang pernah join satu peraduan ni yang aku ternampak pada salah satu advert kat blog seorang penulis yang biasa aku baca. Peraduan tu dinamakan Nandos "Just Say Lah!" di mana kita hanya perlu letak caption atau quotes mengenai sesuatu yang kita ingin luahkan sejujurnya. Haha.

Kalau nak diikutkan dengan sejarah aku masuk pertandingan atau peraduan, memang statistiknya tidak memihak pada aku. Tangan tak berapa nak bertuah kot. Tapi entah kenapa peraduan ni aku boleh dapat habuan pulak. Walhal sekadar cuba-cuba je.

So, apa yang aku letak sebagai quote jujur aku? Aku tulis:

"The truth is I'm still a boy eventhough my age is 29. So honey, please let me play my PS3"

Tak sangka pulak quotes ni boleh dapat pulak cenderahati daripada Nandos. Haha. Diorang bagi aku 4 helai T-Shirt dengan quotes aku ni di printkan serta stu voucher makan percuma. Well, thanks Nandos nanti kalau ada peraduan lagi, aku try masuk lagi ok? Tapi kalau boleh lepas ni bagi la TV Plasma 50" atau kereta Mustang ke sebagai pulak kan. Baru lagi syok! Haha..

Kalau korang nak try peraduan ni, KLIK DI SINI.



08 January 2014

Cara Tingkatkan Trafik Blog Secara Percuma


Hello everybody. Masuk tahun ni je, maka genaplah 3 tahun aku berkecimpung dalam dunia blogging ni. Wow.. tak sangka kan? Tup tap tup tap, masa berlalu dengan pantasnya sekali. So, sebagai meraikan ulang tahun aku blogging ini, aku nak kongsikan berberapa tips yang aku guna untuk naikkan trafik blog. 

Sebelum tu, just nak bagi info yang terdapat provider-provider di luar sana yang boleh menaikkan trafik blog anda tetapi of course, perlulah bersama ongkos nya. So, apa yang aku nak share ni adalah teknik naikkan trafik secara percuma. Dan aku tau, anda semua macam aku jugak... suka benda-benda percuma n, ye dak? Hahaha... So let's get it on!

1.  Nama dan Target Pembaca.
Sesebuah rancangan televisyen tidak akan mendapat hit jika nama rancangannya tak sedap. Betul tak? Begitu juga dengan blog. Cariklah sebuah nama yang kreatif dan senang untuk orang ingat. Dan kalau boleh, jangan plagiat orang lain punya. Be original as can be. Brandingkan nama blog tu menjadi identiti anda.
Sasaran pembaca pun kena ambil kira juga. Jika anda ingin ketengahkan isu mengenai sukan, maka pelbagaikan info-info mengenai sukan sebanyak yang boleh. Versatile sket. Jangan mengenai bola sepak je... try masukkan sekali hoki, squash, ragbi dan sebagainya. Haa.. tu contoh ye. 

2. Komitmen Dulu Baru Duit.
Haa... kenapa aku ungkapkan tips ni? Sebab, sesuatu perkara itu adalah lebih indah jika dibuat atas dasar minat dan keseronokan dahulu. Bukan kerana duit semata-mata. Sebab seperti yang kita tau, blog tanpa trafik apalah maknanya kan? So, crowd tu kena build up dulu. Selalunya blog-blog "otai" sudah lama berkecimpung dalam dunia blogging sebelum mereka naik dan stabil. So, cuba jadikan blogging ini sebagai hobi. Jadi anda sendiri pun tak berapa kisah jika lambat dapat habuan sebab dah memang melakukan sesuatu yang anda minat. Dan bila sudah mampu peroleh pendapatan daripada blog, maka anggaplah ia sebagai "BONUS" kerana anda mendapat habuan melakukan apa yang anda suka. Janganlah baru sebulan blogging terus putus asa tak memasal.

3. SEO dan keywords.
Tahukah anda bahawa kebanyakan trafik bukan sepenuhnya berdasarkan tajuk blog anda semua? Tetapi keywords yang anda gunakan. SEO atau nama penuhnya "Search Engine Optimization" merupakan satu method yang laman carian seperti Google, Yahoo!, Bing dan sebagainya gunakan untuk tetapan kata kunci ranking tinggi untuk meletakkannya sebagai priority dalam enjin carian mereka. Pening? Ok la aku bagi contoh. Seandainya satu insiden viral seperti "Piala Dunia" sedang asyik diperkatakan masa itu, maka anda bolehlah gunakan perkataan "Piala Dunia" tu sebagai tajuk entry anda. Tapi jangan lah skema sangat ye. Gunakan kreativiti anda untuk jadikan tajuk itu menjadi carian utama dalam enjin carian seperti "Negara yang bakal memenangi Piala Dunia adalah Brazil"... Haa, nampak tak permainannya?

4. Hebahan Blog (Ping)
Dulu aku tak kenal apa itu "ping" tapi selepas membuat kajian, baru lah aku tau bahawa ping itu adalah hebahan. So, macam mana nak buat ping ni? Anda boleh gunakan mana-mana laman sosial sebenarnya untuk tujuan ping ni. Postkan link blog anda di Facebook, Fanpage (jika ada), Twitter even Youtube. Atau anda boleh mendaftar secara percuma di apesal.com dan letakkan entry anda di situ bagi tujuan ping. Terdapat banyak ping site yang lain anda boleh gunakan tapi channel ini menggunakan link yang telah aku bagi tadi. Anda juga boleh hebahkan blog anda dengan share entry anda itu ke profile Facebook anda atau rakan-rakan anda.

5. Networking
Bayangkan anda ingin menjual produk. Adakah anda akan dikenali jika tidak bergerak dan promote kat orang? Begitu juga hal nya dengan blog. Rajin-rajin lah ziarah bloggers yang lain. Follow mereka. Tinggalkan komen kepada mereka. Beramah mesra lah dengan mereka. Dan ajaklah mereka untuk blogwalking anda pula. Dan sebagai tuan rumah, anda juga perlu menjaga tertib ye. Andai dapat komen ke atau apa pun, jadikkan sebagai motivasi dan jadikan ia iktibar supaya dapat memantapkan lagi blog anda. Kalau anda lihat blog-blog yang hebat, followers mereka mesti sangat ramai. Setiap kali anda post sesuatu, mereka juga akan dapat perkhabarannya dan jika mereka berminat, mereka akan jenguk anda. Hence, the traffic. 

6. Stail Penulisan
Kita diajar dengan pelbagai kaedah bahasa dan penulisan yang mencerminkan karekter kita. Cara penulisan kita akan memberi impresi kepada pembaca tentang diri kita sendiri. Jadi, jadilah seorang penulis yang baik. Letakkan lah elemen saspen ke, supaya pembaca ingin terjun lagi ke entry-entry anda untuk baca. Anda juga boleh letak elemen cerita bersiri ke supaya mereka akan menjadi "regular customer" anda. Dan banyak lagi la caranya. Kreativiti masing-masing yang membezakannya. Dan dengan ikhlas hatinya, aku nak minta tolong kepada semua, jangan lah gunakan bahasa alien. Sakit hati tau nak baca. Kalau nak tulis anda sukakan bunga kekwa, tulis je lah "saya suka bunga kekwa". Tak payahlah nak menggedik tulis, "Aq skew munge kqwa taw".

7. Telus dan Tepat.
Telus dan tepat? Apakah? Haha! Bukan apa. Pernah tak anda semua dapat satu link yang tak tepat dan akhirnya anda membazirkan 5 minit dari hidup anda yang anda tidak boleh ambil kembali? So, kalau anda tidak mahu kehilangan trafik dan pembaca, jagalah content anda tu. Janganlah bagi tajuk entry, "Cara Masak Asam Pedas", pastu bila klik pada link, terus ke arah cerita bagaimana anda beli lauk tu di kedai mamak siap dapat nombor telefon awek Indon lagi. Sungguh tidak bagus perlakuan itu ye.


Haa.. so, itulah antara tips-tips yang aku dapat kongsikan serba sedikit. Seandainya anda ada tips anda sendiri, bolehlah kiranya berkongsi bersama, ye. Tak baik kedekut tau. Haha! Jangan lupa ye untuk SUBSCRIBE channel The Kufazuke Show Vlog di Youtube yang bakal keluar dengan episod 3 minggu depan. Dan jika anda ada apa-apa request nak aku reviewkan ke atau berkongsi pendapat, bolehlah komen di sini, atau di Facebook fanpage atau emailkan di feedback@kufazuke.com. Happy blogging!!

visit.indulge.amaze.


07 January 2014

TKS Episode 2: Pulau Pangkor Backpacking

Episode 2: Backpacking Trip Pulau Pangkor

Bagi orang yang suka berlibur dan sukakan aktiviti outdoor, aku tak akan lepaskan peluang jika berkesempatan untuk menjalani aktiviti-aktiviti sebegitu. Dan yang paling latest aku lakukan adalah backpacking bersama wife aku di Pulau Pangkor. Seronok woo...

Walaupun perjalanan itu cover 10km, tetapi keindahan dan pengalaman berjalan kaki dari Pantai Pasir Bogak ke Kilang Sate Ikan Hai Seng Hin di Sungai Pinang Kechil itu amat-amat berharga buat aku. Nak-nak ini juga merupakan pengalaman pertama wife ber-backpacking. Dah lama pulak rasanya tidak lakukan perjalanan yang buat aku rasa sangat-sangat berpeluh dan penat di limpahi cahaya mentari yang sangat terik dan jugak perjalanan berbukit-bukit yang menguji ketahanan kaki ku berjalan bersandangkan beg yang sangat berat di belakang. Haha..

Untuk melihat video sila klik DI SINI.

Apa pun, aku harap korang enjoy menonton video ini dan di harap korang juga sudi SUBSCRIBE channel The Kufazuke Show di Youtube ye! Pelbagai video menarik yang lain akan di postkan lagi. So, just stay tune ok!

Oh ye... lagi satu, layout design untuk website ini juga telah di ubah dan aku harap korang semua sukakannya.

03 January 2014

The Kufazuke Show Vlog Has Been Launch!!

Yo yo yo.. What's up peeps? Well, as a fine kickstart to the New Year 2014, I'd like to present to you, The Kufazuke Show Vlog!

Yeah... after two years of writing and reviewing on all kind of topics, I guess it is better to make it more visualize now and I hope, you guys out there will find it useful and hopefully make your day in any sort of way. Haha..

The first video has just been launch and please take a look alright?

The Greeting Episode


Well, please do visit and SUBSCRIBE my channel at youtube and spread the word around and wait for all the video updates. I'll be reviewing in all sort of views there from outdoor, travelling, life or even cooking. So, if you guys have anything to ask me for reviewing anything, please do leave a comment there and I'll get back to you as soon as I can.

And while you at it, why don't stop by at The Kufazuke Show official facebook page and show some love by LIKE it. Haha.. Well, that's all for now peeps, gotta get my gear now for another fun video shooting. See you guys there ok!

Happy New Year 2014!!

Let's Interact!

me>