30 January 2014
Perhatian Kepada Orang Kurus.. Ini Untuk Anda!
Actually artikel ni aku petik dari newsletter yang aku dapat daripada salah satu blog yang aku sangat gemar bacanya. Dan aku terasa sungguh seronok andai dapat berkongsi juga bersama anda semua. Haha. So, sebelum apa-apa better aku creditkan kepada Sehinggit sebagai sumber kepada entry kali ni.
Selalunya kita asyik-asyik beri perhatian kepada orang gemuk supaya membantu mereka kuruskan badan mereka. Betul tak? Pelbagai iklan di luar sana yang rata-rata pamerkan produk-produk kurus, langsing dan sebagainya. Bagaimana pula dengan orang-orang yang berbadan kurus dan susah nak naik berat badan? Mereka juga mempunyai masalah. Sebab kalau terlalu kurus juga boleh mudaratkan tubuh badan. So, janganlah pinggirkan masalah ini juga ye. Hehe... So, jom kita tengok tips-tips macam mana nak naikkan berat badan.
Kepada orang-orang yang badannya besar tapi bajet kurus macam Saiful Apek, ini bukan entry untuk anda ye. Sedarlah diri tu sikit (nasihat untuk diri sendiri jugak ni).
Tips Naikkan Berat Badan.
1. Makan Makanan Berkalori Tinggi. Ini langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500 - 1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 0.5 kilogram hingga 1 kilogram dalam tempoh seminggu.
2. Makan Makanan Berkarbohidrat Tinggi. Ini perlu dan biasa dilakukan untuk menambahkan berat badan. Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan anda.
3. Makan Mengikut Jadual. Makan dengan sukatan yang besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bersertakan snek yang berkalori tinggi seperti karipap di antara waktu makan, terutamanya pada awal percubaan untuk menambahkan berat. Bagaimanapun, snek yang dimakan itu tidak seharusnya menggantikan makanan-makanan yang berkhasiat. Makan selalu dan jangan abaikan waktu makan anda.
4. Makan Lewat Malam. Dengan memakan snek pada waktu lewat malam dapat mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak kalori ketika anda tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan anda.
5. Makan Daging Merah Lebih. Daging merah, seperti daging lembu, mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda pelbagaikan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.
6. Makan dan Berehat Secukupnya. Tidak ada gunanya anda memakan makanan yang berkalori tinggi sekiranya kalori itu membakar untuk membekalkan tenaga yang disebabkan kekurangan rehat yang secukupnya. Ini tidak bermakna anda harus tidur sepanjang hari. Waktu rehat atau tidur selama 6 - 8 jam setiap hari sudah cukup memadai.
7. Minum Jus Buah-Buahan dan Susu. Minuman adalah cara paling mudah untuk meningkatkan pengambilan kalori. Apabila anda berasa haus, cuba amalkan meminum jus buah-buahan selain daripada air biasa. Ataupun minum minuman yang bersusu seperti makanan segera untuk bersarapan.
8. Bersenam Untuk Membina Otot-Otot. Pilih rutin senaman yang bersesuaian dengan keadaan fizikal anda. Seeloknya anda amalkan senaman angkat berat (weight lifting) atau senaman ketahanan badan seperti tekan tubi (push-up) untuk membina otot-otot anda. Senaman-senaman seperti ini memberi stimulasi kepada otot-otot anda untuk membina dan tidak hanya berlemak. Minum minuman berprotein atau berkalori tinggi sejurus selepas bersenam untuk menggantikan kalori yang telah hilang. Ini untuk mengelakkan berat badan yang anda tambah itu berkurangan atau susut semula. Tetapi ingat, penambahan atau pembinaan tisu otot-otot anda bergantung kepada susuk badan dan juga ciri-ciri genetik yang anda warisi.
9. Belajar Mengurangkan Ketegangan. Ini agak sukar untuk dilakukan tetapi sekurang-kurangnya anda harus mencuba. Tekanan atau ketegangan adalah salah satu punca yang menyebabkan anda hilang selera makan. Namun begitu ada juga orang yang makan berlebihan ketika menghadapi situasi sebegini. Justeru, pastikan anda berada dalam golongan mana supaya mudah untuk meneruskan niat anda menambahkan berat badan.
10. Pantau Berat Badan. Jangan terlalu asyik dengan penimbang berat anda. Berat badan anda berkemungkinan berubah setiap hari dan anda pastinya tidak akan nampak sebarang perubahan. Awasi berat badan anda itu sekali dalam seminggu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment