25 January 2014
Seksual Represi: Kalau Dah Macam Tu, Baik Berzina!
Andai anda semua pernah mengikuti channel ini 'ketat-ketat', anda pasti pernah terbaca satu analisis aku mengenai seksual represi orang Melayu kini. Ye, as a summary, akibat daripada seksual represi di kalangan orang melayu kini sudah nampak pelbagai impaknya lebih-lebih lagi dalam kes pembuangan bayi, khalwat, sumbang mahram dan tidak kurang juga rogol. Dan kalau anda nak baca sekali lagi entry mengenai Seksual Represi, KLIK DI SINI.
So, siapa salah sebenarnya? Agama? Diri sendiri? Pemangsa? Atau sekadar 'mangsa keadaan'?
As far I'm concern, agama telah membataskan pergaulan bebas antara kaum Adam dan Hawa di atas sebab ingin menjaga kesucian diri, masyarakat serta menjamin warisan keturunan adalah atas landasan halal dan berkat. Adakah kita patut menyalahkan agama dalam memberontak kongkongan seksual yang kita hadapi? Sudah tentu tidak. Pada pendapat aku, yang meningkatkan lagi represi seksual yang dihadapi oleh masyarakat kita adalah 2 iaitu, pengaruh media dan juga budaya.
Pengaruh media?
Ye.. media memberi impak yang kuat terhadap minda kita yang kadang-kala kita tidak sedar betapa ia mampu mengubah serta mempengaruhi tindakan kita seharian. Bukan setakat media cetak dan penyiaran, malah internet juga merupakan satu agen media yang paling berbahaya serta paling mudah untuk di access.
Sekarang ni, budak-budak kecil pun boleh tengok porn tanpa perlu bersusah payah. Cuma taipkan sahaja apa yang dihajati dan... Voila!! Tu dia... Siap boleh download dan dimasukkan ke dalam handphone masing-masing. Tu baru budak-budak, bagaimana pula orang dewasa? Makin galak la kan?
Dan lagi satu pada pendapat aku yang meningkatkan represi seksual dalam masyarakat kita ialah BUDAYA. Ye.. budaya.
Budaya melayu kita sememangnya dipenuhi dengan adat kesopanan dan kesusilaan. Namun, kadang-kala orang kita ni lebih mengangkat budaya melebihi agama Islam itu sendiri. Kita semua adalah manusia. Keinginan seksual adalah fitrah setiap insan. Lebih-lebih lagi semakin meningkat dari remaja ke dewasa. Hormon membuak-buak ibarat gunung berapi ingin meletus. Jadi, dalam hal ini, agama sendiri menyarankan supaya didirikan masjid (bermaksud 'berkahwin' bagi yang tidak fahami kiasan ini).
Tetapi orang-orang tua kita sekarang ni ibarat ingin menjual anak pula dalam hal ni. Semuanya nak grand. Hantaran tak nak kalah. Dah macam mintak down payment rumah. Majlis nak yang paling mahal yang boleh buat. Adoii.. itu semuanya budaya. Semuanya atas rasa nak menunjuk pada orang sekeliling tentang 'beradaan' mereka. Riak tak sudah.
Padahal anak-anak tu ingin berkahwin di atas ingin menghalalkan lagi hubungan dan menjauhi zina. Kalau sebelum kahwin dah demand hantaran menggila tinggi dan sebagainya, bagaimana pula selepas kahwin nanti? Kalaulah hantaran yang diminta dah RM10k - RM15k, baik beli kereta. Tak kesian ke kepada mereka yang ingin meraikan cinta mereka dengan ikatan yang sah? Nak memiliki zuriat dan meneruskan keturunan di atas landasan yang baik?
Padahal kalau nak diikutkan pada rukun nikah, ia amat-amat mudah. Ada mas kahwin, wali, saksi, pengantin, boomm setel. Lepas tu just buat jamuan sedikit bagi menghebahkan pada saudara dan sahabat handai berita gembira ini. Belum lagi dalam agama kita ni menyusahkan kita sebenarnya. Kita yang menyusahkan diri kita sendiri.
Oleh sebab kos untuk berkahwin itu sangat tinggi, maka hubungan terlarang dan keterlanjuran semakin murah. Jadi siapa yang patut menanggung dosa seandainya terdapat anak muda yang berkata,
"Kalau dah susah sangat nak berkahwin, baik berzina je".
Jadi, aku nak sarankan kepada ibubapa yang anaknya ingin berkahwin, janganlah disusahkan urusan itu. Tak payahlah nak demand itu ini diluar kemampuan mereka. Mereka nak buat pahala...bukan dosa. Even dalam Islam pun menyeru umatnya untuk berjimat-cermat... jadi fikirlah sendiri ye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment