21 January 2014

Tips-Tips Memuaskan Isteri Anda

Link dunia kepuasan.

Dalam perhubungan suami isteri atau berpasangan, keintiman itu sangat penting dalam memastikan perhubungan yang dijalin berkekalan selama-lamanya. Kadang-kala kita seakan terlupa bagaimana caranya dalam mengindahkan lagi suasana dalam perhubungan yang telah lama dibina. Dan akhirnya tanpa sedar, hubungan itu pun terhenti di tengah jalan.

Jadi, dalam entry kali ni, aku nak kongsikan tips-tips bagaimana ingin memuaskan pasangan anda. Supaya kita semua berbahagia selamanya.

1. Pelajarilah masakan kegemaran mereka.
Cuba bayangkan diri anda itu dihidangkan masakan kegemaran anda, dan rasanya sungguh enak. Sudah pasti sangat best kan? Begitulah juga dengan mereka. Puaskan hati mereka dengan masakan anda. Pelajarilah cara masakan itu, lebih-lebih lagi kepada yang tidak berapa nak reti memasak tu. Seperti kata orang tua-tua, kalau nak tuba pasangan, mulakan dengan perut mereka. Inshallah dengan makanan, anda dapat MEMUASKAN perut mereka.

2. Cuba bergaya sedikit.
Setiap orang mempunyai citarasa tersendiri dalam imej pasangan mereka. Ingat tak waktu bercinta dulu? Bila nak berdating, bukan main lagi bergaya sakan. Malah mengalahkan artis lagaknya. Tapi kenapa bila sudah berkahwin dan beranak-pinak gaya itu dihapuskan? Malah seakan nampak dungu saja. Malah bulu-bulu di anggota badan dah macam semak samun pulak nampaknya. So, cubalah perbaiki imej dengan gaya-gaya terbaru. Kita ni manusia. Hari-hari tengok warna merah pun jemu jugak walaupun merah tu warna kegemaran kita. Inshallah, dengan sedikit gaya baru, anda dapat MEMUASKAN mata mereka.

3. Beriadah bersama mereka.
Waktu hangat bercinta, bukan main lagi ye berdating sakan ke sana sini. Hingga ada yang sanggup perabiskan duit untuk menjelajah tempat-tempat jauh hanya untuk mempunyai masa yang seronok bersama. Tapi kenapa lama kelamaan perasaan tu pudar dan hilang? Malah nak bawa pergi makan kat mapley depan rumah pun malas. So, bawalah mereka keluar seperti awal-awal bercinta dulu. Spend time yang baik. Andai kata mereka sukakan outdoor, lakukan bersama-sama. Inshallah, dengan sedikit riadah itu, anda dapat MEMUASKAN masa mereka bersama anda.

4. Kekalkan Romatis.
Ingat tak dulu sewaktu anda seorang yang sangat romantik? Ye la kan, masa tu nak ngorat. So, ayat semua berbunga-bunga je yang keluar daripada mulut anda tu. Rendahnya diri tu sampai nampak anda tu orang paling suci sekali pernah ada di dunia ni. Tapi, kenapa lepas berkahwin 'mat romeo' tu hilang? Datang pulak saka-saka jembalang yang bengis? Terus bertukar perangai pulak tu. Mana tak hambarnya hubungan tu? Jadi, teruskanlah sifat romatis tu. Tak salah pun. Flirt dan manja-manja dengan mereka pun boleh. Inshallah, dengan sedikit romantis itu, anda dapat MEMUASKAN hati mereka.

5. Ingat Janji Setia bersama.
Apabila kita berjanji untuk hidup bersama, sentiasalah ingat pada janji itu. Dalam perhubungan, sememangnya kita akan dilanda badai dan ombak. Itu lumrah. Tiada siapa pun yang perfect. Jadi berpandukan pada janji itu, maka jalan penyelesaian juga akan semakin jelas nampak. Tidak perlu bertengkar, tidak perlu bergaduh. Fahami karekter masing-masing dan cuba adapt dengannya. Inshallah, dengan kesetiaan, anda dapat MEMUASKAN cinta mereka.

Keintiman dalam perhubungan ni banyak sebenarnya. Terlalu banyak untuk disenaraikan pun. Jadi, ikutlah gaya anda sendiri dalam memastikan perhubungan dan bahtera yang dibina berkekalan selama-lamanya. Keintiman dapat DIPUASKAN dalam pelbagai cara.....bukan setakat di ranjang ye.

Cuci otak tu sikit. Hehe.

No comments:

Let's Interact!

me>