Tidur? Relevan ke? (oh, ye... ramai yang salah sangka ye, "relevan" bermaksud "PENTING" bukan "SEPATUTNYA" seperti di war-war kan... tak percaya, check kamus)...
Ramai yang tidak mengetahui bahawa tidur itu sangat penting dalam menjaga kesihatan kita... kalau kurang tidur, kita sakit... kalau lebih tidur pun kita sakit....
Menurut buku "Power Sleep", tidur merupakan aktiviti sepenting dengan udara, makanan dan air. Ini adalah kerana tidur yang tidak mencukupi boleh membawa kepada pelbagai jenis penyakit.
Quote daripada Dr. James B. Mass dalam Power Sleep,
"
Jika anda berhenti tidur, anda akan mati. Mereka yang tidak cukup tidur selama 5 - 10 jam, sama ada atas kehendak sendiri atau disebabkan tugas, didapati berkeadaan tidak rasional, paranoid, keliru malah berkhayal."
Begitulah betapa pentingnya tidur bagi manusia. Sememangnya kita akan cakap, "asyik-asyik tidur.. macam takde benda lain nak buat"... Actually, kalau terlebih tidur memang berbahaya... kalau kurang tidur pun bahaya jugak sebab, kalau kita kurang tidur, penyakit-penyakit yang kita boleh dapat adalah seperti:
a) Sistem Imun Lemah
b) Diabetes
c) Kegemukan
d) Hilang Berat Badan
e) Kanser Payudara
f) Masalah Gastrousus
g) Menjejaskan Fungsi Asas Badan (hormon dan tolerans glukosa)
h) Cepat Tua
i) Usia Menjadi Singkat
j) 70% Risiko Mati Muda dan sebagainya.
Tidur sering diambil ringan oleh segelintir masyarakat dan menggangapnya sebagai perkara yang remeh temeh. Tetapi bayangkan tubuh badan sebagai kereta yang berjalan tanpa henti, somehow, kena jugak berhenti sebentar untuk sejukkan enjin dan juga isi petrol. Jika tidak lusuh la jugak kereta anda. Badan kita, semua sama... ada limit di mana pada satu point dalam sehari perlu ada "reset point" untuk restore balik tenaga, kecergasan dan kecerdasan. Dan andai kita skip sesi tidur, sudah pasti badan kita akan tidak memberikan prestasi yang baik dalam kehidupan seharian.
Antara akibat yang anda akan dapati jika tidak tidur dengan mencukupi termasuklah:
a) Menjejaskan Daya Ingatan
b) Melambatkan Proses Mental (tindak balas refleks dan sebagainya)
c) Menjejaskan Kreativiti
d) Menghalang Pembelajaran Kemahiran Baru
e) Prestasi Kerja Yang Lemah
f) Mengancam Keselamatan (disebabkan tindakbalas yang lambat)
g) Keletihan yang membawa maut (jantung semakin lemah dan otak semakin "shut down")
Tidur juga menjurus kepada masalah mental. Ia boleh mengakibatkan kita menjadi gila dengan mengelamun, pandangan sering terganggu, gangguan fikiran kurang waras dan sebagainya. Ia juga mengakibatkan kita menjadi panas baran dan mudah naik angin kerana badan yang tidak selesa dan emosi reject seandainya terdapat perkara yang tidak memuaskan hati.
Munurut Dr. James lagi,
"
Tidak kira jika lifestyle anda aktif, kurang aktif, bekerja waktu pejabat mahupun shift, anda tidak terkecuali daripada keperluan untuk tidur. Kanak-kanak perlukan 8-10 jam untuk tidur, manakala dewasa 5-8jam. Tidur awal untuk bangun pagi yang segar dan lebih ceria. Seandainya anda bekerja syif, dan memerlukan anda bekerja sepanjang malam, anda juga harus tidur selepas bekerja untuk cukupkan waktu tidur anda yang sebenar bagi 'reset' kembali keadaan normal badan anda."
Oleh itu, tidur merupakan salah satu keperluan yang agak penting dalam aktiviti seharian kita. Andai tidur tidak cukup, badan kita akan menjadi sangat lemah... Seandainya terlebih tidur daripada yang disarankan, badan anda akan "overcharge". Seperti mana bateri yang terlebih charge, badan juga akan menjadi lemah dan akan menghadapi masalah yang sama.
Dalam Islam, kita diseru supaya menjaga tubuh badan yang kita pinjam ini dengan sebaiknya. Jadi, sayangilah tubuh badan anda dengan berikan apa yang terbaik untuk diri seterusnya memberi yang terbaik kepada persekitaran.
Sekian terima kasih...
Seandainya terdapat pendapat dan komen, sila tinggalkan diruang komen di bawah supaya kita dapat berkongsi ilmu bersama.
ps: Gila la... tak tidur boleh jadik gila.... hoho.. so, jom tidur dengan sempurna!!