22 February 2012

X X RAY I & II : Klasik Itu Terbaik

Salam Sejahtera,

Kalau anda seorang yang lahir tahun 80-an, pasti anda pernah suatu ketika dahulu tengok filem-filem ini (paling tak pun, sekelumit berita pasti anda pernah terdengar tentang filem ini). Mungkin pada orang lain filem-filem melayu semua tak best dan sangat bosan apabila menontonnya. Actually, sama je macam aku pun... lagi-lagi kalau cerita melayu yang baru, yang sangat-sangat leleh-leleh dan meleret-leret serta sangat stereotype. Tapi aku kagum jugak dengan kemajuan yang dilakukan oleh industri perfileman negara yang semakin baik dengan memperkenalkan filem-filem menarik dan juga persembahankan seni grafik yang memberangsangkan.



Filem XXRay I dan juga XXRay II adalah dua filem sewaktu aku kecil dulu yang buat aku sangat-sangat kagum. Dua-dua filem ini adalah box office dan juga 'baby' kepada pengarah terkenal tanah air iaitu Aziz M. Osman. Aku tertarik dengan filem-filem ini sebab ia sangat berani. Dikala industri filem kita cuma berani mengeluarkan cerita-cerita bergenre romantik, sedih dan cinta, pengarah ini tampil dengan filem sains fiksyen. And see how well did it goes....

 XX RAY I (1992)

XX Ray I
Dalam XX Ray I ni, ia mengenai kisah nak kejar seorang member yang nakal. Penemuan sebuah device yang membolehkan seseorang melihat menembusi sesuatu objek telah disalahgunakan olehnya. Ada dua orang yang lain cuba nak rampas balik device tersebut tetapi member yang agak nakal ni boleh pulak menjadi halimunan yang menyebabkan acara kejar-mengejar tersebut menjadi menarik dan sangat mencemaskan.

XX Ray screen



XX Ray II (1995)

XX Ray II

Dalam sekuel filem ini, kita disajikan dengan kisah kawan-kawan yang ingin mencuba membetulkan sejarah. Ye, filem ini agak melucukan tetapi amat mempersona sekali. Ia bermula dengan seorang member ni mengaku telah mencipta device dinamakan "Laser Disposal" yang sebenarnya dicetuskan oleh penolong beliau. Dia mempunyai niat yang jahat dan member-membernya yang lain diajak oleh pembantunya untuk menggagalkan misi jahat beliau. Akan tetapi, setelah semuanya terjerumus di dalam 'time warp', semuanya telah kembali ke zaman kesultanan Melayu Melaka yang ketika itu diterajui oleh Sultan Mansur Shah. Si rakan yang nakal ini cuba mengubah sejarah dengan menggagalkan Hang Tuah daripada membunuh Hang Jebat. Dalam filem inilah kita akan dapat lihat Hang Tuah julung-julung kalinya memegang machine gun.

XX Ray II screen
Sorry ye pembaca, aku tak cakap secara details dan jelas cerita tersebut sebab tak nak merosakkan plot dan jalan cerita serta kehebatan lakonan pelakon-pelakon otai kita.... Kalau anda yang belum melihat atau lupa macam jalan ceritanya, silalah download dan nikmati.. kenalilah pelakon-pelakon handalan kita sewaktu ketika dulu... Aku pasti anda tidak menyesal....

Ida Nerina : Antara aset yang berharga dalam menjayakan filem XX Ray II.

Seandainya terdapat pengarah-pengarah di luar sana yang ingin remake filem-filem lama, aku harap sangat kedua-dua filem ini dibuat semula dengan menggunakan seni grafik yang terkini dan lebih mengancam lagi... (Aku vote untuk Lisa Surihani jadik Shima dan Aaron Aziz jadik Hang Tuah....hehe) Di Hollywood, banyak kisah klasik telah diremake menjadi filem yang sangat unggul seperti Hulk, Batman, King Kong dan sebagainya.... Industri filem tanah air pun perlukan jugak.... baru boleh martabatkan kembali kehebatan filem kita seterusnya tunjukkan di luar bahawa industri filem kita sudah maju... kan?


Sekian saja ye... andai ada komen atau pendapat, sila tinggalkan diruangan komen di bawah...
Bye!!

Link Download untuk XX Ray I : http://wayangmalaysia.wordpress.com/2007/08/24/xx-ray-1992/
Link Download untuk XX Ray II : http://torrent.jiwang.cc/XXRay2_zuljoe__jwg__torrent_-s-62573.html


ps: Seronok tengok filem-filem lama sebab mengingatkan kembali zaman kanak-kanak... :)

No comments:

Let's Interact!

me>