Hai.. aku tau ramai yang baca ni akan pandang serong atau hairan kenapa aku post benda ni di sini. Ramai akan tertanya samaada aku penyokong kerajaan atau parti pembangkang? Ye, wahai pembaca sekalian, aku adalah seorang yang liberal... bagi aku masing2 punya pilihan masing-masing dan setiap undi itu adalah RAHSIA.
Aku nak naik tren KLIA Transit dari umah aku ke tempat kerja semasa aku terjumpa flyers ni yang diedarkan di kedai runcit yang terdapat di stesen tersebut.
Aku agak tertarik dengan kempen yang dijalankan oleh kerajaan negeri Selangor ini. Sememangnya tak dapat kita nak nafikan bahawa gejala sosial lagi2 kepada isu anak luar nikah, seks bebas dan sebagainya agak teruk berlaku sekarang. Pada aku, bagus lah kalau kerajaan negeri Selangor ingin menentang habis-habisan gejala ni untuk kesejahteraan umat Islam dan membersihkan agama Islam daripada tercemar. Lantas membawa kehidupan yang lebih harmoni dan terurus. Tetapi, jangan pula kempen ini dijalankan semata untuk memancing undi atau sebagai propaganda politik.
Pendapat aku, kalau betul nak memerangi gejala sosial seperti ini, kita haruslah mula pada peringkat paling awal sekali iaitu didikan di rumah. Ibubapa tu patut didik anak dengan sewajarnya dengan agama, ilmu pengetahuan dan kasih sayang yang buat mereka patuh kepada ajaran agama dan mengikut norma masyarakat yang sihat. Masalah sosial pada sekarang barangkali berpunca daripada pengaruh yang sedia ada. Rakan-rakan, saluran media dan sebagainya. Kalau betul nak perangi, screen semua yang boleh pengaruhi akhlak sejagat dahulu. Tunjuk bahawa apa yang barat sedang buat tu sememangnya tak cool dan tak patut dijadikan teladan.
Dan jangan tunjukkan Islam sebagai satu ajaran agama yang membosankan. Tunjuk betapa cool nya menjadi seorang Islam. Macam tu baru lah dapat menarik minat para remaja, dewasa mahupun kanak-kanak. Selain anti zina, kempen ini juga menggalakkan supaya pasangan lekas kahwin supaya dapat menghindari daripada zina. Bagus... cukup bagus idea itu. Tapi... sayangnya, sememangnya daripada apa aku alami sekarang (iye... saya dalam proses), aku dapati proses untuk kahwin tu sangat susah. Macam taknak bagi kahwin jer... In fact, nak mendapat kelulusan pun susah kena pergi ke sana sini dapatkan tanda tangan kadi la, pegawai la, lengkapkan borang mastautin la dan sebagainya (as if kita sendiri takde benda lain nak buat).. kadangkala ia boleh mengambil masa berminggu untuk selesaikannya..
Jadi, cadangan aku, jadikan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) sebagai one stop center.... semua yang harus diuruskan boleh selesai di satu tempat. Bukan kena pergi ke sana sini. Ini termasuk juga andai mahu berurusan dengan sewa masjid dan tok kadi, borang pengesahan mastautin dan sebagainya. Yang menjadi payah nya sekarang ini adalah kerana terpaksa nak kejar setiap orang untuk dapatkan tanda tangan untuk selesaikan borang. Ada sesetengah tu, kena buat appointment dulu baru boleh jumpa. Itu yang mengambil masa lama tu...
This got to stop!! |
baiklah sekian saja buat masa ni, seandainya anda mempunyai pendapat yang lain, sila kemukakan di ruangan komen post ini ye... Terima kasih.
ps: It's cool to be a Muslim....
No comments:
Post a Comment