06 August 2012

Kuala Lumpur At Their Classic.


Kita sering kali terleka dengan arus permodenan yang sedang kita lalui sekarang. Kita lihat pembangunan yang pesat, kemajuan dalam teknologi lantas merasakan diri kita mampu bersaing dengan arus yang dibawa oleh negara-negara maju juga. Itu merupakan satu progressif yang baik tetapi secara tidak langsung, ia juga menggalakkan kehidupan kita berplagiat dengan budaya luar juga. Just look at how we tend to copy from fashion, life style or even language. Pardon for the english though. Lambat laun... budaya kita sendiri akan pupus.

So, sempena Hari Kemerdekaan yang ke-55 yang akan berlangsung selepas Perayaan Aidilfitri nanti, mari kita lihat gambar-gambar vintage bandar Kuala Lumpur dengan harapan supaya kita dapat jejak balik bagaimana ia semuanya bermula. Supaya dapat kita dalami dan hayati bahawa pembinaan kemodenan bukan suatu kerja yang mudah. Ia ambil masa dan janganlah terhapusnya identiti sebenar kita kerana terikut dengan arus itu.

(Sila klik gambar untuk besarkan nya)

Nampak macam kawasan rumah je kan? Ini adalah Hospital Besar Kuala Lumpur tahun  1870.

Hari-hari aku lalu ikut Jalan Ampang. Ini gambar tahun 1960. Great Eastern Mall belum ada lagi ditepi jalan ni.

Sama tak dengan Jalan Bukit Bintang sekarang? Di sinilah tapak Sungai Wang sebenarnya.

Dulu lengang je Jalan Pasar. Bukan macam sekarang.

Sekarang tempat ni sibuk sangat-sangat. Tahun 1950, nampak tenang je.

Kalau aku balik ke tahun 1972, aku mesti pelik mana pulak restoren Chicken Chop kat Kampong Bharu ni.

Muzium Negara tahun 1960.

Terdapat banyak gila perbezaan antara Petaling Street sekarang dan yang pada tahun 1860 ni kan?

Tasek Perdana tahun 1978.

Percaya atau tak, ini adalah Kuala Lumpur pada tahun 1880.

So, how was it? Kadang-kala aku macam teringin nak merasai ketenangan bandar seperti yang didalam gambar-gambar ni. Aku tak lahir lagi waktu tu, tapi tengok pada illustrasi-illustrasi di atas, tampak Kuala Lumpur dulu, sangat aman dan tenang. And the best thing, masyarakat kita masih mempunyai identiti bangsa masing-masing. Tak terikut dengan arus permodenan dan anasir-anasir luar yang mempengaruhi.

p/s: Wish I have a time machine.


4 comments:

bukankosong said...

takde yg lama

maka xdela yg baru

tp Alhamdullilah, negara kita dah byk berubah, mungkin tidak sedaif dulu

KUFAZ said...

syukur.. kita semakin maju... :)

VerSION said...

Gambar yg terakhir tu.....yg dikatakan ini la Kuala Lumpur masa dahulu...

Jika x silap itu ada rupa Bukit Nenas..........pada tahun 1880-1890

KUFAZ said...

ye ke? pergh sekarang dah sangat berubah... aku sekolah st john dulu.. so kalau betul.. itulah tapak sekolah aku suatu masa dulu... hahaha..

Let's Interact!

me>