16 August 2012

Super Human: Nick Vujicic - The Man With A Heart Of Steel


Pernah tak korang dengar nama beliau ni? Surely jarang sebab di negara kita ni, kita lebih mengenali orang-orang seperti Dato Fadzilah Kamsah, Dr. Fazley, Dr. Azizan dan sebagainya di mana mereka semua pakar dalam memberi motivasi. Nick Vujicic (Nick) merupakan salah seorang pakar motivasi terkenal sebenarnya dan telah merantau di serata dunia dalam memberi motivasi serta merubah kehidupan peserta seminarnya dengan sangat berjaya.

Apa bezanya dia dengan pakar-pakar motivasi yang lain? Ye, beliau merupakan seorang insan istimewa yang dilahirkan tanpa tangan dan kaki. Limbless person.

Bagi seseorang, perkara ini merupakan musibah bagi mereka tetapi bagi Nick, ia merupakan satu anugerah yang sangat tak terhingga baginya. Yup, aku tau ramai tertanya kenapa nak panggil dia ni sebagai salah seorang super human. Well, bagi aku, ketabahan hati beliau untuk hidup merupakan salah satu perkara yang paling memberi inspirasi terhadap kita yang dilahirkan sebagai normal. Dan kejayaan demi kejayaan yang beliau terima, lebih baik daripada kita ni yang kononnya sempurna.


Serba sedikit mengenai beliau:

Nicholas Nick Vujicic :
Dilahirkan di Australia sebagai anak sulung tanpa lengan dan kaki. Walaupun keadaan dia begitu, beliau tetap bersekolah di public school dan selalu dibuli oleh rakan sekolahnya. At the age of 8, dengan keadaannya begitu dan asyik menjadi mangsa buli dan ejekan di sekolahnya, beliau mengalami short depress state di mana beliau pernah ingin bunuh diri. Setiap hari beliau mendoakan agar Tuhan tumbuhkan lengan dan kaki supaya menjadi normal seperti orang lain. Tetapi, beliau pandang keadaan beliau disudut yang lebih cerah dan positif. Daripada murung terhadap kecacatan yang beliau hadapi ini, lebih baik bersyukur dan menghargai apa yang dia ada. Beliau mula berlajar cara hidup seperti normal seperti berus gig, bermain drum, melukis, menulis dan even surfing di laut. Dengan kecekalan yang beliau ada, beliau berjaya menghabiskan pelajaran beliau di universiti serta menubuhkan satu badan non-profit yang dinamakan sebagai Life Without Limbs di mana beliau mula memberi ceramah serta motivasi bagi membantu masyarakat untuk tabah mengharungi dugaan hidup. Beliau telah keluarkan beberapa DVD serta buku motivasi untuk memberi inspirasi kepada semua masyarakat. Dia juga telah pun berkahwin dengan seorang yang jelita dan sanggup bersusah payah bersama beliau.



So, begitulah ye saudara sekalian. Nick pernah berkata bahawa dalam hidup ini, kita perlu bersyukur dengan apa yang ada kerana dalam diri kita sendiri sudah cukup sempurna. Apabila ditimpa musibah, percayalah bahawa apa yang buruk pasti akan berakhir dan kejayaan akan bermula jika kita mempunyai sebuah hati yang cekal serta tabah yang kuat.

Aku sendiri envy dengan Nick kerana walaupun dengan keadaannya yang begitu, beliau sudah travel serata dunia, buat aktiviti-aktiviti yang aku sendiri belum lagi tercapai nak buat seperti bungee jumping, surfing dan menakluk gunung-gunung yang tinggi. So, kepada pembaca di luar sana yang merasa diri down dan tidak istimewa... think again. Sila lihat video yang boleh menjadi inspirasi kepada kita semua.

p/s: "When life turns you down... you get up... when its stomp you down.... you get up... what ever happen... you get up" - Nick Vujicic.


No comments:

Let's Interact!

me>