05 August 2012

Resipi: Ayam Masak Merah Sos Tomato (Berkuah)


Yup... Seperti masakan sebelum ni, lauk kali ni juga merupakan satu hidangan berasaskan tema tomato. Aku suka tomato sebab ia merupaksan satu jenis sayur yang boleh trigger rasa masam, manis dan even payau for rare case. In fact, ia juga sesuai untuk dimakan oleh kanak-kanak dan orang yang mempunyai perut yang sensitif. Oleh sebab tu, entry kali ni aku nak share dengan korang satu resipi favorite aku dikala rajin untuk berkarya di dapur.

Ayam Masak Merah Sos Tomato (Berkuah)

Bahan-bahan:
1. Ayam : Separuh ekor (Dipotong suka hati korang)
2. Bawang Merah : Seulas (Potong hiris)
3. Bawang Putih : 3 ulas (Potong hiris)
4. Sos Tomato (Preferably jenama Kimball)
5. Tomato : 2 - 3 biji (potong ikut selera korang)

Cara Penyediaan:
1. Goreng ayam yang dipotong itu dengan campuran serbuk kunyit dan sedikit garam. Jangan goreng terlalu lama, sekadar cukup masak first level sahaja.
2. Selepas goreng, toss kan minyak daripada ayam goreng tersebut. (Lebih elok gunakan tisu yang berat)
3. Tumis bawang merah dan putih tadi dengan minyak yang sedikit.
4. Setelah naik baunya, masukkan sos tomato dan gaulkan sehingga sos tomato tersebut masak.
5. Masukkan air mengikut selera anda dan biarkan mendidih.
6. Masukkan garam dan sedikit ajinomoto secukup rasa.
7. Masukkan dan gaul ayam goreng tadi ke dalam kuah yang anda baru buat.
8. Sedia untuk dihidangkan. (Letak potongan tomato sebagai hiasan)

Well, senangkan caranya? Tak susah pun. Resipi ini memang senang nak dibuat tapi nampak complex dari segi fizikalnya. Gunakan resipi ini untuk tuba suami, isteri, mak mertua, atau sesiapa sahaja. Selamat berjaya!!

p/s: Kat luar mau jugak dapat dalam RM4 - RM5 untuk satu hidangan. Buat sendiri lagi save!!




No comments:

Let's Interact!

me>