03 August 2012

Resipi: Nasi Tomato Mudah


Apabila tibanya waktu-waktu dalam sejam dua nak berbuka, surely tekak korang memberontak dan bercakaran tentang makanan apa yang korang nak jamu selera nanti sewaktu berbuka kan? Nak-nak kalau tekak tu terasa plak nak makan macam-macam tapi perasaan malas tu pulak lagi kuat. Apa kata korang try menu simple ni. Ye, memang berlambak kat bazaar Ramadhan tapi ia lagi save kalau korang masak sendiri. Selamat mencuba!!

Nasi Tomato

Bahan-bahan (untuk nasi 2 pot):

Bawang Merah & Putih : 2-3 ulas.
Bunga Lawang & Kayu Manis : Secukup rasa.
Sos Tomato
Fish Ball @ Fish Cake : Secukupnya
Sayur Kacang Buncis : 2-3 batang

Cara penyediaan:

1. Hiriskan bawang merah dan bawang putih.
2. Fish Ball @ Fish Cake tadi di potong dadu.
3. Kacang buncis pula dipotong per seinci.
4. Deraikan nasi putih supaya senang untuk menggorengnya nanti.


Cara Masak:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.
2. Tumiskan bawang merah dan bawang putih beserta fish cake @ fish ball tadi.
3. Apabila sudah naik bau, masukkan pula bunga lawang dan kayu manis dan juga kacang buncis tadi.
4. Apabila kacang buncis tampak garing, masukkan sos tomato ke dalam tumisan dan gaul sehingga sebati.
5. Masuk garam secukup rasa dan ajinomoto sedikit.
6. Masuk nasi kedalam tumisan itu dan ratakan ke semua nasi. Kacau sampai rata dan angkat untuk dihidangkan.


Trivia:
1. Masakan ini mengambil masa dalam 5-10minit sahaja.
2. Seandainya korang tidak gemar fish cake @ fish ball, korang boleh saja gantikan dengan ayam atau ikan mengikut selera korang.
3. Seandainya korang tidak suka kacang buncis, sayur sawi juga merupakan alternatif yang baik.
4. Untuk menampakkan ia lebih presentable, boleh la sertakan dengan tomato yang dipotong lapan serta daun sup yang ditaburkan di atas nasi itu.

p/s: Selamat mencuba guys!! Sesuai untuk makan waktu berbuka dan juga bersahur.



2 comments:

bukankosong said...

wah!

pandai masak upanyer

KUFAZ said...

Hehehe.. pernah kerja kat restoren bro sbg tukang masak... just serba sedikit ilmu je aku turun kat sini... :)

Let's Interact!

me>