28 October 2012

iPhone 4S: My Favourite?


Aku merupakan salah seorang daripada peminat gadget dan teknologi terkini. Lagi-lagi kalau ia berkisarkan barangan komputer, smartphone dan sebagainya. Ia menunjukkan bahawa itu adalah bukti yang progress perkembangan teknologi semakin pesat dan kemajuannya begitu deras.


Ramai rakan-rakan disekeliling aku menggemari gadget keluaran Apple lebih-lebih lagi iPhone. Kebanyakkan daripada mereka mengatakan bahawa OS dan design yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi yang diilhamkan oleh mendiang Steve Jobs ini sungguh baik dan menepati citarasa masyarakat kini.
Well, secara terus-terangnya, aku bukanlah peminat barangan Apple. Maybe jugak la kan best produk-produk keluaran Apple ini, tapi ia still tidak memuaskan hati aku.

To be honest, aku ada perangai clumsy. Dan dalam sejarahnya, memang aku ni jenis yang kerap menjatuhkan telefon. Dan yang best, walaupun cuba macam mana sekalipun mengelak, tapi kadang-kala smartphone aku tetap akan jatuh dengan cara yang sama. So, aku lebih memerlukan smartphone yang boleh tahan lasak dan tidak "manja" seandainya secara tidak sengaja "berkasar" dengannya.

Aku tak menggemari keluaran iPhone 5 yang latest itu kerana ia ibarat sebijik iPhone 4S cuma dipanjangkan sedikit lagi pada screen nya. So, kalau pakai iPhone 4S pun dah lebih kurang sama jugaklah kan? So, aku try browse-browse di Youtube dan menjumpai video di bawah:



So, by right, ia mengukuhkan lagi kenapa iPhone 4S bukanlah smartphone idaman aku. Macam aku ni lebih kepada media. Aku lebih suka andai smartphone tu mempunyai kamera yang baik, recording sound system yang cantik serta interface yang menarik. Lagi satu, mempunyai kekuatan yang tinggi serta tahan lasak. So, aku probably akan go for model Nokia yang antara terbaru sekali iaitu Nokia 808 Pureview. Kalau nak tau kenapa, sila saksikan video di bawah ini. Dah boleh jadik photographer separa pro!




p/s: Ada sesiapa tau pasal rebate RM200 terhadap masyarakat yang nak beli smartphone tak? Apa ceritanya ye?

No comments:

Let's Interact!

me>