Hello guys... sorry agak lama aku tinggalkan channel The Kufazuke Show ini.. Yup, been busy dengan Kristall Liquid Screen Protector and I might say it was a blast ! Thanks kepada semua yang sudah purchase Kristall Liquid Screen Protector ini..
Ok, baru-baru ni PM kita telah membentangkan bajet 2013 dan bajet ini seperti yang diutarakan oleh Mingguan Malaysia, merupakan satu perancangan bajet yang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap masyarakat...
Yang lain aku tak nak sentuh sebab probably terlalu teknikal dan worry me less... tapi aku juga macam tak faham tentang beberapa perkara seperti penurunan subsidi gula sebanyak RM0.20 dan pemberian rebate RM200 terhadap semua pembelian smartphone.. Urm.. Probably pihak kerajaan telah merangka satu rancangan yang sukar untuk aku nampak tetapi adakah ia merupakan suatu langkah yang sepatutnya dibuat?
Penurunan subsidi gula sebanyak RM0.20 sudah pastinya akan mengakibatkan harga gula naik di pasaran. Daripada beri rebate terhadap smartphone, why not bantu lagi rakyat dengan subsidi bahan-bahan mentah yang membebankan rakyat? Sekarang harga minyak tinggi dengan RON97 baru saja naik, gula bakal naik lagi why not bantu lebih ke arah itu?
Rakyat kita sekarang tak berduit kerana modal kos kehidupan yang tinggi. Bahan mentah mahal. Minyak mahal. Itu belum lagi dikira dengan hutang-hutang lain seperti PTPTN, Mara, bank dan sebagainya. If let say barang mentah jatuh, I guess masyarakat akan mempunyai duit yang lebih untuk setelkan benda-benda lain yang lebih penting. Dan andai bernasib baik, mereka juga dapat menyimpan untuk membeli smartphone yang mereka idamkan.
So, bagaimana anda? Adakah anda juga merasa begitu?
p/s: Best la penjawat awam... dapat bonus separuh gaji bulan Disember dan Januari nanti.. huhu..
1 comment:
mcm nak pancing undi anak muda sgttt
rasa mcm tak perlu part nih, labur utk lebih bangunkan ekonomi lg bagus
Post a Comment