06 October 2012

Keamanan: Bersyukurlah

sekadar gambar perhiasan entry.. :)

Ok.. Beberapa minggu yang lepas, aku sedang bersantai dan rehat di rumah bersama isteri di hari minggu yang damai.. Kami mengambil peluang itu untuk meredakan stress daripada kerja sepanjang minggu tersebut dan "ganti" tidur kami yang tidak cukup sejak kebelakangan itu..

Kemudian, kami disapa oleh satu panggilan dari luar yang datangnya daripada seorang orang Nepal Muslim di depan pagar kami. Beliau yang bernama Ali, ingin membeli barang-barang buangan seperti besi buruk dan sebagainya dati rumah kami bagi tujuan recycle. Sememangnya rezekinya pada hari itu, aku jual besi-besi katil yang sudah tidak diperlukan lagi dan juga beberapa "junk" yang telah lama berada di depan rumah kami.

Sambil-sambil beliau menimbang serta mengikat besi-besi tersebut di motorsikal beliau, kami sempat berbual-bual kosong. Mainly mengenai tempat asal dan tujuan beliau berhijrah ke Malaysia.

Ali pun bercerita mengenai kekecohan dan peperangan domestik di negaranya. Beliau mengatakan beliau tidak akan lupa peristiwa ahli keluarganya yang dibunuh sewaktu kekecohan itu melanda dan betapa kehidupan seharian beliau di sana ibarat perlarian. Setiap hari merupakan satu perjuangan untuk hidup. Dan di negara inilah beliau dapat mencari rezeki dan bertemu bersama isterinya kini.

Aku terbayang sebentar. Negara kita walaupun dengan 'kerapuhan' politik dan masalah perkauman yang kecil, boleh dikatakan berada dalam keadaan aman. Walaupun ada yang claim terdapat bangsa-bangsa ditindas dan bumiputera 'dimanjakan', tetapi it's proven that eventhough worries of the slight difficulties, we manage to pull ourselves together and work towards development. Kita berada dalam keadaan aman... berapa ramai yang betul-betul bersyukur dengan keadaan ini?


Pernah tak terbayangkan jika kita keluar dari rumah dan terdapat 90% risiko akan dicederakan atau diculik di atas nama kekecohan? Bayangkan negara kita dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang hancur, mayat berlimpangan di atas jalan, suasan suram dan sentiasa berada di dalam ketakutan?  Ye, kita tidak dapat membayangkan kerana kita sudah terlalu leka dengan keamanan yang terdapat di negara kita.

Pejuang-pejuang tanahair kita dahulu berjuang bermati-matian untuk kita, generasi akan datang untuk nikmati rahmat yang kita sedang nikmati sekarang. Tugas kita sekarang adalah untuk preserve anugerah ini. Provokasi atas nama politik hanya akan memecah belahkan antara kita dan akan menganggu keamanan yang kita ada sekarang.

Demi anak kita, genarasi akan datang, aku inginkan negara kita ini berdiri satu rumpun walau berbeza pendapat, fahaman politik, agama dan bangsa... provokasi yang menyentuh hal-hal kecil inilah yang pastinya suatu hari nanti akan merosakkan keamanan yang kita nikmati.. Walhal keamanan adalah sesuatu yang diinginkan oleh manusia..

Setelah selesai segala urusan jual beli brg terpakai itu, aku pun masuk ke dalam rumah kembali.. pandang wajah isteri aku.. dan terbayangkan masa depan yang pastinya tak menentu ini.. adakah kita masih akan hidup dalam keadaan seaman ini di masa akan datang?



p/s: Tiba-tiba terasa macam nak join Mercy Malaysia pulak... huhu

No comments:

Let's Interact!

me>