30 October 2012

Kesihatan: Mulut Yang Lembap Menentang Kaviti.


Apa yang menentang pereputan gigi sepanjang hari? Air liur.

Kandungan air liur kaya dengan minerals, kalsium dan phosphorus yang sentiasa menjadikan gigi kita lembap dan neutralise asid yang dihasilkan oleh bakteria dan gula. Tetapi kuantiti air liur kita akan berkurangan bila kita dehydrate dari bersukan, pengambilan ubat, muntah dan refluks perut. Di bawah merupakan antara langkah-langkah menangani kekeringan dalam mulut.


Kerap minum air suling.
Air suling memastikan mulut kita lembap dan mencairkan lendir-lendir di dalam mulut.

Makan makanan yang kenyal dan ranggup.
Makanan seperti keju kenyal, sayur mentah dan gula-gula getah bebas gula berupaya merangsang pengaliran air liur.

Bercakap dengan doktor gigi.
Minta pandangan doktor gigi anda dalam memilih pengganti air liur atau gel tropika untuk gusi anda. Sesetengah ubat gigi, seperti Biotene Dry Mouth Toothpaste, membantu dalam mengekalkan kadar kelembapan mulut di aras baik.


Kurangkan pengambilan rokok, alkohol, minuman berunsur kaffein dan makanan yang pedas.
Elemen-elemen ini lebih cepat mengeringkan mulut anda.

Jangan bernafas ikut mulut.
Bagus, jika anda berupaya melakukannya kerana penafasan mengikut mulut boleh mempercepatkan juga pengeringan mulut anda.

p/s: Mencegah lebih baik daripada mengubati.


No comments:

Let's Interact!

me>