27 October 2012

Kesihatan: Makanan Sebagai Pain Relief


Masih dalam mood Hari Raya Korban di sini. Sudah tentu dalam festive season ni kita susah nak larikan diri daripada makan makanan yang sedap berkalori tinggi. Lagi-lagi daging kan?

This entry tidaklah berunsur tepat ke arah kalori yang tinggi but merely ke arah makanan sebagai agen yang melegakan kesakitan. Ok, sakit di sendi belakang merupakan satu penyakit sendi yang lazim dialami oleh 80% daripada masyarakat dalam satu point tertentu dalam hidup mereka. Terdapat pelbagai faktor yang memangkinkan penyakit sakit belakang ini seperti fizikal, psychology dan pekerjaan.

Secara amnya, peredaran masa, urutan, ubatan dan sebagainya dapat melegakan sakit sendi itu. Tetapi anda boleh mengurangkan risiko penyakit itu berulang lagi dengan mengambil pemakanan yang betul. Walaupun kajian belum dapat di sahihkan 100%, tetapi terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan makanan yang tertentu boleh menghilangkan dan mencegah penyakit sendi belakang badan dengan efektif, lebih-lebih lagi penyakit yang boleh dikaitkan dengan arthritis. Berikut merupakan makanan yang patut di ambil dan yang patut dikurangkan.


Makan lebih:

Buah Ceri - Satu kajian menunjukkan bahawa dengan meminum 350ml jus ceri sehari selama 8 hari dapat mengurangkan muscle pain dan ketegangan pada otot. Ceri segar yang di dalam tin pun boleh juga membantu.

Sayuran dan buah-buahan - Yang mengandungi protein sayur seperti soy.



Kurangkan makan:

Minyak sayuran - seperti minyak jagung, bunga matahari atau 'mixed' vegetable oils.

"Processed food" - seperti makanan frozen, buahan dalam tin dan sebagainya kerana terdapat bahan-bahan yang diletakkan di dalam makanan tersebut akan menghasilkan suatu toksik di dalam badan.

Sirap jagung - Yang mengandungi kadar 'fructose' yang tinggi.

Lemak Tepu - Yang terdapat dalam daging atau susu lemak tinggi.

So, demi kesihatan yang lebih baik. It's better kita mula beragak-agak untuk makan supaya kita dapat hidup dalam keadaan selesa serta sihat walafiat.

p/s: Mencegah lebih baik daripada mengubati.


No comments:

Let's Interact!

me>