19 September 2014

Budak Remaja Gila Glam. Kalau Boleh Nak Tampar Je!


Pelik kan bila kita tengok telatah anak remaja kita zaman sekarang? Dari satu ke satu trend pelik mereka nak ikutkan. Terasa seperti semakin lama semakin terhapus warga-warga belia muda yang genius. prodigy dan berkaliber.

Kalau dulu kita pernah digemparkan dengan prodigy-prodigy dan genius yang lahir dari kalangan masyarakat kita yang hebat dalam bidang matematik, fizik dan sains.. kini mengapa tiada lagi kalangan itu dilahirkan dalam generasi muda sekarang?

Kini warga belia kita lebih gemar menjadi seseorang yang bukan diri mereka. Mereka semakin lama semakin seronok hapuskan identiti sendiri dengan mengikut trend dari luar negar. Kpop, budaya barat dan sebagainya sudah menjadi salah satu gaya hidup masyarakat sekarang. So.. di mana silapnya.


Bila kita tengok sahaja golongan muda sekarang, kebanyakkannya mempunyai satu masalah yang besar iaitu menginginkan perhatian. Ada yang post gambar-gambar gedik mereka sendiri Facebook dan laman-laman sosial yang lain dan mengharapkan "Like" serta komen "Ohh cutenya" daripada para penonton yang lain.

Sesuatu yang trigger dalam benak fikiran aku, golongan ni memang jenis batak perhatian ke? Bukan setakat tu je, in fact, kadang-kadang video, gambar dan status lucah pun mereka ingin kongsikan bersama dengan masyarakat luar.

Di mana maruah mereka kini? Di mana nilai sopan santun? Mana jati diri ketimuran yang sememangnya menjadi pati bangsa dan masyarakat Malaysia?

Bagi aku, para belia sekarang ni semakin lama semakin manja. Ditegur tak boleh. Dimarah tak boleh. Semua nak tunjuk rebel masing-masing. Mereka tak sedar betapa jauhnya pengorbanan yang telah dilakukan demi melihat negara kita maju dan aman kini. Betapa generasi yang lepas telah bersusah payah memikirkan dan mencipta teknologi serta melebarkan jaringan dengan negara maju supaya kita kecapi apa yang kita rasai kini.

Mereka tak nampak semua ni. Apa yang mereka tahu hanya hiburan, gaya hidup bebas, kemasyhuran. It makes us think, ke mana arahnya negara kita di masa hadapan nanti. Adakah kita akan menjadi gemilang di mata dunia, atau kembali ke status negara yang hancur?

So.. adakah perlu kita sarankan cara didikan style dulukala untuk membetulkan keadaan? Probably.

Aku rasa, ibubapa sekarang perlu didik anak dengan tegas. Bukan sekadar memanjakan mereka. Mereka perlu diajar cara berdisiplin. Mempunyai visi dan cita-cita. Mempunyai semangat persaingan untuk menjadi terbaik. Dan yang paling penting, supaya kuatkan diri kepada Sang Pencipta. Itu yang nampak benar apa yang kurang dalam sosiologi masyarakat sekarang lebih-lebih lagi golongan belia.

Rotan buntut mereka dari kecil supaya membesar jadi seseorang yang kuat dan tabah!

Of course, bukan semua golongan belia yang aku maksudkan bermoral rendah. Masih ada lagi golongan belia yang baik dan berbudi pekerti. Yang bukan jenis gila glam. Tapi kebanyakkan daripada generasi sekarang yang berperangai begitu.

At least, ni pendapat aku. Pendapat korang pulak macam mana?

Like page The Kufazuke Show di Facebook!


2 comments:

AMIIZAA@Mieja said...

bdk2 sekarang susah dikawal & mudah terikut2....nauzubillah...jauhkanlah anak-anak kita dari bersikap tak elok.....

KUFAZ said...

yup.. menakutkan. :'(

Let's Interact!

me>