12 September 2014

Segmen Ben Ashaari : Aku , seorang BLOGGER !


Ok... Brother Ben Ashaari buat segmen lagi la. Semalam satu segmen dan hari ni pun satu lagi segmen. Haha. Tiba-tiba aku rasa enjoy pulak join segmen ni. Diharap lepas ni Ben buat lagi segmen-segmen menarik macam ni. Tapi sebelum tu, andai korang nak join SEGMEN INI (klik), kena cepat.. segmen hari ni tutup jam 6 petang je. So better hurry up!

Ok let's see.

Peranan Aku Sebagai Seorang Blogger.
- Pada pendapat aku, setiap penulis berperanan mengikut genre tulisan masing-masing. Kalau pada aku, aku rasa peranan aku sebagai blogger ini lebih kepada pengongsian maklumat dan melihat sesuatu dari perspektif berbeza. Secara jujur, aku kecewa apabila melihat generasi baru kita ini semakin lama semakin pudar sifat ingin membaca, menimba ilmu dan sebagainya. Jadi di sinilah peranan aku sebagai penulis, dalam perjuangan membawa satu arus atau trend memupuk masyarakat cintakan ilmu dan berfikiran luas.

Masa Depan Jika Mendapat Pendapatan Melalui Blog.
- Ini satu soalan yang cukup best. Jauh perjalanan, luas permandangan. Jadi, jika blog ini mempunyai pendapatan yang mencukupi, aku teringin menjadi seperti brother Ben Ashaari sehingga berjaya ke Paris. Bukan takat Paris je, aku ingin jelajah ke serata dunia dalam mempelajari tradisi, sosiologi, ideologi dan sahsiah masyarakat lain di dunia ini. Harapan dengan itu, aku mampu perluaskan lagi ilmu pengetahuan aku dengan pengalaman sebagai guru aku. Jadi, aku akan stick kepada blogging. Kerana aku percaya, medium blog ini adalah salah satu medium terbaik dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca. As a backup plan aku di masa depan, aku ingin membuka satu brand masakan di atas nama aku. Kira signature aku sendiri la kan di kedai atau gerai. Ini adalah kerana... aku pandai memasak. (Tak percaya tanya wife aku).

Harapan Aku Terhadap Dunia Blogger.
- Aku kagum dan sungguh seronok apabila melihat arus blogger sekarang sangat tinggi. Pelbagai jenis blog dapat dilihat diluar sana dengan genre masing-masing. So, aku harap para blogger suatu hari nanti boleh diangkat sebagai salah satu medium dalam media  mainstream. Bukan sekadar di dunia blog ini sahaja. Supaya mereka tahu, bahawa blogger mempunyai bakat dan kebolehan dalam keunikan mereka tersendiri. Sesungguhnya.. mata pena itu lebih tajam daripada mata pedang.

Fuh.. segmen kali ni bagi soalan yang aku suka. Tu yang best menulis tu. :)

Like page The Kufazuke Show di Facebook!



4 comments:

Kekzamanis said...

Assalamualaikum Kufazriesyah.. Salam kenal! ^_^
Datang melawat dari segmen sama.. Hehe.. Jemput singgah ke blog saya juga.. ^_~
SEGMEN BEN ASHAARI : AKU, SEORANG BLOGGER !

KUFAZ said...

Terima kasih. Saya sudah membalas kunjungan.. TQ

Sha Nazri said...

Salam perkenalan.
Wah..pandai msk..mudah2an bjaya buka restoran nt
Gud luck.
Jemput ke blog sy.. :)

KUFAZ said...

terima kasih di atas kunjungan anda semua... saya sudah pun membalas kunjungan.... kalau berkesempatan, jemput2 la jenguk blog ini lagi ye... :)

Let's Interact!

me>