29 September 2014

Cara Melegakan Sakit Gigi


Gigi yang sakit amat tidak menyelesakan pesakit yang menghadapinya. Aku dah kena termasuk hari ni dah 3 hari dah. Pelbagai cara aku buat tapi tak berhasil namun, terdapat satu kaedah yang aku gunakan dapat melegakan sakit gigi ni. Paling tidak pun menghilangkan kesakitan tu sebentar.

Air garam suam.

Air garam ni amat baik untuk melemahkan dan mematikan kuman dan bakteria yang sedang aktif berkerumun di gigi korang. Masukkan setengah sudu garam ke dalam mangkuk cawan dan tuangkan air suam. Kacau sehingga sebati dan berkumur dengan air itu. Semasa berkumur, pasti korang tumpukan pada gigi yang sakit itu. Korang maybe akan rasa sedikit sakit apabila berkumur. Tetapi jangan risau, selepas tu kesakitan tu makin lama makin berkurangan.

So, apabila sudah berkumur-kumur, kita pakai pula...


Bawang Putih.

Ye.. Ramai orang yang tidak tahan bau bawang tetapi percayalah ia merupakan salah satu natural medicine yang amat baik untuk anda. Caranya, lumatkan beberapa biji bawang putih, jadikan paste dan tempekkan ke gigi yang sakit tu. Andai gigi tu berlubang, sumbat bawang tadi ke dalam lubang gigi itu. Bawang putih merupakan satu agen semula yang amat baik dalam mematikan kuman dan mengecutkan bengkak. Ia juga merupakan satu agen antibiotik yang baik dalam mencegah jangkitan lain.

Apabila anda sudah menempekkan bawang putih tersebut, anda akan rasa kesakitan dan denyutan daripada sakit gigi itu sikit-sikit akan hilang dan seterusnya memastikan anda boleh tidur nyenyak.


Selepas dah hilang rasa sakit tu... silalah ye jumpa dentist. Cabut gigi tu. Supaya anda selesa dikemudian hari.


Like page The Kufazuke Show di facebook!



2 comments:

nabilah_2908 said...

Gambar tu nape seram sangat? huhu...

p/s: salam kenal...first time ke sini guna apss edisi blog :-)

KUFAZ said...

salam kenal... hehe.. gambar tu saje je nak tunjuk ketakutan org yg sebenarnya terhadap dentist... :)

Let's Interact!

me>