17 September 2014

Review: Lucy (Spoiler Alert)


Ok la...movie ni dah lama keluar dan aku baru je nak review. Syabas.. :)

Well, sudah lama aku tak review movie dan bila menonton filem Lucy ni di wayang, tiba-tiba aku terpanggil pulak untuk memberi pandangan aku mengenai filem tersebut.

Actually, filem ini best andai korang adalah jenis nerd macam aku yang sentiasa ingin mencari ilmu dan jawapan kepada semua persoalan di dunia ini. Lagi-lagi jika ia berkenaan minda manusia. Filem ini barangkali lebih kurang macam Limitless dahulu tetapi kali ini, ia bukan berkenaan bagaimana seseorang itu mengambil kesempatan terhadap tahap kecerdasan minda untuk menjalani kehidupan.. tetapi bagaimana keadaan yang akan terjadi sekiranya manusia mampu menggunakan minda mereka secara maksimum 100%.

Minda kita adalah sesuatu yang sungguh unik dan rahmat yang tak terhingga daripada yang Maha Esa. Maybe kita tak nampak tetapi just bayangkan bagaimana minda kita trigger electical pulse kepada otot kita untuk bergerak pun sudah cukup mengagumkan. Bayangkan yang manusia cuma gunakan 10% daripada minda ini pun dah cukup untuk manusia membina tamadun. Bina teknologi yang canggih dan sebagainya. Semuanya dalam 10% sahaja!

Yup.. otak manusia adalah the ultimate weapon yang tidak ternilai.

Tetapi andai nak tengok filem ni, anda haruslah berfikiran terbuka. Ini adalah kerana filem ini berkisarkan mengenai sesuatu yang secara sinisnya bersifat ketuhanan. Kalau ditelan semua yang dipamerkan dalam filem ini, barangkali ia mampu goncangkan akidah sedikit sebanyak. Maybe produksi filem ini tidak tunjukkan secara literal tetapi secara kiasnya ia boleh nampak. Aku tidak pasti pegangan atau kepercayaan penulis filem ini, mungkin seorang monotheis (percaya satu Tuhan), atau pun Atheist (tidak mempercayai adanya Tuhan), namun dalam filem ini, kebanyakkan plotnya berkisarkan dari kitab al-Quran dan Bible yang ditentangi oleh sains.


Dalam filem ini, Lucy telah secara eksiden telah dipengaruhi satu dadah yang cukup kuat untuk trigger kapasiti otaknya menjadi tinggi. Lucy telah menjadi mangsa keadaan apabila terpaksa menghantar bungkusan dadah itu yang diletakkan di dalam perut beliau oleh gangster Korea. Dan setelah dibelasah oleh seorang samseng, bungkusan itu bocor di dalam perut Lucy. Dan sejak itu, dadah itu mulai trigger kapasiti mindanya. Dari 10% seterusnya ke peratusan tertinggi. Dan seiring dengan kapasiti mindanya yang meningkat, beliau mampu melakukan apa saja, dari perubahan jisim sehingga komunikasi antara minda yang lain. Pada satu ketika apabila mindanya sudah berada dalam keadaan 90%, otaknya tidak lagi mementingkan antara ruang dan masa kerana mindanya sudah mampu mengolah takdir itu. Beliau boleh berada di mana sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ketika itu, mindanya hampir mempunyai semua pengetahuan yang ada di dunia ini.

Beliau boleh berganjak ke masa lalu sehingga ketika tepat-tepat semasa kelahiran "dunia" ini. Semua pengetahuan itu ada di dalam otaknya! Dan yang bestnya, apabila beliau sudah capai 100%, beliau terus hilang daripada dunia ini. Rakan seperjuangan beliau iaitu seorang polis yang menanyakan keberadaan beliau kepada seorang proffesor yang membantu Lucy mencapai kapasiti 100% minda itu menerima satu sms di telefon bimbitnya yang bertulis "I am everywhere" (Saya ada di mana-mana sahaja).


Di situlah suatu kekiasan berlaku. Ia ibarat nak tunjukkan apabila Lucy telah mencapai 100% mindanya, jisim, ruang dan masa adalah tidak penting lagi bagi beliau. Semua pengetahuan mengenai dunia dari zaman bermula kehidupan di dunia ini sehingga kekecil-kecil zarah berada dalam mindanya. Senang citer, mereka nak cakap ketika itu, Lucy ni dah tahap "Maha Mengetahui" dan "Maha Berkuasa" dan menjadi "Tuhan" yang berada di mana-mana. Tu pasal aku cakap, andai nak tengok fikir begini, fikiran harus terbuka sikit.

Namun, slacknya filem ini tidak banyak aksi. Ia bukan suatu filem bagi peminat aksi tengok. Ye.. apabila kita tahu sahaja Scarlet Johanson yang berlakon, kita tertunggu-tunggu aksi beliau seperti mana beliau lakonkan karekter Black Widow dalam filem The Avengers. Namun dalam filem ini, beliau tidak terlalu beraksi. Kebanyakkannya lebih kepada kuasa minda sahaja. Jadi ia merupakan satu down kepada filem ini. Filem ini lebih kepada pembelajaran mengenai kekuatan kuasa minda berbanding satu plot aksi yang kebiasaan kita tengok.

Jadi rating aku: 3.5 bintang.

Seronok tengok jika anda seorang nerd. Seperti aku.

Like page The Kufazuke Show di Facebook!



Post a Comment

Let's Interact!

me>