Ramai yang duk bertanya kat aku, "Hey.. what's up with the breakfast post?". Haha. Actually kalau korang ada baca entry-entry aku baru-baru ni, aku ada bermonolog mengenai diri aku yang secara mentalnya, masih tidak dapat menerima bahawa usia ini semakin meningkat. Actually, aku bukan cakap yang aku ni semakin muda. Aku akui yang kita ni semakin lama. semakin tua. Tapi jika kita terlalu fikir perkara negatif, kita juga akan terjerumus ke kancah negatif.
Badan kita akan sentiasa sakit. Rasa lemah. Rasa tak berdaya. Dan in the end, kita akan "tua" sebelum waktunya. So, better kita shape up balik diri kita supaya kita walaupun berusia, masih lagi berprestasi seperti orang muda.
It's all about positive thinking.
So, today dalam cabaran 7 hari aku ni, aku breakfast dengan satu makanan yang bagi aku berkhasiat dan menyelerakan. Cuma satu je benda guilty-nya iaitu tiada buah.
Heaven in a Breakfast Box!
Dalam tupperware ni ada:
- Roti Cheese bulat.
- Roti telur berserta ketam yang diilhamkan dari resipi yang dijumpai dalam Facebook.
- Drummet ayam 3 ketul.
Of course, tak lah aku makan semuanya sekaligus. Itu mengundang bahaya kepada dietary aku sendiri tu kan? Haha. Anyway, aku makan roti resipi Facebook tu dulu. Dan minum milo untuk kick start hari aku. Tengahari nanti aku akan makan pula yang selebihnya sambil minum air mineral Rhino Cool yang aku baru beli semalam. Kena minum air mineral banyak-banyak beb. Nak-nak lepas ni nak pergi solat Jumaat lagi. Kepanasan berjalan nak ke masjid tu mampu dehydrate kan badan ni.
Like page The Kufazuke Show di Facebook!
4 comments:
sedapnye breakfast! untung la ada orang tolong buatkan bekal.
Hahaha.. sebelum ni memang malas breakfast. Tapi semenjak tengok badan start naik lemak sana sini.. tu yang start amal gaya hidup sihat tu... hehe.. :-)
Amboi.. Heaven betul menu breakfast nih.. Nyum2! ^^,
Rosmiza Ali Official Blog™
sedap tu.. rajin bawa bekal :)
Post a Comment