Ok.. so baru-baru ni aku dan wife pergi menonton wayang di Festival City. It was a blast and fantastic. Sebelum filem dimainkan, surely lagu kebangsaan dimainkan. Kami semua (penonton) bangkit bagi menghormati lagu Negaraku itu kecuali beberapa gelintir manusia ni yang tidak bangun.
So ini persoalan aku...
Kepada mereka yang tidak bangkit semasa lagu kebangsaan dimainkan, aku ada beberapa soalan. Jika berdiri menghormati lagu kebangsaan itu tampak bodoh dan tidak menunjukkan semangat patriotik yang sebenar... then, apakah tindakan yang sepatutnya?
Adakah anda sanggup angkat senjata dan pergi berjuang atas nama negara?
Atau mereka cipta sesuatu yang boleh negara banggakan?
Atau dapatkan duit yang banyak, bayar cukai dan tolong negara untuk membina?
Atau bersuara lantang menegakkan falsafah politik anda dengan berani tanpa risau masuk jail atas cintanya anda terhadap negara?
Atau membantu orang fakir miskin dan bangunkan komuniti anda menjadi warga yang berjaya dan terbilang?
Aku pasti ramai di antara korang yang "tidak berdiri" ni tak sanggup buat yang mana-mana aku sebutkan. Jika betul korang rasa berdiri sekejap demi Negaraku itu nampak bodoh, then do something! Stop merungut apa jasa yang negara dah berikan kepada korang je. Tanya pada diri sendiri apa jasa korang terhadap negara.
Andai kata korang tidak setuju dengan haluan politik di negara kita ni pun, korang tak sepatutnya tunjukkan dengan cara tidak menghormati lagu kebangsaan dan jalur gemilang. Itu bukan caranya.
Jika tidak hormati bendera dan lagu kebangsaan, then hormatilah patriot yang sudah terkorban demi negara. Hormatilah warga yang menyanyikan lagu kebangsaan ini dengan semangat kerana mereka la warga senegara dengan korang. Hormatilah warga asing yang sudah lama ingin menjadi salah seorang warganegara ini di mana barangkali sedang menyapu di wayang yang korang berada sekarang.
Dan yang paling utama... hormatilah diri korang sendiri. Walaupun korang itu seorang yang fikir negara ini sampah, membuang masa dan "tak sabar nak berhijrah". Hormatilah diri korang tu sebagai seorang masyarakat bertamadun yang masih mempunyai norma-norma dan etika yang baik terhadap negara yang korang diami sekarang.
Jika korang still tak boleh nak buat semua tu... then apa baiknya korang sebagai warganegara Malaysia? Atau... sebagai seorang insan?
Kredit kepada E.Joseph dan gambar daripada Friends of BN. |
Like page The Kufazuke Show di Facebook!
2 comments:
rasanya kalau dengar lagu Negaraku di tempat seperti kawasan berhimpun (wayang pun tmpt berhimpun jugak), mesti ada rasa nak berdiri. macam zaman skolah dulu la, mesti nk berdiri tegak.automatik!
http://anakperak.com
Diaorg yg xbdiri tu agaknya bukan warganegara msia kot..klu jd warga msia pun xlayak sbb negara sndri pun xnk hormat..rkyat asing pun tau hormat lagu negaraku..
Post a Comment