31 October 2012

Shahanshah - Dejavu: Sebuah Kekeringan Idea?


It's been a while since last aku post entry yang bergenre Muzik ni. Seronok posting rencana-rencana kot. Tapi takpe, untuk entry kali ni aku nak share pendapat aku tentang lagu yang sekarang hangat di pasang di radio-radio sehingga ramai pendengar start humming lagu tersebut di sana sini.

Lagu yang aku maksudkan adalah lagu Dejavu daripada Shahanshah.

Try dengar lagu daripada Shahanshah ini:



Ok... bukan aku saje nak mengkritik atau apa tapi ia jelas sebijik macam lagu I Don't Love You daripada kumpulan My Chemical Romance. Bukan setakat melodynya sama tapi dengan susunan lagu ni pun sama keduanya. Lagu Dejavu ni pulak keluar 5 tahun selepas lagu MCR ni release.

Ia merupakan satu peniruan jelas dan terang. Don't get me wrong. Aku kagum kerana Shahanshah cuma persembahkan muzik beliau berunsur rock sebegini tetapi, seharusnya kenalah ada identiti sendiri. Andai la orang nak remix kedua-dua lagu ni, surely no problem sebab even temponya juga seakan sama. Ibarat pasang minus one lagu MCR tu, dan nyanyi lagu Dejavu.

Our industry needs new ideas. Sesuatu yang segar dan jitu. Aku pasti seandai mat salleh dengar lagu ni, sure dia ingat MCR sedang main. That's bad for the industry sebenarnya. Bukan aku nak condemn or what tapi aku harap lepas ni Shahanshah boleh come out with something yang lebih segar.

Lagu I Don't Love You from My Chemical Romance:



p/s: Industri yang baik adalah industri yang berkualiti.. 

30 October 2012

Video: Horror in Karaoke!

Wow.. anda stress? Ye.. aku pun stress.. Stress sebab sakit kepala akibat duduk bawah air-cond lama sangat. So.. untuk itu, aku kena gelak untuk panaskan badan haha.. Dan perhaps, dengan memanaskan badan, aku juga boleh membakar sikit sebanyak kalori yang berlebihan kat badan aku ni.

Ok, so aku browse-browse la video yang terdapat dalam youtube dan terjumpa video ni. Aku gelak sampai nak jatuh berdekah-dekah. Haha.. so, jom aku share korang video sadis ni. Enjoy!!


p/s: Scene ini adalah skit daripada sebuah rancangan hiburan di Indonesia. Memang tak boleh blah. Haha!

Kesihatan: Mulut Yang Lembap Menentang Kaviti.


Apa yang menentang pereputan gigi sepanjang hari? Air liur.

Kandungan air liur kaya dengan minerals, kalsium dan phosphorus yang sentiasa menjadikan gigi kita lembap dan neutralise asid yang dihasilkan oleh bakteria dan gula. Tetapi kuantiti air liur kita akan berkurangan bila kita dehydrate dari bersukan, pengambilan ubat, muntah dan refluks perut. Di bawah merupakan antara langkah-langkah menangani kekeringan dalam mulut.


Kerap minum air suling.
Air suling memastikan mulut kita lembap dan mencairkan lendir-lendir di dalam mulut.

Makan makanan yang kenyal dan ranggup.
Makanan seperti keju kenyal, sayur mentah dan gula-gula getah bebas gula berupaya merangsang pengaliran air liur.

Bercakap dengan doktor gigi.
Minta pandangan doktor gigi anda dalam memilih pengganti air liur atau gel tropika untuk gusi anda. Sesetengah ubat gigi, seperti Biotene Dry Mouth Toothpaste, membantu dalam mengekalkan kadar kelembapan mulut di aras baik.


Kurangkan pengambilan rokok, alkohol, minuman berunsur kaffein dan makanan yang pedas.
Elemen-elemen ini lebih cepat mengeringkan mulut anda.

Jangan bernafas ikut mulut.
Bagus, jika anda berupaya melakukannya kerana penafasan mengikut mulut boleh mempercepatkan juga pengeringan mulut anda.

p/s: Mencegah lebih baik daripada mengubati.


28 October 2012

iPhone 4S: My Favourite?


Aku merupakan salah seorang daripada peminat gadget dan teknologi terkini. Lagi-lagi kalau ia berkisarkan barangan komputer, smartphone dan sebagainya. Ia menunjukkan bahawa itu adalah bukti yang progress perkembangan teknologi semakin pesat dan kemajuannya begitu deras.


Ramai rakan-rakan disekeliling aku menggemari gadget keluaran Apple lebih-lebih lagi iPhone. Kebanyakkan daripada mereka mengatakan bahawa OS dan design yang dikeluarkan oleh syarikat gergasi yang diilhamkan oleh mendiang Steve Jobs ini sungguh baik dan menepati citarasa masyarakat kini.
Well, secara terus-terangnya, aku bukanlah peminat barangan Apple. Maybe jugak la kan best produk-produk keluaran Apple ini, tapi ia still tidak memuaskan hati aku.

To be honest, aku ada perangai clumsy. Dan dalam sejarahnya, memang aku ni jenis yang kerap menjatuhkan telefon. Dan yang best, walaupun cuba macam mana sekalipun mengelak, tapi kadang-kala smartphone aku tetap akan jatuh dengan cara yang sama. So, aku lebih memerlukan smartphone yang boleh tahan lasak dan tidak "manja" seandainya secara tidak sengaja "berkasar" dengannya.

Aku tak menggemari keluaran iPhone 5 yang latest itu kerana ia ibarat sebijik iPhone 4S cuma dipanjangkan sedikit lagi pada screen nya. So, kalau pakai iPhone 4S pun dah lebih kurang sama jugaklah kan? So, aku try browse-browse di Youtube dan menjumpai video di bawah:



So, by right, ia mengukuhkan lagi kenapa iPhone 4S bukanlah smartphone idaman aku. Macam aku ni lebih kepada media. Aku lebih suka andai smartphone tu mempunyai kamera yang baik, recording sound system yang cantik serta interface yang menarik. Lagi satu, mempunyai kekuatan yang tinggi serta tahan lasak. So, aku probably akan go for model Nokia yang antara terbaru sekali iaitu Nokia 808 Pureview. Kalau nak tau kenapa, sila saksikan video di bawah ini. Dah boleh jadik photographer separa pro!




p/s: Ada sesiapa tau pasal rebate RM200 terhadap masyarakat yang nak beli smartphone tak? Apa ceritanya ye?

27 October 2012

Kesihatan: Makanan Sebagai Pain Relief


Masih dalam mood Hari Raya Korban di sini. Sudah tentu dalam festive season ni kita susah nak larikan diri daripada makan makanan yang sedap berkalori tinggi. Lagi-lagi daging kan?

This entry tidaklah berunsur tepat ke arah kalori yang tinggi but merely ke arah makanan sebagai agen yang melegakan kesakitan. Ok, sakit di sendi belakang merupakan satu penyakit sendi yang lazim dialami oleh 80% daripada masyarakat dalam satu point tertentu dalam hidup mereka. Terdapat pelbagai faktor yang memangkinkan penyakit sakit belakang ini seperti fizikal, psychology dan pekerjaan.

Secara amnya, peredaran masa, urutan, ubatan dan sebagainya dapat melegakan sakit sendi itu. Tetapi anda boleh mengurangkan risiko penyakit itu berulang lagi dengan mengambil pemakanan yang betul. Walaupun kajian belum dapat di sahihkan 100%, tetapi terdapat pelbagai bukti yang menunjukkan makanan yang tertentu boleh menghilangkan dan mencegah penyakit sendi belakang badan dengan efektif, lebih-lebih lagi penyakit yang boleh dikaitkan dengan arthritis. Berikut merupakan makanan yang patut di ambil dan yang patut dikurangkan.


Makan lebih:

Buah Ceri - Satu kajian menunjukkan bahawa dengan meminum 350ml jus ceri sehari selama 8 hari dapat mengurangkan muscle pain dan ketegangan pada otot. Ceri segar yang di dalam tin pun boleh juga membantu.

Sayuran dan buah-buahan - Yang mengandungi protein sayur seperti soy.



Kurangkan makan:

Minyak sayuran - seperti minyak jagung, bunga matahari atau 'mixed' vegetable oils.

"Processed food" - seperti makanan frozen, buahan dalam tin dan sebagainya kerana terdapat bahan-bahan yang diletakkan di dalam makanan tersebut akan menghasilkan suatu toksik di dalam badan.

Sirap jagung - Yang mengandungi kadar 'fructose' yang tinggi.

Lemak Tepu - Yang terdapat dalam daging atau susu lemak tinggi.

So, demi kesihatan yang lebih baik. It's better kita mula beragak-agak untuk makan supaya kita dapat hidup dalam keadaan selesa serta sihat walafiat.

p/s: Mencegah lebih baik daripada mengubati.


26 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA


Kristall Liquid Screen Protector : New Look!!

Wow... Kristall Liquid Screen Protector kini berwajah baru! Dengan perkembangan teknologi dan research terhadap pengguna dan keselesaan mereka untuk menggunakan produk nano tech ini, ia kini tampil dengan pek yang lebih versatile, stylish serta user friendly.

Bagi yang tak tau apa sebenarnya Kristall Liquid Screen Protector ni, haa bolehlah baca di SINI.. Menarik woo!!





There's a lot to offer when you have new design and new look. It gives the feeling of stylish and a whole new mood into the product.

Get yours now!!

Anda boleh contact admin di
kufazuke@gmail.com

atau klik di SINI untuk private message secara direct!! Lekas!!

p/s: Pek baru ni cun woo!!!

25 October 2012

Cleverbot.com : One Way To Kill Time

Aku tengah bosan berada di opis sebenar sebelum aku ambil keputusan untuk hilangkan sikit kebosanan tu dengan berchatting dengan Cleverbot. Hm, memang aku tau, buang masa je chatting dengan sebuah Bot yang hanya menggunakan konsep kebarangkalian terhadap phrase atau perkataan yang telah digunakan oleh para chatters serata dunia, tetapi sikit sebanyak aku macam tergelak ada. Dan geram pun ada bila chatting dengan Bot ni. Main sauk je mana yang sesuai untuk dijawab kan?

So, andai korang tengah bosan, tak tau nak buat apa dan merasakan diri tersangat "forever alone" masa tu, try la berchatting di Cleverbot. Walaupun conversation tu tak kan ke mana-mana, sekurang-kurangnya terisi sikit masa tu. Hehe..

Nah aku bagi screen shot apa yang dapat aku bualkan dengan Bot ini.

klik untuk besarkan imej.

klik untuk besarkan imej.

klik untuk besarkan imej.
p/s: Korang bukan saja boleh chatting biasa-biasa je. Tapi kalau nak maki hamun ke carut-carut pun boleh. Hehe.

23 October 2012

COOLfm: Spread Your Business!!


Kami di COOLfm dengan berbesar hatinya ingin menyatakan bahawa, COOLfm kini telah membuka peluang bagi anda yang ingin melebarkan sayap perniagaan/servis anda di mata dunia menerusi ruang-ruang iklan di fan page Mr. Cool & Friends di Facebook serta di ruangan udara penyiaran COOLfm di internet pada kadar harga yang sungguh berpatutan.

COOLfm kini telah didengari oleh segenap lapisan masyarakat bukan sahaja di Malaysia, bahkan juga di serta dunia dan bilangan pendengar semakin bertambah saban hari. Dengan kuasa pengiklanan di radio ini, sudah pasti ia akan dapat membantu anda untuk explore ke ceruk-ceruk dunia untuk memastikan iklan anda didengari dan lebih mudah untuk disampaikan.

Untuk sebarang tempahan atau keterangan yang lebih lanjut, anda bolehlah berhubung dengan Marketing & Sales Executive COOLfm iaitu Syakiella Lee di ruangan Facebook beliau. Klik di SINI. 

Cepat!! Apa tunggu lagi! First come first serve ya!!


17 October 2012

Sex Education: Standard 6 & Form 3 Curriculum


"KUALA LUMPUR: A pilot programme to teach students of the dangers of out-of-wedlock sex has been introduced as part of the school curriculum last month as a means to prevent incidents of teen pregnancies amongst girls below 16.
The move was amongst the steps taken by Women, Community and Family Development Ministry to address the social issue which recorded over 6,000 teen pregnancies and births involving girls below 16 since 2000.
"Based on data of the National Registration Department, a total of 6,820 pregnancies and births involving girls below 16 were recorded between 2000 and Oct 9 2012," the ministry said in a written reply to Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) in Parliament.
The pliot project, in cooperation of the Education Ministry, teaches Year 6 and Form Three pupils of the risks and dangers of sex via the Reproductive Health and Social programme.
The programme was based on the Reproductive Health Adolescents module of the Federation of Reproductive Health Associations.
"The programme was implemented as part of the curriculum for Standard Six and Form Three students after their respective UPSR, PMR and special students examinations in selected schools nationwide beginning September," it stated.
The ministry said that 67 teachers were given training to teach 1,360 students on the dangers and risks of unmarried sex during the programme held between Sept 8 and 10." - The Star


Signifikan daripada kisah Alvin & Vivian, ini merupakan satu langkah prevention di mana Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah melancarkan satu gerakan untuk memberi pendedahan kepada para remaja tentang bahayanya seks luar nikah dan pregnancy di usia muda. Nak-nak pulak mengikut kajian dari tahun 2000 hingga 2012, terdapat 6820 kes pregnancy dan anak luar nikah lagi di catatkan. Dan angka itu adalah untuk gadis-gadis bawah 16 tahun. Gila ke tak gila?

So, aku setuju dengan program ini untuk bagi kesedaran kepada golongan remaja zaman sekarang ni betapa gejala sosial di kalangan kita sekarang semakin meruncing. Jika dulu-dulu, orang mula rosak dengan dadah, kemudian seks bebas, lepas itu buang anak pulak, andai prevention ni tidak dibuat ntah-ntah lagi 10 - 20 tahun, kita bakal berdepan dengan apa pulak ye?

P/s: Please la... aku dah naik muak dengan gejala sosial yang negatif dari generasi-generasi plastik sekarang ni... memburukkan imej je!!

16 October 2012

Alvin & Vivian: Malaysia's Very Own Porn Star?

Hmm... aku ada terbaca sebuah artikel mengenai "pornstar" ni melalui blog-blog dan aku seakan terkejut. Jangan salah anggap. Aku menulis ni bukan sebab nak promote or anything tapi just to share apa yang aku fikirkan saja. So, jangan nak dok menggatal tanya aku mana nak dapat video diorang ke apa ke. Termasuk link. Biarlah ia di klafisikasikan sebagai "confidential research source". Jangan risau, aku bukan buat tuduhan melulu ke apa ke. Aku dah tengok gambar dan video memang sah mereka..Hehehe..

Ladies and gentleman, memperkenalkan Alvin Tan dan Vivian Lee.

Alvin Tan
Vivan Lee





Mereka berdua merupakan warga Malaysia yang sedang mengambil course perundangan di National University of Singapore (NUS). Mereka berdua merupakan sebuah pasangan couple yang cukup daring dan berani. Boleh dikatakan bodoh juga. Well, nak dikatakan terdapat beribu-ribu video klip lucah lain yang dihasilkan oleh warga negara kita termasuk melayu. Kebanyakkannya bertujuan peribadi dan akan 'terpublish' bila "leak" atau jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetapi bukan seperti kes mereka berdua ni.

Mereka berdua start dengan mengambil gambar bogel masing-masing bagi tujuan peribadi sehingga Vivian terdetik untuk upload di internet bagi tujuan mencari 'penghargaan' di atas usaha gigih mereka. Mereka post di facebook dan blurkan bahagian-bahagian "kritikal" di dalam gambar tersebut. Mereka menggelarkan diri mereka sebagai "Alvin & Vivian".


Kemudian setelah mengumpul bahan-bahan, mereka upload pula video seks mereka tanpa blurkan muka atau tubuh badan mereka. Selain daripada itu, mereka juga mengatakan bahawa mereka upload gambar serta video seks mereka ini untuk tatapan semua. Mereka juga menyatakan bahawa ia pernah menjadi impian bagi mereka berdua menjadi bintang "adult film" suatu hari nanti. Di dalam interview bersama Yahoo!Singapore, Alvin mengatakan beliau tidak merasa bersalah untuk kesemua hasil ini kerana ia merupakan satu excitement bagi mereka berdua.


"Part of me was worried about the real negative consequences like whether I breached anything legal or how would NUS react to this.Of course the other part of me feels it’s quite surreal. I can’t say that I’m not excited. It’s not something you get to do everyday, it’s something most people won’t get to do in their whole life so that’s what I mean by exciting. It’s something different and unique." - Alvin Tan


Mereka merasakan bahawa seks merupakan subjektif dan tidak harus di "taboo" oleh masyarakat. Apabila di tanya, mereka mengatakan bahawa mereka yang berfikiran terbuka tidak boleh anggap yang seks merupakan sesuatu jenayah.

"We don’t see why people who are sexually-active and/or being open about their sex lives should be treated as sinners or criminals. Sex is a natural reproductive process that really doesn’t deserve to have a stigma attached to it. Close-minded people need to get over it." - Alvin dan Vivian.

Apabila ditanya pula mengenai akibat daripada kerja mereka ni, Alvin berkata bahawa beliau sudah bersedia dengan akibat-akibat yang akan datang dan tidak getar padanya.

"So far so good. I wouldn’t say I’m not worried but I’m prepared for it – to be expelled, for my scholarship to be taken away. I've started my own firm and it’s doing pretty well, so that’s actually my career plan anyway." - Alvin Tan.


So macam mana pandangan korang pulak? Haish.. aku kadang-kadang risau jugak dengan generasi yang sedia ada ni. Kalau tak belajar, bodoh pulak. Kalau belajar, terlebih pandai pulak. Jika diorang bercakap mengenai seks merupakan satu lumrah semulajadi, natural reproductive process memang betul. Ia adalah satu proses semulajadi untuk "reproduction". And as a human, there is a fine line that separates us with animals. Kita dilahirkan sebagai makhluk yang mulia. Mempunyai akal. Ada maruah. Itu yang salah tu, bila dah terlampau pandai, dan tiada landasan agama, orang-orang seperti mereka akan cross that fine line. Kalau mereka suka aksi mereka menjadi tatapan umum, apa bezanya mereka dengan anjing yang sedang berdoggy kat public?

So, kepada mahasiswa dan generasi zaman sekarang. Fikir guna otak... bukan pakai lutut.

p/s: Walaupun bukan orang Melayu, as a Malaysian, we should be embarrassed by this.

Art: Random Ecards

Hehehe.. Sambil-sambil korang bersantai tu, apa kata korang tengok-tengok E-cards yang aku buat ni. Hehe.. Ni saje nak buang masa je sebenarnya. Hahaha...

Enjoy!

Ragam waktu budak-budak dulu.

Masalah lazim ahli bina badan.

Pengaruh internet yang kuat!

Budak yang nakal.

Memang patut kena pun.

Comrades: Hidden Precious


Di dalam dunia maya ini, lebih-lebih lagi dalam arena blogger ini, sekutu atau rakan blogger amat penting dalam menjalinkan satu impact dalam arena penulisan bebas. Di kesempatan ini, aku ingin mengisytiharkan comrades baru The Kufazuke Show iaitu Hidden Precious.

Ia merupakan salah satu lagi blog bergenre bebas dan bacaan santai untuk korang semua. Jemput-jemput la ke blog ini dan nikmati kesantaian dan kebebasan dalam pembacaan korang. Ia merupakan satu blog yang baru dan pastinya akan diisi dengan pelbagai info, pengalaman atau rencana yang best-best..

So, jangan lupa untuk mengunjungi Hidden Precious <--- Klik tau!

Dan seperti biasa, banner blog ini ada di sebelah kanan di bawah kategori "The Kufazuke Show Comrades".. Dan let's show some love dengan "Like" fan page Hidden Precious di facebook <---- Klik jugak!

Enjoy!!

15 October 2012

Super Human: Felix Baumgartner: The Sound Barrier Breaker!


Ok... Aku on the way nak menulis mengenai Career issue yang aku war-war tempoh hari tetapi terasa terpanggil pulak untuk menulis mengenai seseorang yang sungguh awesome ini iaitu Felix Baumgartner. Beliau bukan saja mencipta sejarah, tetapi memintas impian aku untuk membuat free fall yang sedemikian.. *sigh*

Takpe la... walaubagaimana pun, jom kita sneek peak biodata brader ni.

Nama: Felix Baumgartner (Felix)

Pekerjaan: Stunt Coordinator, Freefall Camera, Skydiving & B.A.S.E. Jumping,
Commercial Helicopter Pilot.
Tempat Lahir: Salzburg / Austria
Kerakyatan: Switzerland
Hobi: Climbing, Boxing, Motor Cross, Helicopters and Rally.



Felix mempunyai banyak gila achievement dalam hidupnya sebelum projek "Red Bull Stratos" ini.. Terlalu panjang untuk dilistkan. So, aku akan listkan yang terdekat ini.


2004:
Channel of Corinth: B.A.S.E. jump from a 193 feet high bridge in freefall.
Mamet Cave in Velebit National Parc, Croatia: B.A.S.E. jump into a 623 feet deep cave.
Bridge of the Americas, Panama: B.A.S.E. jump from the 393 feet high Panama bridge.
World record: B.A.S.E. jump from the highest bridge in the world, Millau Bridge, France (1.125 feet).

2005:
Star guest at the famous Late Night Show with Jay Leno, Los Angeles, USA.

2006:
B.A.S.E. jump from the highest building in Latin America, Torre Mayor in Mexico City (738 feet).
B.A.S.E. jump from the highest building in Scandinavia, Turning Torso, Malmö, Sweden (627 feet).
Felix becomes a helicopter pilot at Twin Air Helicopter School, Van Nuys, USA.

2007:
B.A.S.E. jump into the second biggest cave in the world, „Seating of the Spirits“, Oman (396 feet).
B.A.S.E. jump off the worlds tallest building - 101 Tower, Taipei (1669.95 feet)


So, projek Red Bull Stratos ini merupakan satu projek di mana Felix akan dibawa ke atas udara sehingga melepasi sedikit paras atmosfera bumi (39km) dengan menaiki belon panas dan terjun ke bumi. Yup, gila kan? Memang sebelum ni tak pernah orang buat dan beliau berjaya lakukan. Penerjunan beliau mencatat kelajuan 1342 km/j (Mach 1.24). Dengan kelajuan sedemikian, beliau telah memecah lapisan bunyi ibarat Super Sonik. Bukan itu saja, beliau juga memecah 3 lagi rekod dengan penerjunan beliau itu iaitu "The highest manned ballon flight" dan juga "terjunan tertinggi" serta "terjunan paling lama" yang di catat oleh rekod dunia. Dan yang best nya, beliau melakukan perfect landing apabila touch daratan. Hero!

p/s: Kena lah fikir rekod yang lain pulak untuk dipecahkan... hehehe..

Video:


13 October 2012

COOLfm: Crazy Airplay On Earth


Wow.. COOLfm kini semakin lama semakin didengari oleh setiap pelusuk masyarakat majmuk kini.. hehe.. Yup, I've been hyperbolic a little bit but yeah, kini editor The Kufazuke Show dan Syakiella Lee team up for something fresh.. something new di bawa dan berakar umbi idea geliga "tauke" radio station ini iaitu Kulatt.

For most, I'd like to convey my highest gratitude kepada semua listener yang stick dan stay kepada COOLfm untuk sama-sama bersantai dan bergelak serta berinteraksi bersama kami sepanjang airtime. Setiap segmen dan setiap topik digubah dan diceriakan bersama-sama ibarat satu ruang di mana kita semua dapat gether up dan berkongsi pendapat masing-masing... The best part is that, ia diadun pula dengan audio serta muzik-muzik enak di dengar.. Ia memberikan "forum" satu nafas dan pengertian yang baru...

Bila nampak je banner ini dinaikkan di page group, terus join COOLfm tau!!

Aku tertarik dengan pendapat-pendapat yang dilontarkan oleh para listener yang participate kerana memberi opinion mereka dalam bentuk yang simple serta terhibur apabila mendengarnya... Ia memudahkan tugas kami sebagai penyampai untuk sama-sama berkongsi serta membuka lembaran yang lebih dalam untuk setiap konteks yang sedang diperkatakan.

Di samping itu, ingin aku sampaikan bahawa di COOLfm, kami juga support dalam badan-badan kebajikan dan akan cuba sedaya upaya kami dalam menyampaikan "amanah" serta "suara" mereka-mereka yang memerlukan.. Walaupun di bawah tagline "Crazy Airplay On Earth", tetapi kami serius dalam membangunkan serta menyeru kesedaran masyarakat dalam membantu insan-insan yang lain.

Dengan pelbagai celebriti dan artis yang semakin hari semakin banyak join keriuhan COOLfm ini, korang boleh jangkakan bahawa COOLfm menjadi salah satu radio priority berkonsepkan "Kesantaian Dalam Rumah" tetapi teguh dengan misi serta target yang menjadikan COOLfm lain daripada yang lain..

So tune in kepada COOLfm dan terus nikmati keriuhan serta kemeriahan yang pasti tidak pernah miss untuk menyajikan anda dengan airtime yang akan menceriakan suasana anda...

Quick Note:


Mari kita membantu adik Ahmad Adam Syukri yang baru berusia 7 bulan yang mengalami kekurangan oksigen. Pada 09/03/12, scan MRI Adam mengesahkan Adam mengalami kerosakkan pada otak. Adam terpaksa bergantung pada MESIN SEDUT KAHAK,OKSIGEN & MENYUSU MENGGUNAKAN MESIN. Untuk info semasa mengenai adik Adam Syukri sila like page yang dikendalikan oleh ibunya.
Harap korang dapat sama-sama membantu semoga kehidupan anda akan sentiasa diberkati dan dirahmati Tuhan.

Sila ke page adik istimewa kita ini DI SINI.
No akaun Maybank: 161136331818
No akaun CIMB: 02040007292201

Alamat:
NORAISAH MOHAMAD MALENA,
LOT 432 TMN SUSUR JAMBU,
JALAN JAMBU SELATAN,
96100 SARIKEI SARAWAK



p/s: COOLfm sememangnya lain dari yang lain... jika anda merasakan disebaliknya, anda tersangat silap besar... anda harus menilai dengan mata hati... bukan dengan sekadar sekali imbas.... sekian.



08 October 2012

Comic: Random Event

Aku tengah bosan semasa tiba-tiba tergerak hati plak nak buat rage comic ni.. hehe.. ala, biasa-biasa je sebenarnya tapi apa-apa pun aku harap korang semua enjoy ok? Teruskan ceria hari anda!!


Awek "Muka Itik" 1


Kerja Sekolah


Nombor Telefon


Hehehe.. seperti biasa, boleh beri komen anda di ruangan komen ye? 

06 October 2012

Keamanan: Bersyukurlah

sekadar gambar perhiasan entry.. :)

Ok.. Beberapa minggu yang lepas, aku sedang bersantai dan rehat di rumah bersama isteri di hari minggu yang damai.. Kami mengambil peluang itu untuk meredakan stress daripada kerja sepanjang minggu tersebut dan "ganti" tidur kami yang tidak cukup sejak kebelakangan itu..

Kemudian, kami disapa oleh satu panggilan dari luar yang datangnya daripada seorang orang Nepal Muslim di depan pagar kami. Beliau yang bernama Ali, ingin membeli barang-barang buangan seperti besi buruk dan sebagainya dati rumah kami bagi tujuan recycle. Sememangnya rezekinya pada hari itu, aku jual besi-besi katil yang sudah tidak diperlukan lagi dan juga beberapa "junk" yang telah lama berada di depan rumah kami.

Sambil-sambil beliau menimbang serta mengikat besi-besi tersebut di motorsikal beliau, kami sempat berbual-bual kosong. Mainly mengenai tempat asal dan tujuan beliau berhijrah ke Malaysia.

Ali pun bercerita mengenai kekecohan dan peperangan domestik di negaranya. Beliau mengatakan beliau tidak akan lupa peristiwa ahli keluarganya yang dibunuh sewaktu kekecohan itu melanda dan betapa kehidupan seharian beliau di sana ibarat perlarian. Setiap hari merupakan satu perjuangan untuk hidup. Dan di negara inilah beliau dapat mencari rezeki dan bertemu bersama isterinya kini.

Aku terbayang sebentar. Negara kita walaupun dengan 'kerapuhan' politik dan masalah perkauman yang kecil, boleh dikatakan berada dalam keadaan aman. Walaupun ada yang claim terdapat bangsa-bangsa ditindas dan bumiputera 'dimanjakan', tetapi it's proven that eventhough worries of the slight difficulties, we manage to pull ourselves together and work towards development. Kita berada dalam keadaan aman... berapa ramai yang betul-betul bersyukur dengan keadaan ini?


Pernah tak terbayangkan jika kita keluar dari rumah dan terdapat 90% risiko akan dicederakan atau diculik di atas nama kekecohan? Bayangkan negara kita dipenuhi dengan bangunan-bangunan yang hancur, mayat berlimpangan di atas jalan, suasan suram dan sentiasa berada di dalam ketakutan?  Ye, kita tidak dapat membayangkan kerana kita sudah terlalu leka dengan keamanan yang terdapat di negara kita.

Pejuang-pejuang tanahair kita dahulu berjuang bermati-matian untuk kita, generasi akan datang untuk nikmati rahmat yang kita sedang nikmati sekarang. Tugas kita sekarang adalah untuk preserve anugerah ini. Provokasi atas nama politik hanya akan memecah belahkan antara kita dan akan menganggu keamanan yang kita ada sekarang.

Demi anak kita, genarasi akan datang, aku inginkan negara kita ini berdiri satu rumpun walau berbeza pendapat, fahaman politik, agama dan bangsa... provokasi yang menyentuh hal-hal kecil inilah yang pastinya suatu hari nanti akan merosakkan keamanan yang kita nikmati.. Walhal keamanan adalah sesuatu yang diinginkan oleh manusia..

Setelah selesai segala urusan jual beli brg terpakai itu, aku pun masuk ke dalam rumah kembali.. pandang wajah isteri aku.. dan terbayangkan masa depan yang pastinya tak menentu ini.. adakah kita masih akan hidup dalam keadaan seaman ini di masa akan datang?



p/s: Tiba-tiba terasa macam nak join Mercy Malaysia pulak... huhu

01 October 2012

RM200 Rebate On Smartphone?


Hello guys... sorry agak lama aku tinggalkan channel The Kufazuke Show ini.. Yup, been busy dengan Kristall Liquid Screen Protector and I might say it was a blast ! Thanks kepada semua yang sudah purchase Kristall Liquid Screen Protector ini..

Ok, baru-baru ni PM kita telah membentangkan bajet 2013 dan bajet ini seperti yang diutarakan oleh Mingguan Malaysia, merupakan satu perancangan bajet yang berjiwa rakyat dan prihatin terhadap masyarakat...

Yang lain aku tak nak sentuh sebab probably terlalu teknikal dan worry me less... tapi aku juga macam tak faham tentang beberapa perkara seperti penurunan subsidi gula sebanyak RM0.20 dan pemberian rebate RM200 terhadap semua pembelian smartphone.. Urm.. Probably pihak kerajaan telah merangka satu rancangan yang sukar untuk aku nampak tetapi adakah ia merupakan suatu langkah yang sepatutnya dibuat?


Rebate RM200 for smartphone? Are you kidding me? Best gila kalau camtu.. Andai kata aku nak beli iPhone 5 yang berharga RM2000 misalnya, adakah aku akan mendapat harga RM1800? Atau aku kena apply kepada pihak yang berkenaan dengan sertakan resit pembelian smartphone itu untuk mendapat rebate tersebut? Maybe la kan kerajaan Malaysia sekarang ingin masyarakat Malaysia kini berkemampuan untuk membeli dan menggunakan smartphone supaya dapat membantu mereka dengan lebih baik dari segi pembelajaran, perhubungan dan menyaingi sosial mobiliti antara rakyat tapi in my opinion, it's better laburkan duit rakyat ke arah yang lebih berfaedah untuk kesenangan sejagat.

Penurunan subsidi gula sebanyak RM0.20 sudah pastinya akan mengakibatkan harga gula naik di pasaran. Daripada beri rebate terhadap smartphone, why not bantu lagi rakyat dengan subsidi bahan-bahan mentah yang membebankan rakyat? Sekarang harga minyak tinggi dengan RON97 baru saja naik, gula bakal naik lagi why not bantu lebih ke arah itu?

Rakyat kita sekarang tak berduit kerana modal kos kehidupan yang tinggi. Bahan mentah mahal. Minyak mahal. Itu belum lagi dikira dengan hutang-hutang lain seperti PTPTN, Mara, bank dan sebagainya. If let say barang mentah jatuh, I guess masyarakat akan mempunyai duit yang lebih untuk setelkan benda-benda lain yang lebih penting. Dan andai bernasib baik, mereka juga dapat menyimpan untuk membeli smartphone yang mereka idamkan.

So, bagaimana anda? Adakah anda juga merasa begitu?

p/s: Best la penjawat awam... dapat bonus separuh gaji bulan Disember dan Januari nanti.. huhu..

Let's Interact!

me>