08 June 2012

1st Bench Mark: 10,000v


Pada masa entry ni ditulis, total page view The Kufazuke Show adalah 10,013. Wow... I guess it's time just to take a break and try to look back what have this channel been so far through this short walk. Aku actually tak sangka dengan total pageviews yang berjaya cecah 10k ni. Yep, walaupun dalam dunia blogging ni angka tu merupakan jumlah yang sedikit, tapi ia adalah sesuatu yang memuaskan memandangkan, usia channel ni pun tidak la setua mana.

Ok let's go for a short journey what have this channel gone so far...

At first as a blogger, aku mempunyai sebuah blog yang lain iaitu Ceritera Hikayat Dongeng dan Realiti. Ia merupakan sebuah blog yang aku gunakan untuk menulis karya-karya short novel atau cerpen. Tapi as time goes by, aku ingin meluaskan exploration aku terhadap benda-benda yang lain yang boleh disharekan kepada semua pembaca. Dan barangkali aku pun ingin pembaca berkongsi sekali apa yang issue atau topik-topik yang aku ingin sampaikan.


Maka lahirlah Opiniblog. Ye, kalau korang nak tau itulah nama sebenar channel ni sebelum ia bertukar menjadi The Kufazuke Show. As korang boleh check dalam first entry aku, aku state yang aku ingin menjadikan blog ini sebagai satu blog yang memaparkan info-info menarik atau apa saja yang boleh dikongsi bersama. At that time aku tend untuk menulis apa-apa yang aku nampak pada internet yang agak menarik atau banggang je kan. So aku start la dengan cerita-cerita atau info mengenai watak dalam kartun, apa yang aku tak puas hati tentang sosial atau keadaan sosio-masyarakat ni. It's been pretty tapi the blog itself mempunyai nama yang agak tidak komersial dan tak menarik.


So selepas publish 3 entry, akhirnya aku membuat keputusan untuk tukar nama blog ni dan konsep supaya ia nampak lebih elegan dan boleh diterima halwa telinga orang yang mendengarnya. So, aku yang gemar menonton atau mendapat informasi melalui Discovery Channel dan rangkaian pelajaran yang lain, dapat idea nak buat satu blog yang berkonsepkan ala rencana TV ke dalam sebuah blog. That's why la korang akan lihat aku suka memanggil blog ini sebagai channel dan term-term dalam sebuah prduksi digunakan dalam channel ini. Dan oleh sebab aku merasakan ia adalah sebuah rancangan, jadi aku namakan sebagai The Kufazuke Show.

Alhamdullilah, ia telah mendapat sambutan di mana terdapat jugak komen-komen orang yang cakap nama ni sangat intriguing dan komersial kalau ingin melangkah ke hadapan lagi. So why not la kan? Tapi maybe la kan, bahan-bahan yang aku paparkan dalam channel ni sangat tidak memberangsangkan. Dan info-info aku tampil semua barangkali lebih cenderung ke arah seksual, aku mula slow sedikit menulis. Maybe disebabkan beberapa event dalam life aku yang membuatkan aku susah untuk berhadapan dengan internet dan menulis macam biasa dan ada orang yang cakap channel ni asyik paparkan benda-benda macam tu je.

So, in the late of 2011, aku ambil keputusan untuk tampil dengan cara lain jugak dan paparkan pelbagai slot yang lain ibarat rancangan-rancangan TV yang dikategorikan mengikut genre-genre tersendiri. That's korang boleh tengok terdapat pelbagai label-label yang menrangkumi info-info yang aku telah asingkan untuk korang.


As personal, aku meminati muzik, gadget dan mind opening stuff. Aku juga seorang peminat sukan. So, aku tend untuk jadi lebih open up dan share atau pursue dengan apa yang aku minat rather than jadi tertekan dibawah konsep sendiri. So, perhaps ni la masanya aku akan menulis apa yang aku rasa nak tulis dan bukan sekadar nak hamburkan dengan gambar-gambar serta link-link sahaja macam kebiasaan blog-blog yang lain diluar sana.


Dan seterusnya projek kerjasama The Kufazuke Show dan stesen radio online COOLfm berlangsung. What happen to be a promotion of The Kufazuke Show FB Fan Page, leads me introduce to Kulatt yang sewaktu tu sedang promosikan projek stesen radionya yang tersendiri. From there, kami bersetuju untuk bekerjasama atas tujuan promosikan project masing-masing berdasarkan cara penyampaian yang berbeza. Di situlah link antara kedua channel ini berkesan. Dan aku bersetuju sebab memang konsep yang COOLfm cuba tampil memang sesuatu yang aku suka dan minat. So aku sediakan jugak satu label  untuk COOLfm jugak dan sediakan banner yang memudahkan korang untuk lawati page player radio tu sekali.

Dan baru-baru ni, aku dapati aku memerlukan comrades yang sama-sama berkarya demi memenuhi pembaca-pembaca yang aku hormati sekalian. Dan aku jugak punyai beberapa blog yang aku gemar baca dan aku tend untuk dekati dan cuba meraikan usaha-usaha bersama menerusi channel masing-masing. So, semua comrades akan aku letak di sisi jugak. Thanks bros... lebih-lebih lagi kepada Spudin dan Syazril Asyraff serta Malaysian Reggae Comunity!

Dan akhir sekali, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang beri sokongan dan kerjasama melawati channel ni dan harap channel ni akan terus hidup dan mendapat sokongan daripada anda semua. Barangkali akan ada perubahan dan penambahbaikan yang akan datang dan berharap korang semua akan berada disisi bersama-sama ya... jutaan terima kasih aku ucapkan... Cheers and stay tune to The Kufazuke Show! Please like us on facebook too!

p/s: Wow.. what will happen next? Let's go for an adventure!!

Post a Comment

Let's Interact!

me>