21 June 2012

Makanan Yang Lebih Baik


Berapa orang di luar sana yang suka makan di luar? Lebih-lebih lagi kalau time kerja. Waktu lunch surely korang anda akan singgah ke mapley, gerai "bawah pokok" ataupun food court tempat kerja masing-masing. How's the food? Sedap? Kenyang? Best?

Untuk entry kali ni, aku nak buat sedikit urge la kan. Boleh jugak la nak dikatakan mini campaign. Ia berkaitan bawak bekal makanan ke tempat kerja, hehe..

Seperti yang aku maklum dulu, aku ni penggemar makanan. Tak tau kenapa tapi aku rasa cepat betul rasa lapar sekarang ni. Ia lebih memeritkan kalau lapar di office. Sebab malas nak berjalan keluar office untuk mencari makanan. And andai aku makan kat luar pun, aku seakan tak rasa puas pulak. So, aku ambil pendekatan, bawak bekalan makanan sendiri ke office.


Terdapat perbezaan jelas antara aku makan di luar dan makan bekalan aku sendiri. Kalau aku makan kat luar, aku terasa mengantuk yang amat dahsyat, sakit perut, dan tak puas. Where else, makan bekalan sendiri aku tak lagi rasa ngantuk lepas makan, tak sakit perut dan puas hati. Kenyang pun kenyang, beb. Terdapat beberapa kelebihan lain kalau bawak bekal sendiri. Seriously.

1. Makanan tu dah ternyata bersih. Sebab sendiri yang buat kan?
Bila kita sendiri atau isteri atau even sesiapa pun yang prepare makanan dari rumah, sudah pasti makanan itu disediakan dalam suasana yang bersih, dan tidak kotor cara penyediaan makanan tu.

2. Lebih puas.
Makanan yang kita makan kat luar tu di masak secara 'bundle'. Dan probably dah lebih kurang seminggu disimpan, asyik re-heat je setiap hari. Tu yang buat mata berat gila tu selepas makan.  Kalau bekal makanan sendiri, roti sapu kaya atau nasi kosong lauk telur mata and kicap dah cukup sedap dah. Terasa macam makan di rumah sendiri.



3. Save bajet.
Kalau anda makan di luar, anda akan membelanjakan wang anda dan barangkali kena peruntukkan wang bulanan anda ke arah tu. Nak-nak kalau anda penggemar mapley. Diorang charge mahal makanan diorang. Rasa pun macam biasa je. Kalau makan dibawa dari rumah, lebih jimat. Siap boleh simpan lagi untuk suami, isteri dan anak makan nanti.

4. Berpahala
Iye... sesungguhnya bukan setakat anda menikmati perut anda. Tapi anda juga akan mendapat ganjaran pahala lagi bila, anda masak untuk pasangan anda untuk bekalan pergi kerja, atau masak untuk keluarga. So, nothing to waste la kan?

So... apa kata kita semua start bawak bekal untuk nikmati di sekolah, tempat kerja atau mana-mana dan tengok sama ada ia merupakan keputusan yang bijak atau tidak. Well, hari ni aku puasa dan bawak bekal makanan untuk berbuka di ofis. Selamat menjamu selera semua!!


ps: Nasi putih + ayam masak kicap + sayur goreng.... terbaik wok!!

Post a Comment

Let's Interact!

me>