17 June 2012

Malaysian Physco

Pembunuhan kejam, penculikan, kes rogol, kecurian dan sebagainya ibarat sudah menjadi makanan ruji kita sekarang ni. Aku pun tak faham kenapa. Bukankah kita ni so-called duduk dalam negara yang maju, berbilang bangsa dan agama serta kaya dengan budi bahasa dan sopan santun yang menjadi jolokan oleh orang-orang di luar sana? Apa sudah jadik dengan society kita? Di mana "wayar" dalam otak dan benak pemikiran mereka semua tercabut?


Aku terbaca tentang kisah-kisah yang menyayat hati seperti pembunuhan kanak-kanak, orang tua, gadis-gadis, even pelajar. Bukan setakat pembunuhan, tetapi juga kes-kes seperti ragut, rogol, buli dan sebagainya. Ia ibarat benda yang biasa je kita dengar sekarang ni. Sampai aku terdetik, adakah negara kita masih selamat lagi andai nak dibiarkan anak, isteri, ibu bapa atau kawan untuk berjalan seorang diri di bandar atau mana-mana. Kes-kes jenayah sekarang ni semakin menjadi-jadi dan sangat mengelirukan.  Kok ye la para penjenayah kita boleh kenal dari paras rupa atau gaya, tapi sekarang, anyone, in fact orang yang kita tak sangka-sangka boleh berubah menjadi seseorang yang berbahaya andai kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga.

What happen?

Pada pendapat aku la kan, it's all about the stress level yang kita harungi hari-hari. Stress boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara dan andai kita tak bendung ia, ia akan memakan diri kita sedikit demi sedikit, sehingga kewarasan kita akan menipis sehingga langsung tiada. We live in a competitive world, di mana siapa cepat, dia dapat.. jadi bagi mereka yang kurang bernasib baik, pasti akan ketinggalan seterusnya dihimpit dengan pelbagai masalah sehingga melibatkan emosi serta daya fikir sendiri.


As a human being, kita dilahirkan dengan hati yang suci. Persekitaranlah yang membentuk kita. Dari dalam rumah, sekolah, kolej, university, tempat kerja dan sebagainya memainkan peranan penting dalam membentuk siapa diri kita. Dari situ kita akan jerumuskan diri secara sihat atau sebaliknya. Okay, untuk hidup kita perlukan sokongan dan advance support bagi kita hidup secara aman serta tidak susah. Dan bila kita dihimpit dengan masalah seperti traffic jam la, bos marah, rumah tangga tak aman, income semakin kecil, komitmen yang tinggi, hutang keliling pinggang dan sebagainya, kita akan memusnahkan diri kita sedikit demi sedikit seandainya masalah itu asyik bertampung di dalam hati dan tidak bertemu dengan jalan penyelesaian yang pasti.



So, stress yang build up itu, akan menjadikan atau merubah diri kita menjadi bukan diri kita. Sampai pada satu tahap, kita tak kenal lagi siapa diri kita yang sebenarnya. Somehow it will turns ourself into an animal. Wilder than the normal animal we see on the tv or at the zoo. So, dalam-dalam kita berduka dengan stress yang asyik build up, kita harus pandai untuk mengurangkan stress itu sehingga kita dapat berfikir secara jelas dan akan dapat membuat keputusan yang tepat dan waras.


1. Bow to your Creator.
First and almost everybody know, in God we give our hand. He will help you. Pemulihan spiritual merupakan satu jalan atau langkah yang paling mustahak bagi kita. Tidak kira samaada anda seorang beragama Islam, Buddha, Christian atau sebagainya, agama is the only thing or place we can put our hopes and stabilize our inner self to be calm and cool down. That's why kita disuruh untuk beramal, dan berdoa agar kita akan sentiasa sihat fizikal dan mental.


2. Don't swallow... Spit it out!
Most common people suka memendam masalah dalam hati dan akhirnya memakan diri. We should get someone untuk share apa masalah yang kita hadapi dan maybe dengan itu kita akan mendapat pelbagai opinion bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu berbanding kita berfikir dalam keadaan kusut. Jika kita berfikir dalam keadaan tak tenteram, maka keputusan yang diambil juga akan kurang pintar. Dan jika kita share, kita juga boleh tahu bahawa terdapat lagi kes-kes yang lebih teruk di luar sana dan kita akan mula syukur dengan apa yang kita ada sekarang ini.


3. Take a break!
Ramai orang sekarang ini yang terlalu mementingkan karier berbanding diri sendiri. Tak ramai yang suka keluar bercuti kerana mengganggap bahawa seandainya terlepas satu peluang, maka ia merupakan satu kegagalan atau ketinggalan yang teruk. I guess that's why la kan average age untuk orang-orang zaman sekarang, semakin kecil. Cepat je muka tu nampak tua. So, better go for a vacation, spend time bersama orang tersayang like your family. Kerana di situlah anda akan menemui sanctuary. Take a good night sleep kerana diri itu yang kena jaga dahulu. Seandainya badan tidak dijaga, maka anda takkan mampu untuk melakukan apa sahaja dengan kondisi badan yang tidak sihat.


4. You ARE what you eat.
Ramai yang bila stress atau murung ambil keputusan untuk "manjakan" diri dengan makanan yang berlimpah ruah sampai nak pecah perut disebabkan tanda protes yang ilusi. In fact, sekarang tabiat makan yang tidak sihat pun dah menjadi habit masyarakat sehingga statistik warga obes semakin meningkat. Makanan merupakan element yang menjadikan jasad dan minda kita berfungsi dengan baik atau tidak. Seandainya kita makan benda yang sihat, baguslah. Tapi andai kita makan yang tak elok, tubuh kita akan menjadi tidak sihat seterusnya menyebabkan otak kita tak sihat. This especially ditujukan kepada DRUGS AND ALCOHOL.


5. Free from mind controlling media.
Kita sering disajikan dengan unsur-unsur ganas, seram dan sebagainya di kaca tv. Seandainya anda dalam keadaan stress, STOP LOOKING AT THEM. Ini adalah kerana sewaktu kita tengah stress atau murung, kita menggapai untuk mencari jalan penyelesaian yang cepat. Otak kita akan memorize scene-scene dalam tv sehingga kita (dengan keadaan kurang stabil) akan mengambil keputusan mengikut scene tersebut kerana merasakan itu keputusan yang tepat.


6. Listen to GOOD Music.
Muzik merupakan salah satu element juga dalam pembinaan minda. Ramai menggangap muzik sebagai suatu hiburan semata-mata tetapi ia bukanlah begitu sahaja. Muzik terdapat gelombang-gelombang yang dapat trigger inner self kita tanpa kita sedari. Lagu-lagu keras seumpamanya mampu untuk membuat seseorang merasa rebellious dan lagu-lagu rancak mampu buat kita bergerak. Jadi, bila stress, try dengar lagu-lagu macam jazz, experimental mahupun soft country instrumental yang boleh tenangkan hati dan rehatkan kepala tu.


Well, yang aku bagi ni just a few dapat dibuat pakai untuk menangani stress yang dirasa. Terdapat pelbagai lagi cara yang berpatutan dan sesuai untuk dipraktikkan. So, come on Malaysia.. let's live in more healthy lifestyle okay?

p/s: Rasa stress la... nak Zzzzzz.. goodnight! hehe...


No comments:

Let's Interact!

me>