11 June 2012

Stereotype and inception: Hollywood Movies


Aku merupakan salah seorang penggemar movies-movies. Tak kira movies dari negara mana, aku pasti akan tonton (urm... tolak Bollywood je la.. hehe). Sebagai entertainment aku bersetuju. Tapi apakah filem-filem yang ditonjolkan oleh filem-filem ni akan berkesan terhadap kita?

Well, apa kata kita cuba selami perhubungan filem-filem dengan kita. Ok, aku nak fokus pada hollywood movie kerana movie-movie scene ni terdapat dalam genre dan lebih berani berbanding scene-scene negara lain yang binded dengan rules dan culture.

Pada pendapat aku la kan, sehebat-hebat mana pun industri perfileman sesebuah negara tu, takde satu pun yang dapat lari daripada stereotype masing-masing. Kadang-kadang dari pertengahan cerita tu pun dah boleh jangka apa akan terjadik atau macam mana ia akan berakhir. Ia telah dipraktikkan sejak dahulu lagi dan diterima oleh para penggemar filem sehingga ia sudah menjadik satu culture. Satu rules atau procedure. Well, ia telah pun sampai satu tahap di mana seandainya terdapat penerbit filem yang cuba lari dari stereotype ni, maka filem mereka akan mendapat kritikan dan tidak selaris mana.

Jom kita tengok beberapa stereotype yang sering digunakan dalam filem-filem Hollywood.

1. Letupan? Rileks.. tunjuk cool dan jalan sahaja.

I Am Number 4
Syriana

X-Men Origin: Wolverine

2. Sidekick semestinya berkulit hitam.

Men In Black

Bad Company

3. Mission Accomplish.. Now it's time to run from the progressing destruction!

Indiana Jones

GI Joe

4. Arab dan Islam? Anda semestinya terrorist!

24
The Mummy

True Lies

5. Finally... the hero gets the girl..

Rapunzel

Princess Diaries

Well, itu serba sedikit aku bagi untuk buat persamaan antara filem-filem. Terdapat banyak lagi stereotype yang boleh dilihat dalam aspek semua genre. So, tell me, apakah kesannya pada pemikiran kita? Untuk kisah-kisah yang unrealistik boleh la kita tangkis dengan mengatakan ia tidak logik. Tapi bagaimana pula seandainya inception yang mereka cuba serapkan dalam minda kita sehingga kita boleh menanam satu perspektif yang sukar dibendung lalu akibatkan kita terpengaruh dengan agenda mereka? let's say mereka menonjolkan sesuatu kaum itu sebagai villain atau yang kurang cerdik, bagaimana pandangan kita pula dalam real life? Adakah kita akan dapat menangkis atau kita akan berkata ," Jaga-jaga.. Even dalam filem pun mereka nampak jahat"...

p/s: Sekarang ni, rata-rata orang putih mesti ingat orang Islam bawak bom dalam baju ke mana-mana... they fear for nothing...



Post a Comment

Let's Interact!

me>