18 June 2012

Superhero: Inception Yang Baik atau Buruk?


Sewaktu aku kecil dulu, aku antara penggemar cerita-cerita hero seperti kanak-kanak yang lain. Merely, rancangan-rancangan seperti ini menjadi kegemaran sehingga ada yang sanggup tunggu di depan kaca tv sejam lebih awal sebelum mulanya rancangan ini dan ada juga siap beli merchandise watak-watak hero kegemaran.


Orang cakap yang aku ni macam tak matang plak sebab masih lagi suka cerita-cerita superhero ni. Macam aku, aku minat Batman. Sebab ia lebih realistik berbanding dengan Superman, Spiderman, dan sebagainya. Tapi kalau tengok filem-filem Batman yang dulu memang la nampak sangat kebudak-budakannya. Dengan grafik dan prop yang ala-ala "fantasy" tu siapa yang suka kan? Aku suka Batman yang di arahkan oleh Christoper Nolan. Pergh mantap gila filem-filem Batman ditangan beliau. Takde lagi scene-scene atau adegan yang karut-mengarut. Nak-nak pulak watak Bruce Wayne a.k.a Batman itu sendiri dilakonkan oleh Christian Bale. Even villain dalam filem-filem Batman "baru" ni pun lebih evil dan nampak physco-nya. Ia menjadi lebih realistik, serious dan tak ngada-ngada.

Kisah-kisah adiwira ini banyak mempengaruhi minda kanak-kanak sejak dulu lagi. Even sekarang ni pun, kalau kita tanya mana-mana budak, sudah pasti mereka kenal siapa Ben 10, Power Rangers or even Ultraman. Gaya, cara gaduh, karisma setiap hero-hero ini pasti akan diikuti oleh para warga kecil. Aku pun tak tau samaada ia baik atau tidak.


Macam aku, sewaktu aku kecil dulu, aku tak nafikan yang watak-watak ni banyak bagi influence dalam pembesaran. Aku dapati Batman seorang yang lonely tetapi mempunyai hati yang kental dalam menentang korupsi dalam bandar Gotham. Aku dapati bahawa Ultraman merupakan satu-satunya penyelamat bila kemusnahan melanda. Aku even merasakan bahawa menjadi sesuatu yang cool untuk menjadi salah seorang Power Rangers kerana mempunyai karekter tersendiri dan transportasi yang hebat.

Mereka semua menjadi idola kita sejak kecil lagi. Even ada sesetengah tu masih lagi quote daripada ayat-ayat yang pernah diucapkan oleh adiwira yang diminati masing-masing. Pada pendapat aku la kan, sewaktu kita kecil dulu, kita ingin menjadi somebody. Yang dihormati. Yang kuat dan berpengaruh. Sebab semasa kecil kita memang kaya dengan imaginasi. Selari pulak dengan konsep hero, karekter rekaan ini sememangnya dicipta dengan menggunakan imaginasi dan khayalan atau impian. Jadi, bagi warga anak-anak kecil, ia seolah suatu pemangkin dalam mengembangkan imaginasi sehingga boleh terbitkan idea. Dan kita harus akui, bahawa kadang-kala, imaginasi dan idea daripada si kecil boleh jadi sangat-sangat bernas dan out of the box.

So, apa pendapat korang pulak? Adakah konsep superhero ini baik atau buruk?

p/s: Aku tak sabar nak tunggu filem The Dark Knight Rises yang akan ditayangkan Julai ni! Wooohooo!!



Post a Comment

Let's Interact!

me>