04 June 2012

Band: The Muffins


Sudah agak lama jugak ye tak keluarkan entry di bawah label "Music"... Bukan sebab tak minat dah tapi rasa nak sync kan dengan semua label yang ada kat channel The Kufazuke Show ni supaya tak la asyik menjurus ke arah hiburan je kan?

Korang pernah dengar tak band The Muffins ni? Mereka ni band yang sekarang dah senyap je.. Tak keluar dengan album yang terbaru. Even lagu yang terbaru pun tak de. Dulu mereka ni popular dengan lagu seperti "Mimpi Lagi dan "Salahkah Aku?".

At first aku dengar band ni, aku berpendapat yang band ni ada keunikan diorang tersendiri. Tak macam band-band alternatif lain yang seakan terlalu adik-beradik dengan OAG, Nice Stupid Playground dan sebagainya. And susunan lagu serta imej bersahaja dalam menyampaikan lagu mereka dalam bahasa melayu agak memberangsangkan dan menjadi tanda tanya pulak kenapa mereka ni terus diam je. Well, di channel ni aku ingin tonjolkan balik band-band yang macam ni supaya korang ingat balik betapa bestnya irama masa lalu berbanding lagu-lagu yang ada di industri sekarang. So, there you go The Muffins... straight to The Kufazuke Show Artist Of The Week! haha...


Menurut sumber-sumber yang sedikit mengenai mereka ni, The Muffins terdiri daripada 5 orang iaitu:


Apex - Penyanyi.
Bard - Guitar
Ajak - Guitar
Wan - Bass
Nick - Drum.



Band ni terdapat dua single yang famous iaitu "Mimpi Lagi" dan "Salahkah Aku?". Dan The Muffins ini pulak hanya sempat menghasilkan satu album dan tergolong dalam satu album kompilasi (The Bands). Buat masa sekarang, band ni dah takde. Ntah ke mana menghilang. Yang aku tau penyanyi dia la si Apex tu, kini merupakan seorang vokalis untuk band Maximus. Yang lain, aku tak pasti. So, kepada sesiapa kat luar sana yang mempunyai info yang lebih lanjut, jom sharing di sini ok?

p/s: Lagu "Salahkah Aku?" merupakan antara lagu yang aku pernah perform untuk annual dinner time-time aku belajar dulu.. haha!





Post a Comment

Let's Interact!

me>