13 June 2012

Super Human: Stephen Wiltshire - The Human Camera

Semasa kecik, kita selalu mendambakan untuk mempunyai kebolehan luar biasa atau super powers. Kita disajikan dengan rancangan-rancangan kartun yang menonjolkan manusia atau makhluk-makhluk hebat. Tapi tidak semua orang dianugerahkan dengan kelebihan begitu. Sesetengah kebolehan itu perlu di praktis atau pelajari untuk mahir tetapi ada sesetengah orang itu memang dilahirkan dengan keistimewaan mereka.


Dalam segmen Super Human yang pertama ini, aku ingin berkongsikan tentang kebolehan yang dimiliki oleh seorang berbangsa Inggeris bernama Stephen Wiltshire. Beliau yang kini berumur 48 tahun mempunyai kebolehan yang luar biasa dalam visual photographic memory beliau. Kebolehan atau keistimewaan yang dimiliki beliau ini adalah beliau dapat melihat sesebuah bandar, dan melukisnya kemudian berdasarkan memori. Eh, senang je tu kan? Kita pun boleh buat. Ha.. tetapi beliau ni boleh lukis balik apa yang diingat tu siap setiap inci details yang dia nampak. Hatta kalau ada seorang bersandar di dinding bangunan di celah-celah lorong yang kosong pun dia akan ingat dan lukis balik. Walhal, kita pulak sudah pasti akan tangkap gambar dan asyik-asyik rujuk kembali apa yang tertinggal. Bukan tu saja, visual yang diingat dalam memori Stephen ni bukan setakat di atas kertas sahaja. Malah otak beliau mampu untuk menyimpannya barangkali selama-lamanya.


Bagaimana pula semua ni berlaku ye?

Stephen menghidap Autism sewaktu beliau kecil. Austism ini menghalang part-part dalam otak beliau ni dari berhubung antara satu sama lain. Itulah sebabnya beliau sewaktu kecil seorang yang bisu dan hanya mampu develope untuk bercakap sewaktu umur beliau 5 tahun. Tetapi kekurangan yang dimiliki oleh Stephen ini merupakan satu kelebihan yang luar biasa buatnya. Kekurangan perhubungan antara bahagian-bahagian otak beliau ni, membuatkan setiap bahagian lebih kuat berbanding orang yang normal. Sebagai contoh, seandainya kita mempunyai masalah otot kaki yang tidak dapat berfungsi selain mampu melompat sahaja, kita barangkali tidak mempunyai keupayaan untuk berlari, berjalan, menendang, bersila ataupun menari, tetapi kita barangkali mampu melompat tinggi sehingga memecah rekod dunia ataupun merentasi dalam jarak yang agak jauh. Begitulah jugak lah kesnya dengan otak Stephen ini.


Stephen akan menaiki helicopter dan pusing satu bandar dan akan melukis apa yang dilihatnya kemudian. Untuk orang-orang normal, kita mungkin akan di ganggu oleh bunyi enjin atau kipas helicopter itu dan gangguan lain seperti "Kenapa bangunan tu bentuk macam tu?", "Isk, dah berkarat dah cat kat dinding tu".. Gangguan-gangguan tu akan menyebabkan kita lalai daripada mengingat detail-detail yang lain. Tetapi kelebihan otak Stephen ni menghalang beliau daripada terganggu dengan gangguan-gangguan itu menyebabkan otak beliau dapat fokus terdapat setiap detail dengan terperinci dan store dalam memori untuk selamanya. Yep... ia adalah sesuatu yang akan membuatkan anda berkata "Wow!"





Video:

p/s: Setiap kekurangan itu, adanya kelebihan.

No comments:

Let's Interact!

me>