06 June 2012

Game: Silent Hill - Shattered Memories


Silent Hill: Shattered Memories. Ye, game ini merupakan game yang agak lama berada di pasaran. Secara spesifik, pada December tahun 2009 lagi game ini di-releasekan. Dan yang bestnya, aku baru je habis main game ni. Sudah pasti ramai diluar sana lebih-lebih lagi para gamers sejati gelakkan aku kerana terlampau outdated sangat. Nak-nak still main PS2 walhal mereka semua sudah sebati dengan PS3, XBox mahupun pelantar-pelantar lain seperti Nintendo Wii. Well, bagi aku tu semua tak penting. As a game from my point of view, it's an art. Even kalau kita beri sepenuh jiwa terhadap game "pixie" macam Mario Bro's pun pasti best andai dimainkan sekarang. Dan aku pasti, sure ada lagi penggemar Silent Hill yang masih belum main siri ni. Haha!


Ok la. Dalam game Silent Hill: Shattered Memories (SHSM) ni, anda akan bermain sebagai Harry Mason, seorang penulis yang terlibat dalam accident bersama anak perempuan kesayangan beliau yang berumur 7 tahun iaitu, Cheryl Mason. Kalau korang perasan, dan maybe pernah main sebelum ni, beliau merupakan orang yang sama dalam Silent Hill yang betul-betul pertama keluar dalam pelantar PSone dulu. So, SHSM ni kiranya ala-ala remake kepada game asal la ni.. Perjalanan perit dalam game ini bermula selepas Harry tersedar dari pengsannya akibat kemalangan itu, dan mendapati anak perempuannya hilang. So, throughout the first perspective, ia nampak seolah sebuah adventure dan surivival seorang bapa terhadap anak perempuannya. Namun, aku harus juga ucap syabas kerana dalam game ni, terdapat banyak twist and turn yang membuatkan plot-plot ceritanya menjadi sangat padat dengan aksi menakutkan dan turning point yang bisa membuatkan kita terpana.


Game ini terbahagi kepada dua bahagian through every chapter yang berjaya dilepasi. Scene physiotheraphy session dan juga scene "luahan pengalaman" kepada doktor therapy itu. This game looks like simple tapi effect, background, realistic motion menyebabkan game ini sekali lagi tidak menghampakan dalam menyediakan sebuah game berunsur horror yang ekstreme.  Bila keadaan suasana memasuki realm nightmare, sudah pasti bulu roma kita juga akan terangkat sekali ketakutan. Itulah kekuatan Silent Hill sejak azali lagi, memang kuat dalam bahagian seni grafik yang begitu mempesonakan.


Berbeza dengan siri-siri Silent Hill sebelum ini, SHSM ini memperkenalkan karekter yang agak berbeza sedikit di mana sepanjang game ini, beliau tidak mempunyai sebagai senjata dan tidak boleh membunuh "hantu" yang menyerang beliau. Tak macam game-game Silent Hill yang lain. Beliau cuma boleh melarikan diri melalui hint-hint escape exit yang diberi, menjatuhkan barang untuk melambatkan kejaran "hantu-hantu" tersebut, dan menepis mereka untuk teruskan perlarian. Watak ini akan tercedera apabila digasak oleh "hantu-hantu" itu dan secara sinambungan akan memperlahankan langkah beliau.


Ending dia jugak sesuatu yang sangat best. It's a nice twist dan aku tak rasa aku ingin cerita kat sini. Nanti spoiler pulak untuk orang yang belum main game ni. Tapi yang pasti, game ini akan membawa anda menjelajah ke alam minda watak utama yang rosak dan tak stabil dan mencari-cari petunjuk demi petunjuk dalam menjejaki anak beliau. Anda juga harus bersedia dari segi IQ kerana terdapat beberapa scene yang menghendaki anda menyelesaikan riddles ataupun susunan puzzle dalam mendapat hint-hint yang diperlukan untuk melepasi chapter demi chapter. Oh ye, lupa pulak nak inform yang bestnya Silent Hill kali ni, korang akan dibekalkan dengan sebuah handphone yang membolehkan anda menelefon nombor-nombor yang anda jumpa sepanjang game, menerima message penting dari klue-klue yang diberi, tengok map, serta tangkap gambar untuk membantu anda dalam menyelesaikan teka-teki yang diberikan.


So, kepada yang masih belum lagi main game Silent Hill: Shattered Memories, apa tunggu lagi? Memang berbaloi dan sangat-sangat best. Takkan takut kot kan? Hahaha...

p/s: Serious aku nak tidur pun macam tertakut-takut kalau tetibe bilik aku masuk alam nightmare... gile la... tengok preview game ni kat bawah ni!!









Post a Comment

Let's Interact!

me>