19 June 2012

Oh, Restoren Mapley & Mamak


Siapa kat sini yang jenis suka makan? Haha.. I know I do.. Boleh dikatakan aku ni memang seorang pemakan yang baik dan tak menolak untuk makan apa saja KECUALI makanan-makanan yang aku kenali sebagai tidak boleh dimakan. Tapi sememangnya aku tak berpantang makan. Sesuai sangat kalau korang nak ajak aku makan buffet kat mana-mana.

Okay, entry kali ni sebenarnya bukan pasal makanan. Tetapi lebih kepada tempat makan. Berapa orang di luar sana yang suka makan kat restoren Mapley atau mamak? Sure ramai kan? Urm.. actually aku tak la nak kata aku penggemar, tapi tu jugak la port kalau nak lepak-lepak dengan member ke atau sendirian. Aku pun tak tau kenapa restoern macam ni jugak jadi pilihan aku. Nak kata makanan sedap? Standard la makan mapley... kuah kari dia pun agak2 nyer sejak restoren tu bukak dah ada... topup je hari2.. Nak kata chill, pun tak jugak, crowded je... So, aku menjangkakan maybe sebab trend..


Trend yang ntah daripada mana wujud. Aku ada pergi breakfast kat restoren melayu tempoh hari. Dan kemungkinan aku dah lama tak jejak restoren macam ni, aku agak terkejut sebab secawan teh ais mereka lagi murah daripada mapley. Sedap pun sedap. Tapi yet, restoren dia tidak lah semeriah restoren mapley yang rata-rata penuh dengan customer untuk menikmati roti canai. Restoren melayu pun ada roti canai yang sedap. Murah pun murah. Tapi kenapa juga ye orang ramai nak makan di mapley yang juga hidangkan makanan melayu macam nasi lemak untuk breakfast?

Mungkin mentaliti kita rasa seakan "grand" kalau makan selain restoren melayu kot. Terasa trendy. Nak diikutkan restoren melayu ni pun best jugak and if dapat sambutan, ia akan menjadi restoren yang hebat. Cuma sekarang sambutan tu yang mereka tidak dapat daripada pengguna atau pelanggan.

Aku suka makan di restoren melayu jugak. Of course la kan, kalau masakan melayu, surely la tangan melayu jugak yang sedap. Tapi terdapat beberapa kekurangan yang aku nampak.


1. Layanan restoren melayu ni lebih agresif daripada mamak kat mapley. Kalau kat mapley, diorang betul-betul tunduk pada pelanggan. Tapi kalau restoren melayu, nak tengok senyuman pun susah. Macam kita pulak yang terpaksa makan kat restoren mereka.

2. Restoren mapley, open 24jam. Seronok orang nak lepak lama-lama tengok bola ke, atau have midnight food ke tapi restoren melayu ni, kadang-kadang ada jugak pukul 5 petang baru nak bukak. Kalau yang pagi pulak sampai pukul 5 petang pulak tutup. Takde lagi yang 24jam lagi.

3. Menu kat restoren mapley lebih banyak daripada menu yang terdapat di restoren melayu. Kat mapley, kita kadang-kadang boleh order makanan melayu, cina even western dalam satu menu. Kalau dengan kedai melayu, kena pergi beberapa buah restoren untuk nikmati masakan yang berbeza.

Aku rasa itu je kot pada pandangan aku. Bukan aku nak condamn kan restoren melayu dengan bercakap macam ni. Ada jugak restoren melayu yang cool dan sedap-sedap belaka. Tapi aku nak ubah perspektif orang lain tentang restoren anak bangsa sendiri dan untuk peniaga-peniaga melayu jugak ambil tau apa kekurangan yang mereka ada. Dan kalau boleh nak jugak merasa lepak kat kedai melayu sampai pukul 4-5 pagi. Baru syok wooo.... And lagi banyak pelanggan, makin bertambah la ekonomi orang melayu kan?

p/s: Mapley takde ikan bakar je yang best... hahaha!
Post a Comment

Let's Interact!

me>