30 December 2012

New Year is Coming


Well, as we all know that new year is just around the corner. Time macam ni la yang ramai di antara kita (termasuk aku), tiba-tiba terasa nak merenung ke belakang sebentar untuk tengok perjalanan yang ditempuhi sepanjang tahun keramat 2012 ni. Ingin tengok pencapaian yang telah dibuat, dan samaada berjaya peroleh atau lunaskan azam tahun lepas.

Bagi aku, tahun ni penuh dengan suka duka yang mewarnai hidup aku. Beri efek yang besar dalam diri aku dan sikit sebanyak merubah diri aku menjadi aku yang sebenar-benarnya kini. Dan beri nafas yang baru dalam hidup aku dalam peningkatan daripada seorang remaja menjadi dewasa.

Tahun 2012 dalam hidup aku tidaklah bermula dengan penuh warna-warni seperti orang-orang lain.. Malah tidak keterlaluan jika aku mengatakan ia bermula dengan kesedihan. Saat orang ramai meraikan kehadiran tahun 2012 dengan kegembiraan, perasaan aku dan keluarga aku masih bersedih dengan pemergian ibu mertuaku pada bulan Desember2011, nak-nak pulak tepat-tepat 4 hari selepas ulangtahun pemergian arwah papa aku yang kedua. Kehilangan kedua-duanya sangat dirasai.


Tibanya akhir bulan Mac, hidup aku bertukar sepenuhnya apabila sah menjadi suami kepada isteri aku yang tercinta. Dari seorang bujang yang tanpa hala tuju hidupnya, menjadi seorang suami yang mempunyai tanggungjawab dan impian yang ingin dikecapi. Pertengahan tahun ini dipenuhi dengan keliburan bersama isteri. Antara tempat yang kami jejaki adalah Pulau Gemia, Cameron Highland, Kuala Selangor dan juga Cherating.

Ia berkesinambungan dalam tahun ini terhadap kesedihan keluarga aku lagi. Hari Raya Aidilfitri tak dapat disambut dengan meriah seperti selalunya. Dalam bulan Ramadhan, nenek ku meninggalkan kami sekeluarga dijemput Illahi dengan berkat rahmatnya. Dan tidak cukup dengan itu, sepupu aku juga dipanggil oleh-Nya pada malam raya. Keberkatan bulan-bulan mulia pastinya dilimpahi terhadap mereka. Tapi kami sekeluarga, hati terasa sayu menyambut hari lebaran tanpa mereka.

Tahun ini juga merupakan tahun di mana channel The Kufazuke Show ini berdiri. Walaupun berjalan bertatih, namun Alhamdulillah ada progresif dalam perjalanannya. Dari satu blog yang tidak dikenali dan sunyi sepi ibarat bertemankan cengkerik, kini ia mendapat tempat dikalangan pembaca. Malah ramai juga yang mengikuti melalui fan page The Kufazuke Show di Facebook. Inshalllah, tahun 2013 nanti, channel ini akan makin berkembang.


Dalam melebarkan dan mengukuhkan kaki channel ini di persada ruangan maya, aku bertemu dengan dua rakan yang baru dan seterusnya menjadi antara kawan baik aku kini iaitu, Kulatt dan Syakiella dalam menaikkan dan menjayakan karya Kulatt iaitu COOLfm. Dengan berkisarkan tentang satu keazaman membawa erti lain dalam sebuah maksud penyampaian, COOLfm kini menjadi tarikan para celebriti yang juga menyokong niat murni warga staff COOLfm dalam menjayakan misi berteraskan kesenian yang bergabung. Pastinya tahun 2013 akan mewarnainya dengan lebih gemilang.

Dikesempatan berkawan bersama mereka juga menjurus aku mengenali dengan produk yang menjadi perniagaan sampingan aku kini iaitu Kristall Liquid Screen Protector yang Alhamdulillah, laris di pasaran. Terdapat juga page yang aku sediakan iaitu Kedai Gadget Kufazrina bagi menjadi "one stop" information center bagi para pelanggan yang ingin mendapatkan produk daripada Jepun ini daripada kami. Dan hasil daripada perniagaan ini, ia membantu jua keluarga aku dalam ekonomi kami. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.



Pada tahun 2012 juga menjadi satu titik di mana bagi aku seluruh dunia di troll oleh media yang mengatakan dunia akan kiamat pada 21 Disember 2012 yang membuat kebanyakkan masyarakat dunia berputus asa dengan kehidupan dan mempercayai sesuatu yang tahyul. Bagi aku semua itu karut. Kita masih lagi berpeluang untuk menghirup udara yang segar serta memandang jauh ke masa depan.

Ye, itu yang akan aku lakukan. Aku percayai semuanya akan berubah. Dan polar positif dan negatif sesuatu perubahan itu terletak di tapak tangan kita sendiri. Jadi, aku ingin menjadikan tahun 2013 sebagai satu tahun yang sangat bermakna bagi aku dan kepada orang-orang tersayang aku. Melihat pada masa-masa lalu menyedarkan aku bahawa aku masih lagi kerdil dan pastinya terdapat gunung-ganang yang harus aku daki lagi. So, Inshallah.

Aku akan memandang tahun depan ini sebagai satu permulaan kepada hidup aku yang semakin rancak ini. Dan aku juga berdoa agar korang juga akan mendapat rahmat serta mencapai azam dan cita-cita anda sekalian.

Selamat menyambut tahun baru 2013!!


- Kufazuke (admin)

p/s: Perjalanan masih jauh.


28 December 2012

Kufaz - Sunlight House

Ini merupakan salah satu lagu yang aku compose bila time aku tengah bosan. atau sambil makan kuaci. Hehe. Well, maybe lepas ni ada satu lagu lagi yang aku akan siapkan tapi korang dengar yang ini dulu ok. And yes, have a nice day!





Title: Sunlight House (I Wonder)
Lagu: Kufazuke
Lirik: Kufazuke


Lirik:
Honey don't you know I want you?
You're the only thing that really inside my heart.
I don't need anyone else.
B'cause I know that you're the one for me.
B'cause you're the one for me.

Reach your hands and touch me.
And I'll bring you to the pretty sunlight house.
There we can share our dreams.
The wildest dream that you never had before.
You never had before

I wonder, wondered how it feel.
Without you I feeling truly lost.
I really want you to know.
My love inside. My love inside.


Mon amour ne vous connais pas je te veux?
Tu es la seule chose qui a vraiment dans mon cœur.
Je n'ai besoin de personne d'autre.
Parce que je sais que tu es la seule pour moi.
Parce que tu es la seule pour moi.
Atteignez vos mains et me toucher.
Et je vais vous ramener à la maison la lumière du soleil jolie.
Là, nous pouvons partager nos rêves.
Le rêve le plus fou que vous n'avez jamais eu auparavant.


I wonder, wondered how it feel.
Without you I feeling truly lost.
I really want you to know.
My love inside. My love inside.


p/s: Sorry for the broken French.. Oh, my French!


26 December 2012

Badminton Time With Families


Ye.. setelah sekian lamanya badan aku tidak bergerak, Sabtu lepas, ia secara tiba-tiba dikerah. Actually aku ni jenis bersukan. Tapi tu dulu-dulu la. Sekarang ni, ntah la. Dah banyak berehat kot badan aku ni sampai lemak pun dah naik, otot-otot pun dah start kendur dan stamina sangat-sangat low.

So, aku dan keluarga aku set bermain badminton di JJB Court, Jalan Genting Klang. 4 pasangan suami isteri bermain bagi mengerahkan peluh yang sudah lama tidak dikeluarkan. Seriusly aku rasa sangat berat dan tidak lincah seperti dulu. First game, aku beregu dengan isteri aku. Kami lawan pasangan-pasangan yang lain tu kecuali pasangan abang ipar aku tu. Dia regu dengan biras aku sebab isteri dia di'side line' kan ketika itu. Bayangkan lah kan, even game tu, jantung aku dah degup kencang macam baru lari sprint 100m. Tu baru badminton, tak tau la kalau tenis. Ntah-ntah muntah nanti. Lepas tu ada regu antara suami-suami pulak. Semua nak kalahkan abang ipar aku yang sorang tu. Hehe. Dia pandai main dan smash dia kuat. Kalah aku. Tu lah yang membezakan antara orang biasa main badminton dan yang jarang-jarang sekali main.

Tapi takpe, aku dah tau cara permainan dia. Game lepas ni memang aku rasa aku boleh baca dah. Haha. And ye, pastikan ye kepada korang semua (nasihat kepada diri aku jugak), kalau nak bersukan, pastikan cukup warm up dulu. Seriusly. Ia bagi mengelakkan injury dan juga tidak terlalu menyakitkan korang hari-hari yang berikutnya. Hehe.

p/s: Hampir seluruh bahagian bawah badan aku sengal-sengal keesokkannya. Macam budak baru nak bersukan. Haha!





Resipi: Mi Cintan Style Udang Pesona


Hahaha. Nama yang pelik? Yup. Saja je letak nama masakan ni macam tu sebab bila korang try nanti, pastinya korang akan layan gila-gila. Betul aku tak tipu. Huhu. Makanan ni sangat sesuai untuk orang bujang yang nak berjimat tapi nak makan ala grand, dan juga bagi orang yang dah berkeluarga yang tiba-tiba terasa rindu nak makan stail bujang-bujang dulu. Apa-apa pun, aku harap korang mencuba dan semoga berbahagia dengan makanan ini.

Cintan Style Udang Pesona

Bahan-bahan:
1. Bawang merah + putih (hiris)
2. Cintan perisa asli (2 paket)
3. Telur ayam sebiji
4. Udang (ikut suka hati kuantiti)
5. Air satu mangkuk (ikut kuah)

Cara masakan:
1. Tumis bawang merah dan putih tadi sehingga naik bau.
2. Masukkan air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan mi cintan tadi dan biarkan ia rebus seketika.
4. Kemudian masukkan perencah Cintan dan kacau sehingga sebati.
5. Perlahankan api dan masukkan udang-udang tadi.
6. Gaul dalam seminit, kemudian angkat ke dalam mangkuk.
7. Goreng telur mata dan letak di atas mee itu.
8. Enjoy!!

note: Jangan gaul lama sangat.. takut nanti udang-udang tu mengecut nanti.

See.. mudahkan? Kadang kala makanan yang sedap tidak semestinya susah dibuat malah kadang-kadang ia lebih sedap berbanding masakan-masakan yang complicated dan sukar. Yeah, semoga korang semua mencuba dan terus ikuti channel ini untuk resipi-resipi yang lain pula akan datang. Yooshhh!!

p/s: Ye.. aku tau.. kecur air liur tengok kan? Haha.



The Kufazuke Show Top Movie Picks of 2012!

2012 hampir melabuhkan tirainya tak lama lagi. And as a movie lover, aku banyak jugak tengok movie di wayang dan juga menerusi DVD cetak rompak. Haha. Aku jujur je beb. Tak nak jadik hipokrit.
So, dalam banyak-banyak movie yang aku tengok dalam tahun ni, bleh dikatakan banyak juga nak aku pilih, tapi aku pick yang paling top untuk ditonton mengikut genre masing-masing. Aku harap adanya lagi cerita-cerita macam ni pada masa akan datang.


note: Sila klik pada nama movie untuk dapatkan info, sinopsis dan juga trailer.



Horror / Action:

1. The Dark Knight Rises.
2. Resident Evil: Retribution.
3. Sam
4. God Bless America
5. Looper.
6. In Time.
7. The Avengers.
8. Ghost Rider: Spirit Of Vengeance.
9. Wrath Of The Titans.
10. Journey 2: The Mysterious Island.





Romantic / Comedy:

1. That's My Boy.
2. This Means War.
3. Ted.
4. Adnan Sempit 2.
5. Untuk Tiga Hari.


(Hehe. Sorry. Aku cuma boleh listkan 5 je movie untuk genre romantik dan comedy. Takde idea sangat nak listkan. Huhu.)

Aku tengok, banyak movie-movie baru akan keluar tahun depan dan ia semua tampak sangat best serta boombastic. Antara movie yang aku tunggu-tunggu adalah "The Man Of Steel". Mesti best punya. Director Trilogy Batman, Christopher Nolan akan jadi producer untuk filem Superman pulak. Wow!

p/s: Bagi peminat Twillight, sorry filem tu tak tersenarai... huhu... And probably, korang mesti suka filem "Warm Bodies" yang akan keluar tahun depan jugak. Hihi.

21 December 2012

Meramas Payudara Boleh Mencegah Kanser


Selamat 21 Disember 2012 wahai pembaca sekalian. Siapa yang percaya bahawa hari ni kiamat, dia bangang.

Ok, apa kata hari ni kita kick start hari yang cukup indah ini dengan sebuah informasi yang aku jumpa di internet. Ye, aku tau ramai gila lelaki akan suka info ini. So, betul ke meramas payudara boleh mencegah kanser?

Sebuah kajian yang dijalankan oleh beberapa orang saintis di Universiti of Carlifornia di Berkerly, Amerika Syarikat memberi konklusi begitu terhadap kajian mereka. Gautham Venugopalan, ketua kumpulan pengkaji tersebut berkata,

"People have known for centuries that physical force can influence our bodies. When we lift weights our muscles get bigger. The force of gravity is essential to keeping our bones strong. Here we show that physical force can play a role in the growth - and reversion - of cancer cells."


Hasil daripada kajian mereka dibentangkan di perjumpaan American Society for Cell Biology, San Francisco. Dalam kajian tersebut, para penyelidik itu telah meningkatkan sel-sel epitelium malignan payudara di dalam gel yang disuntik ke dalam sebuah tabung silikon.

Apabila mereka apply pressure terhadap sel tersebut semasa peringkat awal pengembangan, mereka dapati sel-sel malignan itu berkembang dengan lebih normal dari semasa ke semasa. Sel itu juga akan berhenti berkembang apabila tisu payudara telah terbentuk dan pressure tidak dikenakan.

Bagi sel-sel malignan yang tidak di apply pressure pula, ia tampak berkembang dalam keadaan tidak terkawal yang boleh menjurus kepada kanser. Sehubungan itu, Gautham berkata,

"Malignant cells have not completely forgotten how to be healthy; they just need the right cues to guide them back to a healthy growth pattern"

Sumber: GMA News.

So, kepada para suami di luar sana (termasuk aku), sayangilah isteri anda ye. Kita harus cuba sedaya upaya dalam menjaga diri mereka. Permaisuri kita kan? So, kita patut tolong mereka dalam mencegah kanser payudara ni. Kepada yang belum berkahwin, sila nganga je ok. Nak tolong pasangan anda, sila nikah dulu.

p/s: The best study ever! 


20 December 2012

Ghost Prank: Brazil Version

Aku ada post video daripada youtube ni di fan page The Kufazuke Show dan aku post jugak di entry ni. Memang gila, kalau terjadi pada aku, memang aku pun boleh pengsan beb. Hahaha. Tak tau la korang macam mana pulak kan.

Program jenaka ni adalah dari Brazil dan tujuannya semata-mata nak tengok reaksi orang biasa dalam ketakutan. Memang diorang terkena beb. Haha. Enjoy!!


Video:

p/s: Pastikan korang masuk lif berteman kali ni. Haha.





Cerpen Klasik Kufazuke : Pokok Mangga Yang Setia


Hm... sambil-sambil aku belek blog lama aku, aku cuba baca balik satu persatu cerpen yang aku hasilkan dulu. Teringat pada masa awal pembabitan aku dalam dunia bloggers ni dan terasa sangat seronok dapat menulis. Perhaps pada masa tu, idea aku melimpah ruah sampai aku rasa ketagih untuk menulis. Ye, aku akui ia tidaklah sehebat penulis-penulis yang lain yang telah hasilkan novel-novel best seller, tapi sikit sebanyak melaluinya aku berasa puas.

Agak lama juga aku tak menulis cerpen lagi. Teringin nak menulis balik tapi tiada idea. Maybe aku kena start membaca novel balik la supaya writers block aku yang menebal ni boleh diruntuhkan balik. Tapi apa-apa pun, aku harap korang enjoy dengan one of cerpen lama aku ni. Selamat membaca.


petikan dari : Ceritera Hikayat Dongengan dan Realiti.


.::Pokok Mangga yang setia::.



karya asal: Kufazuke

Hujan gerimis mendinginkan suasana
petang yang sudah 3 jam dihangatkan oleh sinaran mentari yang terik. Kereta
Proton Wajaku berwarna hijau gelap laju menyusuri jalan bengkang-bengkok Bukit
Persekutuan Kuala Lumpur. Tibalah keretaku itu ke satu rumah yang usang dan
buruk. Barangkali sudah 5 tahun aku tidak ke sini. Betapa hatiku ini amat
merindui rumah lamaku itu. Rumah yang menyaksikan aku membesar selama 10 tahun
sebelum aku berpindah ke Sepang. Motif aku ke mari hanyalah untuk melihat
samaada terdapat lagi surat-surat penting yang dihantar ke alamat lamaku. Akan
tetapi, perkara yang boleh diselesaikan 30 minit menjadi 2 jam apabila mataku
ini terlihat satu pokok yang aku amat kenali sejak sekian lamanya…. Pokok
mangga. Indah berdiri di laman rumah buruk itu.

Aku amat-amat merindui pokok itu.
Malah aku sayang sangat terhadap pokok itu. Terdapat sejarah antara aku dan
pokok yang berbuah manis itu. Teringat aku peristiwa 7 tahun lepas bagaikan
baru semalam ia berlaku.

“Mama nak pergi kedai bunga ni.. nak penuhkan laman… abang
nak beli aper2 ke?”, persoalan ibuku yang memulakan semua ini.

“Abang nak benih pokok mangga… nak tanam sendiri”, gurauku
terhadap ajak2 ayam ibuku itu.

Selang beberapa jam kemudian pulanglah kedua orang tuaku
membawa pelbagai pokok2 bunga dan juga benih pokok manggaku itu.

“isk.. abang gurau je la… abang maner pernah tanam2 pokok
ni”

“Mama tau la… mama saje je beli nak suruh abang berbudi pada
tanah sket”

Sumpah, seumur hidupku selama 16 tahun itu, itulah kali
pertama aku menanam sesuatu yang bersifat tumbuhan. Aku pun mula buka buku
Kemahiran Hidup Tingkatan 3 adikku utk mengulangkaji kembali cara2 hendak
menanam pokok. Lantas pada ptg itu juga, aku berjaya menanam pokok pertamaku
itu. Dalam hatiku berketawa sinis..

“Huh… macam la boleh tumbuh…”
Tak ku sangka.. dalam berberapa minggu, benih itu mula
menampakkan tunas nya. Hatiku bukan main kepalang dengan perasaan yang
bercampur baur. Gembira, hairan dan tidak melampau jikaku katakan sayang. Aku
jaga pokok itu sehingga usianya barangkali kanak2 di dunia tumbuhan.

Sehinggalah tiba waktu aku sekeluarga bersiap hendak pindah
ke kediaman baruku di salah satu bahagian daerah Selangor itu.

“Abang taknak ke bawak sekali pokok mangga abang tu? Akar
dia masih lembut lagi… boleh lagi kalau nak berpindah ni..”

“Isk.. mama ni.. abang sayang sangat pokok ni.. kalau abang
cabut balik.. mati la dia…”

“Kang abang rindu2 lak kang….”
“………”

Seraya itu, kami sekeluarga berpindah tanpa meninggalkan
apa2 dibelakang… kecuali beberapa perabot usang dan juga pokok mangga
kesayanganku.

Tiit tiit!! Telefon mudah alih Sony Ericsson W910i yang dilengkapi dengan HSDPA serta setting 3G-ku berbunyi menandakan terdapat satu Khidmat Pesanan Ringkas masuk.
“Ada x surat tuk mama or papa? Balik cepat tau…”
Aku matikan pemain video masa lampau di dalam
kepalaku ini. Aku keluar daripada keretaku. Aku rapati pokok kesayanganku itu.
Pokok itu masih lagi cantik… lebih cantik keadaannya berbanding 5 tahun dahulu.
Dahannya besar dan kuat. Pokok itu membuahkan mangga2 yang cantik dan enak
dipandang. Aku petik buah2 itu sehingga cukup dua plastik besar. Aku cuba sebiji.

“ Sayang, walaupun aku dah tinggalkan kau sejak sekian
lamanya… Kau tetap hasilkan buah2 yang sedap untuk aku… Aku kagum dengan
kesetiaan kau ”, hatiku berbisik seakan benar2 berkomunikasi
bersama tumbuhan itu.

Andai kata aku ikut apa yang ibuku suruh dahulu, pastinya
pokok mangga itu masih subur dan lebih dekat bersama di kediaman baruku itu.
Kini, segalanya sudah terlambat. Sejauh mana pun aku menyayangi pokok itu,
sejauh mana aku inginkan buah2nya yang enak lagi manis itu. Aku tidak dapat
membawanya pulang kepadaku. Akar2nya sudah cukup kuat mencengkam tanah. Ku
dapati semut2 merah bersarang di atas pokok itu. Mungkin merekalah yang
menjaganya selama ini.

Bolehkah semut2 ini menjaga kesayanganku ini? Sampai ajalnya
tumbuhan itu? Aku noktahi segala persoalan itu di atas tangan Tuhan. Dia lah yang
Maha Mengetahui Segalanya.

Aku masuk kembali ke dalam keretaku. Hidupkan enjin dan
terus meninggalkan rumah usang bersama pokok mangga kesayanganku
itu….sekali lagi.


moral: dalam hidup ini.. kita perlu membuat keputusan… buatlah dengan tepat sekali.. jgn menyesali nnti…


p/s: So, how was it? hehe.




19 December 2012

End Of World 21-Dec-2012 : Things To Know


Hahaha.. kalau korang jenis yang taksub dengan ramalan orang Mayan yang predict dunia ni akan kiamat pada 21 Disember 2012 yakni lusa ni je, well, better jangan. Come on la guys, takkan media dapat meracuni fikiran korang sebegitu rupa? Kita dilarang sekali percaya pada ramalan. Ia akan menimbulkan taksub dan jika melarutan dalam minda, mampu buat korang sikit sebanyak terpesong akidah. Lebih teruk, takut korang boleh syirik. Ok la, jom aku share apa aku dapat daripada melayari dunia maya ni. Semoga korang tenang hendaknya.



Umat Islam tak boleh percaya ramalan, perlu ganda amalan

Kuala Lumpur: Umat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada Jumaat, namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah.
Katanya, hanya Allah SWT saja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-Nya.

Namun, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat ataupun hari pembalasan, tetapi tidak perlu meramalkan bila ia akan berlaku.

Tanda kiamat sudah dinyatakan buat persiapan

“Tanda-tanda kiamat yang besar dan kecil sudah dinyatakan sebagai persiapan untuk manusia menghadapinya. Kiamat ada dua iaitu kiamat kecil dan kiamat besar, kiamat kecil yakni kematian. Setiap manusia akan menghadapinya.

“Mengapa kita sibuk meramal tarikh kiamat, sepatutnya kita perlu sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kiamat kerana ia bakal terjadi.
“Ia adalah perkara ghaib yang mana hanya Allah SWT saja mengetahuinya. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas polemik mengenai hari kiamat, yang mengikut Kalendar Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21 Disember ini.

Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat di negara ini termasuk umat Islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi hari terakhir itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan.

Mohamad Shukri berkata, jika umat Islam mempercayai ramalan kiamat, bermakna mereka mencampuri urusan Allah SWT.

“Usahlah kita meramalkan bila kiamat akan berlaku sebaliknya menggandakan lagi amal ibadat bagi menghadapi kiamat,” katanya.


p/s: Jangan cepat terpengaruh.





Masjid Untuk Golongan Homoseksual?


Aku baru je baca satu artikel daripada Blog Mazeer yang membuatkan aku pelik dan hairan terhadap kesan elaborasi masyarakat terhadap kaum yang dibelitkan dengan agama supaya mendapat keselesaan sendiri.

Ok, for the record, aku bukan seorang homophobic yang anti terhadap kaum homoseksual kerana bagi aku mereka bukan untuk ditentang. Tapi dibimbing dalam mengatasi kekhilafan mereka. Allah tidak kejam dengan mencipta golongan-golongan sebegini dan aku percaya Dia mempunyai agendanya tersendiri. Kalau tak, Dia tiada sebab mencipta mereka pun.


So, this is the artikel:



MASJID KHAS UNTUK GOLONGAN GAY AKAN DIBUKA | Sebuah masjid khas untuk kaum gay atau homoseksual akan dibuka di Perancis bagi memudahkan golongan ini beribadah di masjid.

Pengasas masjid ini bahkan berharap akan dapat melangsungkan pernikahan sesama jenis di masjid tersebut.

Pengasasnya, seorang lelaki bernama Mohammed Ludovic Lutfi Zahed yang berasal dari Algeria, namun sudah lama tinggal di Perancis berhasrat untuk mendirikan masjid tersebut sebelum hujung tahun ini. 

Zahed mengakui dirinya sebagai lelaki homoseksual.

Lokasi masjid ini berada di dalam kompleks biara Buddha tempatan. Tujuan Zahed membuka masjid khas kaum gay ini sebagai alternatif masjid konvensional, yang seringkali menjadi tempat ibadah dengan suasana yang dikatakan penuh intimidasi bagi lelaki gay.

“Di dalam masjid biasa, wanita perlu duduk di belakang dan mengenakan penghadang dan lelaki gay takut akan serangan lisan mahupun fizikal,” tutur Zahed kepada akhbar Turki, Daily Hurriyet dan diterbitkan oleh International Business Times.

“Setelah melaksanakan ibadah Haji, saya menyedari bahawa masjid bagi kaum gay merupakan suatu yang diperlukan bagi kaum muslim yang gay, yang ingin melakukan solat,” tambah lelaki yang telah pun berkahwin dengan pasangan gaynya, iaitu Qiyam al-Din yang berasal dari Afrika Selatan.

Zahed juga menceritakan serba sedikit pengalaman hidupnya kepada wartawan Daily Hurriyet . Zahed mengakui pada mulanya dia sengaja menekan perasaan homoseksualnya kerana Islam.

“Ketika saya berusia 12 tahun, saya mulai mempelajari Islam dan melakukan solat. Pertama, saya sangat terkesan oleh Salafist di Algeria, tetapi kemudian saya menjauhi mereka kerana serangan ganas yang mereka lakukan. 

Setelah malam pertama saya dengan lelaki, saya menyedari bahawa saya homoseksual. Saya menyedari bahawa saya menekan perasaan saya sendiri dengan bantuan Islam,” terangnya.

Zahed menambah, dalam masjid khas untuk kaum gay ini, baik wanita mahupun lelaki dibenarkan untuk solat bersama tanpa adanya pemisahan tempat.

Ketika ditanya apakah perkahwinan sejenis akan dilangsungkan di masjid itu, Zahed menjawab: “Kami akan mulai dengan solat-solat Jumat, namun kami akan menganjurkan majlis pernikahan setelah itu.”





Ye, aku tau. Di sinilah masanya anda semua akan berkata "WTF"? Dan aku akui, aku juga secara spontan bereaksi begitu tadi. So, chill.

Bagi aku, untuk diterima masyarakat, separation bukanlah satu langkah yang bijak. Crowd should be mix. Jemaah perlu disamakan dalam satu saf. Yang membezakan adalah jantina antara lelaki dan wanita.  Haram tetap haram. Mereka melakukan ini adalah kerana tidak tahan dengan serangan phycology yang dilontarkan oleh golongan homophobic yang cepat betul jatuhkan "laknat" terhadap diri mereka tanpa menghayati keperitan sebenar yang mereka rasa.

Bila sudah separate, mereka tend untuk mengubah hukum-hakam yang telah dilanjurkan dalam agama untuk keselesaan mereka. Dan ini akan mengakibatkan penyesongan akhlak kerana landasan agama itu sendiri telah dilenturkan. Bayangkan lah mereka ingin menghalalkan perkahwinan sejenis yang secara terang-terangan haram dan menjadi kemurkaan Tuhan. Bahkan mereka juga ingin menjadikan satu saf itu bercampur antara lelaki dan wanita. So, adakah mereka juga akan mencipta satu lagi mazhab sendiri?

Jadi, pada pendapat aku, masyarakat sekeliling harus mainkan peranan dalam menerima golongan seperti ini dan melayani mereka seperti orang normal. Bukan alien yang dipandang berdosa walhal bukan salah mereka pun dilahirkan begitu. Jangan asingkan mereka dan jangan berdiskriminasi. Kita harus membimbing mereka dan mereka juga harus menyesuaikan diri dan harmoni bersama ajaran-ajaran agama yang sewajarnya.

p/s: Hm... Nanti kalau aku pergi France, takkan kena tengok masjid mana boleh solat dan mana tak kot?



18 December 2012

Scramble: Selerakkan Nama Anda!!


Sejak kebelakangan ni, aku begitu kerap main game Scramble for Friends di smartphone aku. Bukan sahaja ia menyeronokkan, tapi ia juga menyedarkan aku betapa dalam benak otak aku, masih banyak vocabulary yang harus aku isi. Aku ingat dah cukup dah, rupanya sangat-sangat jauh lagi. Hehehe. Setiap hari aku main. Aku main dengan wife aku, aunty aku dan rakan-rakan Facebook aku. Dan jika korang nak challenge aku pun boleh jugak. Just search je username aku iaitu kufazuke.

So, aku terfikirlah seketika jika lah nama aku di scramble kan, apa perkataan-perkataan yang boleh dibuat ye? Dan perkataan apa yang paling kuat yang boleh dihasilkan. So, aku pun try la selerakkan nama aku dan tiba-tiba je aku rasa seronok. Hahaha. Berikut adalah perkataan-perkataan yang aku boleh buat gunakan huruf-huruf yang terdapat dalam nama aku dan beserta maksudnya sekali. Ia valid ye untuk permainan Sahibba dan Words. Dan aku juga sertakan maksudnya direct copy paste dari dictionary.com



Letters: K U F A Z R I E S Y A H


1. FREAKISH (length: 8)

adjective
1. queer; odd; unusual; grotesque: a freakish appearance.
2. whimsical; capricious: freakish behavior.
Origin: 
1645–55; freak
1  + -ish1






2. FUSARIA (length: 7)

noun, plural fu·sar·i·a  
any fungus of the genus Fusarium,  occurring primarily in temperate regions and causing a variety ofdiseases in plants and animals, producing in humans a loss of fingernails and sometimes blindness.

Origin: 
 < Neo-Latin  (1832), equivalent to Latin 
fūs us ) spindle + -ārium 
-ary



3. FRAISE (length: 6)

noun
Fortification . a defense consisting of pointed stakes projecting from the ramparts in a horizontal oran inclined position.

a ruff worn around the neck in the 16th century.

a woman's embroidered scarf worn with ends crossed on the chest and pinned with a brooch or thelike, popular in the early 19th century.

Horology . a cutting tool for correcting inaccuracies in the teeth of a timepiece wheel.

Origin: 
1765–75;  < French,  derivative of 
fraiser  to frizzle, curl < Provençal frezar   Germanic;  compare OldEnglish frīs 
 curled


4. AZURES (length: 6)

adjective
Of or having a light, purplish shade of blue, like that of a clear and unclouded sky.
Heraldry. of the tincture or color blue.

noun
3. the blue of a clear or unclouded sky.
4. a light, purplish blue.
5. Heraldry. the tincture or color blue.
6. the clear, cloudless sky.



5. FURZES (length: 6)

noun
Also called, especially British, whin.

Origin: 
before 1000; Middle English 
furse, firse, Old English fyr s;  akin to Russian pyréĭ  couch grass, Greekpȳrós  wheat, Lithuanian dialect pūraĩ  winter wheat



Haa... sekarang apa kata korang pulak try. Tengok perkataan apa paling power korang boleh buat. Hehehe. Dan please, jom join aku main game-game dari Zynga iaitu Words with Friends, Scramble with Friends dan Hanging with Friends.

p/s: Ada bran, carik aku "kufazuke".


















Double Apple Slym: Mari Kurus!!


Aku sewaktu muda dulu merupakan salah seorang yang aktif dan outgoing. Memang serius beb. Badan aku kurus berotot dan stamina agak tinggi. Biasalah kan student. Petang-petang main bola. Malam-malam ada masa je futsal pulak. Tu blom lagi dikira pergi gym, badminton dan aktviti-aktiviti outdoor yang lain. Berat aku memang 70kg je range dia. Tu paling max. Dan ye, masa tu aku rasa yang aku ni memang jenis ringan. Tak boleh nak naik dah lepas tu.

Tapi itu sekadar ramalan.....

Selepas tamat pengajian, aku start bekerja di Celcom dan disitu lah progress badan aku bermula. Badan yang dulu 70kg, sudah mula naik 3-4kg. Mana tak nya, masa tu kerja stress gila-gila. Aku bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan dan tak banyak masa untuk beriadah. Otot-otot yang keras dulu semakin kendur dan berlemak. Aku mulai membulat. Sampai aku lihat diri aku di cermin, aku sendiri yang bertanya ,"siapa dia ni?". Dan kini, setelah beberapa tahun berlalu, pelbagai jenis kerja aku buat, dan sudah berkahwin, berat last yang aku rekod adalah 81kg. Aku rasa seandainya aku tidak jaga lagi badan ni, perhaps dalam usia 35 tahun aku bakal mempunyai penyakit kronik seperti penyakit jantung dan sebagainya. So perubahan harus dilakukan.

So, aku start la try tak makan nasi la dan try berdiet dengan kurangkan makan daging dan sebagainya. Tapi, aku tak rasa yang aku boleh bertahan lama dalam badan aku, aku perlukan nasi dan lauk pauk yang sedap-sedap belaka!


Sehinggalah aku diperkenalkan kepada Double Apple Slym oleh member aku Syakiella Lee. Ia sejenis minuman yang melawaskan makanan dalam perut serta membuang toksik-toksik yang tidak patut. Dan ye, side effect dia, aku kerap ke toilet membuang toksik-toksik dan kalori-kalori yang tidak diperlukan. Mula-mula memang perit sebab sakit perut je kan tapi kesan dia baik. Aku rasa lebih segar dan berat aku pun menurun. Setelah beberapa hari amalkan Double Apple Slym ni, perut aku dah harmoni dengan cecair ni.


Aku try seminggu dulu minum, dan dalam seminggu boleh nampak result. Kalau dulu berat aku 81kg, setelah seminggu berat aku 78.7kg! hampir 3kg turun dalam seminggu. So, aku nak teruskan jugak diet ni dan tengok progress dia macam mana.

Korang nak? Hubungi aku. Letak message di fan page The Kufazuke Show di facebook pun boleh.

p/s: Tak sabar nak tengok result sebulan. Hehe.

17 December 2012

Maharaja Lawak Mega: Setelah 5 Minggu


Just like characteristic aku, siri-siri komedi memberi impak yang besar terhadap diri aku yang kadang-kala boleh menjadi pemangkin dalam mood seharian hidup aku ni. Aku suka jika suatu hari dimulakan dengan kegembiraan, aku pasti sepanjang hari pun akan dirasai kegembiraan itu. Menerusi Maharaja Lawak Mega yang sedang berlangsung di Astro Warna kini, aku cuba lihat bagaimana lawak-lawak yang boleh diterima pakai oleh orang-orang kita kini.

Siri Maharaja Lawak yang sedang ditayangkan sudah pun masuk ke minggu yang kelima. Dan 3 kumpulan sudah pun disingkirkan. So, apa yang menyebabkan mereka disingkirkan tatkala yang lain masih lagi selamat atas undian penyokong? Yang tersingkir itu bukan yang calang-calang pelawak pulak tu. Malah pernah digambarkan sebagai legend dalam arena industri hiburan tanahair. Kumpulan Da Di Du, PiMai dan Balas tidak mampu meneruskan saingan Maharaja Lawak Mega itu.

Da Di Du

Bila tengok balik la kan, aku dapati bahawa komedi juga mempunyai satu level matang dan lusuh mengikut zaman. Dulu, aku pernah ketawa bila AR Badul dan rakan-rakan buat lawak dalam filem-filem serta drama komedi ke tahun 90an dulu. Sama juga dengan siri Pi Mai Pi Mai Tang Tu yang mendapat sambutan hangat sehingga orang gelarkan sebagai komedi keluarga yang sangat efisyen.

Diatas pentas juga lawak-lawak serta komedi "oldschool" sedemikian dipraktikkan oleh Da Di Du dan PiMai tetapi gagal meraih undian yang memberangsangkan. Kenapa agaknya? Kemungkinan "X factor" lawak sedemikian sudah basi dan hanya diterima oleh sekumpulan minoriti. Orang kita kini lebih gemar jika suatu komedi itu disertakan dengan ajukan celebriti lain, atau membahan orang lain dalam kiasan. Orang suka bila orang lain diajuk. Ia ibarat serangan tepat tetapi menghiburkan.

PiMai
Balas
Kumpulan Balas bukannya tidak bagus. Tetapi mereka terlalu suka membuat lawak "double meaning" yang menjurus kepada kelucahan. Kalau lawak tersebut di praktikkan pada tahun 90an atau awal millenium, barangkali akan Boom! Tetapi sekarang kita sudah lebih sedekad meninggalkan millenium. Pemikiran matang audience semakin dahagakan lawak professional.

Spoof juga merupakan satu genre komedi yang sangat disukai ramai. Kita boleh lihat bagaimana kumpulan seperti Jozan, Jambu dan Shiro berjaya membawa watak drama atau filem yang sangat baik sehingga orang menyukainya. Lihat sahaja gelagat mereka sewaktu minggu ketiga. Dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega terdapat tema-tema yang boleh dilihat tidak mampu dibawa oleh pelawak-pelawak veteran. Ada sesetengah tema tu boleh lah diorang bawak tetapi kebanyakkan nya merupakan element yang baru dan ia jelas tampak sukar dibawa oleh pelawak "orang lama" ni.

Sabon
So far, "orang lama" yang masih bertahan di pertandingan ini adalah kumpulan Sabon yang dibarisi oleh Sathiya dan Abon. Dan secara jujur aku rasa mereka masih di dalam pertandingan ini adalah kerana orang suka dengan dialect jawa dan "malay tamil" yang di converse oleh mereka. Dan seandainya mereka tidak dapat menyaingi idea-idea kumpulan "muda", aku tak pasti samaada mereka akan terus berentap. So, apa-apa pun buat masa sekarang, aku masih lagi rasa terhibur dengan pelawak-pelawak Maharaja Lawak Mega kali ni. Cuma sekarang aku terasa bila Sepah takde, Jozan ibarat tiada tandingan. Mereka perlukan saingan untuk timbul dengan idea-idea yang lagi kreatif.

p/s: Tahun ni Jozan menang. Confirmlah!

FIFA Club World Cup 2012: Jika aku Rafa Benitez


Aish... Maybe tahun 2012 ni merupakan tahun episod sedih skuad Chelsea agaknya ni. European Super Cup, kalah kepada Athletico Madrid. FIFA CWC pun kalah jugak. Kali ni kepada Corinthians. Termasuk game semalam dah dua kali final Chelsea tewas. Apa nak buat, nasi dah jadi bubur. Nak merangkul piala dunia kelab agaknya kena la tunggu lagi memandangkan Chelsea juga sudah terkeluar dari perebutan Piala Juara-Juara Eropah.

Aku tengok game semalam agak janggal jugak sebenarnya. Jarang dapat tengok pertembungan antara kelab dari Brazil menentang kelab dari EPL. Dan nampak sangat kejutan budaya di situ. Jelas terang dan nyata bahawa game di liga Brazil memerlukan skill dribble dan fizikal yang tinggi. Tanpanya, memang tak jalan la team tu. Tengok je la, macam mana mereka main body contact. Sangat rakus dan padat. Itu yang menyebabkan smooth game menjadi sangat perlahan. Tackle-tackle tinggi sudah pasti la. So, pendapat aku, taktikal Rafa Benitez semalam agak tidak menjadi.

Menyenaraikan David Luiz sebagai DM bagus kerana ia beri satu pertahanan yang unggul di bahagian tengah. Nak pulak beliau juga boleh menjadi playmaker yang agak kreatif. Tetapi gandingan beliau iaitu Ramires bukanlah satu tindakan tepat. Ramires merupakan player ber-characteristic flair pace. Beliau boleh bawa bola dengan laju, dan dribble dengan baik tetapi tidak dari segi ketahanan fizikal. Jelas terbukti dengan saiz badan beliau yang kecil. So, jika aku Rafa Benitez, aku akan gandingkan Luiz dengan Mikel. Dua-dua pun mempunyai badan yang tegap dan boleh menyimpan bola dengan baik. Nak-nak pulak sejak kebelakangan ni, performance Mikel semakin baik.


Oleh sebab pertembungan antara game fizikal yang tinggi, jadi kita boleh lihat betapa "jinak"nya Mata, Hazard dan Torres. Mereka sama juga macam Ramires, tidak mempunyai kekuatan fizikal yang boleh tandingi pemain-pemain Corinthians. So, bila tengok balik, tak ramai player Chelsea yang mempunyai fizikal yang mantap sejak Drogba meninggalkan Chelsea. So, bagaimana nak "neutralise" game yang dibawa Corinthians?

Pada pendapat aku, salah satu cara nak neutralkan game semalam adalah dengan permainan one touch football. Ye, aku yakin dan pasti, ia boleh berjaya. Long ball kena dikurangkan memandangkan player Chelsea tidak mampu tanding di atas udara dengan player Corinthians, so permainan direct pass harus diapplykan.

Let see, pemain Corinthians kebanyakannya mempunyai kekuatan fizikal dan mampu simpan bola dengan baik. Mau nya tak, rata-rata semua menggunakan konsep ala-ala semi Samba. Tetapi, aku tak rasa bahawa mereka mempunyai kelajuan dan kreatif dalam membina permainan. So, andai menyerang mereka dengan menggunakan direct pass dan one touch, ia mampu buat player-player Corinthians mengejar bayangan sahaja. Chelsea bukannya tiada player yang lincah, tapi kerap ditewaskan dengan body contact yang padat. Itu yang membuatkan Chelsea hanya mampu menyerang sahaja tetapi tidak dapat meloloskan ke dalam kawasan Corinthians.


To be fair, Chelsea juga mempunyai peluang-peluang keemasan untuk score, tetapi tidak mampu disempurnakan manakala Corinthians yang punyai beberapa peluang, ambil ia untuk menjadikan gol. Takpe la, game pun sudah habis dan banyak Chelsea boleh belajar daripada final-final yang mereka sudah tewas ini.

Jangan terlalu mendabik dada. Jangan memandang rendah setiap perlawanan. Dan cuba main "simple". Inshallah, berjayalah.

p/s: Sekarang daripada 5 cup, tinggal dua je manjadi perebutan. Tak ingin melihat trophy-less season. :(

14 December 2012

Libur: Broga Hills


Secara personalnya, aku jenis sukakan aktiviti lasak dan mencabar diri. Sewaktu aku muda dulu, aku gemar ikut dan join group-group outdoor pergi camping sana sini. Panjat gunung sana, turun bukit sini, naik flying fox, absailing dan sebagainya. Bila teringat balik, pergh aku rasa sangat seronok. Alhamdulillah... aku masih lagi mampu tersenyum sebab hidup aku bermakna.

So, sekian kalinya selepas dah lama tinggalkan aktiviti macam ni, member aku si Razali ajak naik bukit Broga untuk tengok sunrise. Memang aku join. Walaupun tak setinggi tempat-tempat lain, tapi dengan kondisi badan yang dah lama tak bergerak ni, aku membayangkan ia pasti menjadi satu hari yang sangat lama, hehehe. So, aku, isteri aku dan Razali pun set satu date untuk pergi sana.



Pada hari yang kami pergi tu, keadaan agak dingin. Sepatutnya pergi sehari sebelum tu, tapi memandangkan hujan yang turun bagaikan mutiara, maka ter-cancel la niat kami secara semula jadi. Time pergi tu, jalan terbaik lengang. Smooth jer. Ibarat Broga tu memanggil-manggil. Dah sampai kat sana, pergh memang gelap. So, andai korang nak panjat Broga untuk tengok matahari, korang kena bawak lampu suluh. Kalau boleh yang jenis lekap kat kepala tu. Senang sket nak hiking. Lagi satu, sila pastikan yang korang sampai dalam pukul 5.30 pagi. Perjalanan nak naik ke atas tu ambil masa dalam 45 - 60 minit. Kalau hiker-hiker yang dah hustler tu, boleh sampai lebih awal.

Pastikan juga korang bawak air masak dan air manis untuk memanjat bukit tu. Bawa juga coklat untuk tenaga. Preferably, bar coklat atau coklat bentuk doy. Perjalanan nak panjat Broga ni tidaklah begitu tricky dan susah. Tapi agak penat sebab path dia lebih bentuk macam bertangga yang memerlukan kekuatan betis dan peha yang tinggi. Tanah dia jenis tanah lembut, so waktu hujan memang sangat-sangat tidak digalakkan untuk mendaki. Kang nanti ada pulak yang berguling-guling turun sampai stall air kelapa yang terletak di kaki bukit Broga tu kang.


Masa kami naik tu, memang terbaiklah sebab sorang pun tak bawak torchlight. So, aku terpaksa suluh gunakan smartphone aku dan itulah pasalnya aku nasihatkan supaya bawak torchlight. Tak selesa woo mendaki dengan tangan kena pegang smartphone. Tak balance tu satu hal, kok kalau apa-apa jadik pastu terlepas smartphone jatuh? Tak ke menangis sorang-sorang kat atas tu?

Memang betul. Aku dapat agak yang badan aku ni memang dah lama tak buat aktiviti macam ni. Boleh rasa bila separuh perjalanan naik tu, badan aku start meragam. Lagi-lagi betis dan dada aku. Macam baru kena tumbuk dengan Stone Cold Steve Austin kat dada ni. Semput. Mujurlah aku dan isteri aku tak makan banyak sebelum daki tu. Bukan macam member aku si Razali tu. Hmm.... takpe lah. Better aku tak ceritakan kisah selanjutnya. Hehehe.

Lebih kurang pukul 6.50 pagi, kami sampai salah satu puncak bukit tu. Ye.. bukit tu banyak puncak ye.  Bukan satu tempat jer. Kalau teruskan berjalan memang merentas Semenyih aku rasa. Jadi di situlah kami dapat melihat keindahan alam ciptaan-Nya. Dapat hirup udara segar yang terasa ibarat membersihkan paru-paru dari menghidu asap rokok dan pencemaran yang terdapat di kota raya. Best sangat. Masa tu kami dapat melihat mentari yang seolah-olah baru bangun dari tidur. Damai je rasa. So, seperti orang-orang lain, selepas dah sampai puncak, lepak dulu. Minum air. Makan coklat. Rileks. Dan......bergambar!!












p/s: Aku rasa tak lama lagi aku nak naik lagi la. Tak puas rasanya naik sekali jer. Huhu.

Let's Interact!

me>