14 December 2012

Libur: Broga Hills


Secara personalnya, aku jenis sukakan aktiviti lasak dan mencabar diri. Sewaktu aku muda dulu, aku gemar ikut dan join group-group outdoor pergi camping sana sini. Panjat gunung sana, turun bukit sini, naik flying fox, absailing dan sebagainya. Bila teringat balik, pergh aku rasa sangat seronok. Alhamdulillah... aku masih lagi mampu tersenyum sebab hidup aku bermakna.

So, sekian kalinya selepas dah lama tinggalkan aktiviti macam ni, member aku si Razali ajak naik bukit Broga untuk tengok sunrise. Memang aku join. Walaupun tak setinggi tempat-tempat lain, tapi dengan kondisi badan yang dah lama tak bergerak ni, aku membayangkan ia pasti menjadi satu hari yang sangat lama, hehehe. So, aku, isteri aku dan Razali pun set satu date untuk pergi sana.



Pada hari yang kami pergi tu, keadaan agak dingin. Sepatutnya pergi sehari sebelum tu, tapi memandangkan hujan yang turun bagaikan mutiara, maka ter-cancel la niat kami secara semula jadi. Time pergi tu, jalan terbaik lengang. Smooth jer. Ibarat Broga tu memanggil-manggil. Dah sampai kat sana, pergh memang gelap. So, andai korang nak panjat Broga untuk tengok matahari, korang kena bawak lampu suluh. Kalau boleh yang jenis lekap kat kepala tu. Senang sket nak hiking. Lagi satu, sila pastikan yang korang sampai dalam pukul 5.30 pagi. Perjalanan nak naik ke atas tu ambil masa dalam 45 - 60 minit. Kalau hiker-hiker yang dah hustler tu, boleh sampai lebih awal.

Pastikan juga korang bawak air masak dan air manis untuk memanjat bukit tu. Bawa juga coklat untuk tenaga. Preferably, bar coklat atau coklat bentuk doy. Perjalanan nak panjat Broga ni tidaklah begitu tricky dan susah. Tapi agak penat sebab path dia lebih bentuk macam bertangga yang memerlukan kekuatan betis dan peha yang tinggi. Tanah dia jenis tanah lembut, so waktu hujan memang sangat-sangat tidak digalakkan untuk mendaki. Kang nanti ada pulak yang berguling-guling turun sampai stall air kelapa yang terletak di kaki bukit Broga tu kang.


Masa kami naik tu, memang terbaiklah sebab sorang pun tak bawak torchlight. So, aku terpaksa suluh gunakan smartphone aku dan itulah pasalnya aku nasihatkan supaya bawak torchlight. Tak selesa woo mendaki dengan tangan kena pegang smartphone. Tak balance tu satu hal, kok kalau apa-apa jadik pastu terlepas smartphone jatuh? Tak ke menangis sorang-sorang kat atas tu?

Memang betul. Aku dapat agak yang badan aku ni memang dah lama tak buat aktiviti macam ni. Boleh rasa bila separuh perjalanan naik tu, badan aku start meragam. Lagi-lagi betis dan dada aku. Macam baru kena tumbuk dengan Stone Cold Steve Austin kat dada ni. Semput. Mujurlah aku dan isteri aku tak makan banyak sebelum daki tu. Bukan macam member aku si Razali tu. Hmm.... takpe lah. Better aku tak ceritakan kisah selanjutnya. Hehehe.

Lebih kurang pukul 6.50 pagi, kami sampai salah satu puncak bukit tu. Ye.. bukit tu banyak puncak ye.  Bukan satu tempat jer. Kalau teruskan berjalan memang merentas Semenyih aku rasa. Jadi di situlah kami dapat melihat keindahan alam ciptaan-Nya. Dapat hirup udara segar yang terasa ibarat membersihkan paru-paru dari menghidu asap rokok dan pencemaran yang terdapat di kota raya. Best sangat. Masa tu kami dapat melihat mentari yang seolah-olah baru bangun dari tidur. Damai je rasa. So, seperti orang-orang lain, selepas dah sampai puncak, lepak dulu. Minum air. Makan coklat. Rileks. Dan......bergambar!!












p/s: Aku rasa tak lama lagi aku nak naik lagi la. Tak puas rasanya naik sekali jer. Huhu.

4 comments:

HiDDeN pRecIoUs said...

comelnye ayg :p

KUFAZ said...

hihihi... iye ygg... chumeiii...

Razil Tahir said...

dekat gilerr dengan rumah saye!!!

KUFAZ said...

Ye ke razil? Tinggal kat mana?

Let's Interact!

me>