02 July 2012

EURO2012 : La Roja el Champions!!


As predicted, Spain merangkul kejuaraan berprestij ini untuk sekali lagi. Ini merupakan trofi Euro mereka yang ketiga dan kali kedua berturut-turut setelah memenanginya 4 tahun yang lepas. Wow... what a game we had last night.

Jelas seperti yang dijangkakan, mereka mengamalkan permainan "Tiki-Taka" dan total football dalam tactical mereka. Ia boleh dibuktikan dengan posession mereka yang agak tinggi dalam game serta kedudukan formasi mereka yang tampak kebal dan sukar ditembusi oleh skuad Italy. Tahniah kepada skuad Spain yang selagi lagi mensampah-sarapkan jangkaan aku selama kejohanan ni. Nasib baik aku tak betting benda-benda ngarut.


As a brief summary, aku dapat lihat yang Spain main sangat konsisten. Tak macam Italy. Mereka nampak garang dalam semua segi. Bukan seperti yang dipamerkan semasa menentang Portugal tempoh hari. Serangan-serangan Italy tampak sangat manja dan sukar menandingi posession pemain Spain yang ibarat menutup segala ruang yang ada. Dengan konsep direct pass yang menjadi, game yang dipamerkan oleh Spain, nampak lancar ibarat air sungai yang deras. Tak ada ruang buat sang azzurri bernafas.

Dalam finals ini juga kita dapat lihat bagaimana Del Bosque, akhirnya menurunkan striker mereka iaitu Torres dan Mata, yang juga score menjadikan finals ini tak tumpah seperti perlawanan persahabatan. Pertembungan antara mereka sewaktu di peringkat kumpulan tampak lebih dramatik.


To be fair, Italy was not always show weakness attitude. Terdapat juga serangan mereka yang merbahaya dan seakan ada fighting spirit namun, kesemuanya sudah dipatahkan dengan keadaan Spain meneliti setiap gerakan-gerakan itu. De Natale, Balotelli dan geng, tampak tidak bermaya apabila kecergasan Spain telah porak perandakan permainan mereka setiap kali mereka menyerang. Percaturan tactical juga penting dalam sesebuah perlawanan dan coach Italy nampaknya telah membuat satu kesilapan yang besar.


Memasukkan pemain Thiago Motta jelas memusnahkan segala percaturan yang dibuat. Memandangkan pertukaran peain itu merupakan pertukaran yang terakhir yang boleh dibuat, maka ia sangat tidak sesuai dilakukan semasa perlawanan masih lagi panjang. Dan yang memeritkannya lagi adalah, pemain yang diharap dapat merubah perlawanan tersebut injured selepas 4 minit beliau dimasukkan menyebabkan selama setengah jam, Italy bermain dengan 10 orang. Di situlah impian Italy jelas berada di mulut naga hanya menunggu masa untuk dibaham.

Tiada drama yang ditunjukkan pada perlawanan akhir ini. Tiada impak dan kesengitan yang dapat ditunjukkan. Jordi Alba, David Silva, Torres dan Mata berjaya menjaringkan gol menjadikan game tersebut ibarat perlawanan memanas badan sahaja. Walaupun kesungguhan tinggi ditunjukkan oleh Italy, tetapi itu tidak mencukupi jika ingin bermain dan menentang skuad Spain yang menerapkan element determination, team work, kreativiti dan kualiti.



Syabas buat skuad Spain... takziah Italy...

p/s: Torres dan Mata scores... Can't wait for Super Cup Final pulak nanti iaitu Chelsea versus Atletico Madrid pada 1 September 2012 nanti!!

Let's Interact!

me>