04 July 2012

Game: Metal Slug


Game Metal Slug ni merupakan salah satu game yang aku anggap sebagai vintage game. Permainan video ni walaupun setua mana pun usianya, namun still terasa segar dan mantap andai dimainkan banyak kali. Ia tidak perlu grafik-grafik yang tinggi dan plot-plot yang panjang. Ia merupakan game "run and shoot" yang simple dan menyeronokan.

Game keluaran SNK Playmore ini mempunyai series dari Metal Slug 1 hingga ke Metal Slug 7 dan seterusnya Metal Slug XX. Terdapat juga dalam pelbagai version lain seperti Metal Slug Advance, Metal Slug Type-A dan juga Metal Slug 3D. Cuma buat masa sekarang, aku cuma berjaya khatam Metal Slug 1 hingga Metal Slug 7 melalui pelantar Playstation 2 aku.


Secara standardnya, terdapat 4 karekter sebagai pilihan untuk bermain game ini iaitu Marco Rossi, Tarma Roving, Eri Kasamoto dan Fiolina Germi. Terdapat juga watak "extra" yang pernah muncul iaitu Nadia Cassel dan Trevor Spacey menggantikan Eri Kasamoto dan Fiolina Germi dalam Metal Slug 4, tetapi watak tersebut hanya keluar dalam game itu sahaja. Selepas itu, the original four itu diteruskan sehingga versi yang terakhir. Dan game ni up to 2 person boleh main serentak. So boleh share enjoyment dengan pasangan anda.

Bila anda bermain Metal Slug, anda akan alami keseronokan bermain as a simple combat menentang musuh. Tiada teka teki yang harus difikirkan, tiada unsur "lesu" dan sebagainya. Ia mempersembahkan satu story line yang simple iaitu "tembak semuanya". Cuma game ini agak tricky apabila terpaksa berlawan dengan musuh yang ramai dan kepeningan apabila tembak-menembak dan letupan berlaku dengan banyak.


Menurut satu sumber, game Metal Slug ini basically adalah satu cerita penentangan skuad  Peregrine Falcon (pemain) dengan tentera-tentera di bawah naungan General Donald Morden yang berniat jahat dalam keinginan menakluk dunia ini. General Morden ini dipanggil sebagai "Antichrist" (Dajal) oleh pengikutnya dan niat jahat beliau dalam menakluk dunia ini adalah untuk merealisasikan agenda beliau untuk menubuhkan The New World Order. So, musuh-musuh yang akan ditempur oleh pemain bukan sahaja tentera beliau sahaja, tetapi juga dengan aliens, yeti, zombies dan haiwan gergasi. Senjata yang akan digunakan oleh pemain juga akan diupgrade dari satu mission ke satu mission yang lain, cuma jangan mati di tengah aksi la kerana nanti senjata anda akan berubah menjadi default kembali.

Secara keseluruhan, aku sangat gemar game ni. Aku syorkan korang main setiap satu nya dan alami game yang seakan berat tetapi ringan dan santai. Ia tidak memeningkan kepala dan akan memuaskan hati anda-anda yang suka meletupkan kereta, orang dan bangunan diluar sana. Ia ibarat menonton kartun... tetapi anda yang control nya.

p/s: Paling best kalau naik kapal terbang... Senang nak menembak musuh-musuh yang ramai tu.




Post a Comment

Let's Interact!

me>