07 July 2012

Hantu : Inception Yang Dicipta Sendiri


Is it a believe atau sekadar psychology bila kita dalam ketakutan di atas apa yang tidak pasti? Dalam pengamatan aku mengenai isu ni, aku dapati orang kita ni cukup takut atau taksub terhadap apa yang tidak dijelaskan atau terbukti secara sah.

Ibubapa for instance, cukup suka menakutkan anak-anak kecil mereka dengan sesuatu yang ghaib untk membuat anak mereka patuh pada mereka tanpa menyedari mereka telah install satu virus dalam pemikiran mereka sehingga terbawa ke dewasa.

"Ani, jangan main kat daput malam ni, nanti hantu pocong datang cekik!".

"Angah, jangan duduk kat situ, nanti hantu galah datang kang mak tak tau". 

Itu merupakan antara dialog yang biasa kita dengar di kalangan orang kita dalam mendidik anak-anak kita untuk mendengar cakap.


The question is: Is it the right way?

Personally, aku bukan seorang yang percayakan this so called "hantu" dan term-term lain yang berkaitan. It's true. Aku tiada masalah dengan kegelapan, kesunyian dan sebagainya. Yes, aku seorang muslim, And for that reason, aku menolak kepercayaan 'kehantuan' ni. Bagi aku, mereka tidak wujud. Dan yes, aku percaya adanya makhluk ghaib.

Dalam al-Quran, ada dibicarakan kewujudan jin, syaitan dab iblis. Tapi not once, ia berbicara mengenai hantu pocong, puntianak dan sebagainya. You guys can say all you want but at least, Dr. Fadzilah Kamsah agree with this too.

Kepercayaan terhadap hantu ini bagi aku hanya akan merosakkan lagi pemikiran seseorang individu. It's like a mind blocker. Membuat seseorang itu menjadi seorang penakut, tak boleh berdepan sesuatu situasi yang memerlukan kekuatan mental dan tidak boleh rely pada diri sendiri.



I'm proud to say that my late father didik aku dengan tidak incept aku dengan kepercayaan macam ni. Pernah sekali dalam hidup aku, takut dengan hantu ni. Waktu tu aku kecil lagi. I remember like it was yesterday.

"Papa, nak air"
"Ha, pergi ambil kat dapur. Adi kan dah besar."
"Takut, kat dapur ada hantu."
"Mana?! Meh tunjuk kat papa mana hantu tu biar papa halau.. kalau takde, papa SEBAT Adi!!"

Hahaha.. sejurus selepas tu aku dengan berbekalkan segala kekuatan mental, pergi ambil air aku sendiri. Yup, aku lebih takutkan sebatan papa aku berbanding khayalan hantu aku tu. Sekutang-kurangnya, sebatan papa aku tu real dan jelas sakitnya berbanding imaginasi hantu yang ntah ada atau tak kat situ. At first, bagi aku cara papa aku tu sangat kejam. But it did taught me something. First, trust yourself. Second, It's human who kills human, not demon. Let say if there's a girl walking in an alley at night, I rather worried that she going to get mugged then some hantu come and kill her.

I have that one believe dan harap sangat korang betulkan andai aku silap. Bagi aku, seperti yang dijelaskan dalam al-Quran serta dalam sabda Rasulullah SAW, Syaitan berjanji kepada Allah akan menyesatkan umat manusia supaya mengikutnya ke neraka. Mereka akan sedaya upaya menyesatkan manusia dari awal sehingga kiamat. Mereka akan mempengaruh dan berbisik kepada manusia. But, never it stated akan membuat direct contact.

So, by right, it is us with our own fear yang mewujudkan mereka. Ye, memang ada orang yang menghantar syaitan untuk menyantau atau buat perkara sihir terhadap orang lain but still the theory is the same.. It is human who kills human. Manusia punya angkara.


Bagi aku juga, pemikiran orang kita yang telah tersedia "install" dengan ketakutan ini, di "distort" kan lagi dengan pengaruh media menerusi gambar, audio dan visual. Cuba tengok berapa banyak filem yang mempersembahkan mengenai hantu-hantu yang kacau dan membunuh manusia. For me, ia merupakan penyesongan minda yang jelas. Because, the movie itself was born from a human imaginary. Dan mempercayai semua ini, kita akan terbawa-bawa di dalam minda kita sampai bila-bila.

Don't believe me? Tunggu bulan Ramadhan ni. Percaya kan bahawa semua hantu, jin, syaitan dan iblis dirantai dalam bulan mulia ni kan? Cuba try duduk dalam rumah sorang-sorang, padam semua lampu pada waktu malam. Let see jika samaada, ada hantu yang kacau atau anda sekadar mengalami fobia hasil khayalan anda sendiri. If you feel no fear or what so ever, then good for you because manage to overcome your fear and prove me wrong. If not, then fikirlah apa yang sebenarnya anda takut. Aku pasti... it's just your psychology and imagination only...

p/s: Takutlah pada TUHAN bukan HANTU..

Post a Comment

Let's Interact!

me>