05 July 2012

Game: Super Mario Bros


Haha.. sure ramai yang tertanya apa ke jadahnya la kan aku duk review game-game yang dah lama dan game-game yang still guna platform usang. Hey.. that's vintage ok. Eventhough sekarang banyak game-game yang best dengan grafik yang cantik serta gameplay yang menarik, still andai korang bukak dan main balik game-game lama, korang akan rasa keseronokan main game yang lain sikit berbanding game-game sekarang.

Orang selalu cakap,
"If you still remember Mario, then your childhood was really awesome"...

Yup, memang betul pun. Game Mario ni merupakan antara game terawal aku pernah main dan trust me, it may look simple, but it's kinda tricky at times. Bila teringat je lagu dia, aku akan teringat zaman kecil aku. Bila tengok je gameplay Super Mario ni, aku teringat waktu-waktu aku masih lagi kecik yang tak sabar-sabar balik sekolah nak main game ni. Semuanya indah dalam kepala aku.


Basically, game Super Mario ni merupakan antara game yang mempunyai plot yang paling senang iaitu adventure untuk menyelamatkan puteri. Ada dua watak dalam game ni iaitu Mario dan Luigi. Pelbagai rintangan yang akan dihadapi semasa misi menyelamatkan Princess Toadstool. Ini termasuklah dengan berdepan dengan askar-askar Bowser yang akan sedaya upaya membuat perjalanan Mario dan Luigi payah.  Dalam perjalanan mereka, terdapat item-item sebagai pembantu mereka. Mereka akan menjadi besar apabila makan Red Mushroom dan mempunyai extra life setelah makan Green Mushroom. Mario dan Luigi boleh mempunyai kuasa melontar bebola api apabila makan Fire Flower dan kebal apabila mencapai Starman.


Sounds intersting kan? Actually, ia merupakan salah satu game santai yang sesuai dimain oleh semua peringkat umur. Dalam quest mencari Princess ni, kita akan berdepan dengan pelbagai enemy dan environment. Serangan utama Mario terhadap musuh adalah melompat ke atas musuh itu sendiri. Dan effect daripada serangan ni berbeza terhadap lain-lain enemy. Sebagai contoh, Goomba akan penyek dan mati, Koopa Troopa (kura-kura) akan masuk ke dalam shell dia dan Mario boleh menggunakannya sebgai satu projectile. Itu merupakan basic 2 enemy yang akan ditentang oleh Mario, terdapat pelbagai lagi enemy dalam game ni.

So, apa kata instead main game yang berat-berat yang ada sekarang ni, jom kita mengimbau balik kenangan game-game vintage macam ni untuk mengembalikan suasana keindahan game-game oldschool ni...

p/s: Teringat kat console pertama aku iaitu Nintendo... sigh..




Post a Comment

Let's Interact!

me>