24 July 2012

Ramadhan 2012: Zakat Fitrah


Sempena bulan Ramadhan al-Mubarak yang sedang dinikmati oleh kita semua sekarang, aku rasa tak keterlaluan jika aku ingin ber'slang'kan channel The Kufazuke Show ini dengan beberapa input Islamik semoga dapat memberi manfaat kepada semua dan juga serba sedikit memberi ilmu kepada pembaca yang aku kasihi sekalian.

Di saat ini, kita baru sahaja melangkah ke dalam bulan mulia ini. Ramai yang terfikirkan tentang makanan yang ingin dibuat sahur dan berbuka, perniagaan nak dibuat untuk mengambil kesempatan pintu rezeki yang terbuka luas, solat terawih, baju raya yang nak ditempah dan sebagainya. Tapi, jangan pula dilupakan tentang satu ibadah wajib yang perlu diingati untuk dibuat iaitu membayar zakat fitrah.


Zakat Fitrah juga bermaksud sebagai zakat diri. Ia difardhukan kepada lelaki dan perempuan yang berkemampuan tertakluk kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan. Ia WAJIB kepada lelaki yang mempunyai tanggungan keluarga iaitu isteri dan anak. So, jangan buat main-main. Antara lain yang diwajibkan ialah:

- Individu yang memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan kekal Islamnya.

- Anak yang lahir sebelum jatuh matahari pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.

- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari Raya.

- Seseorang yang meninggal dunia selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.

Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat dalam bentuk wang tunai ataupun beras yang bersamaan nilai mulai 1 Ramadan sehinggalah sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil yang dilantik ataupun di kaunter bayaran zakat yang disediakan.


Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Majlia Agama Islam Negeri-Negeri masing-masing.

Untuk tahun 2012 (1433H), kadar bayaran zakat fitrah adalah seperti berikut:



- WP Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan: RM7.00
- Selangor: RM7.00
- Kedah: RM7.00
- Pulau Pinang: RM7.00
- Perlis: RM6.00
- Perak: RM7.00
- Kelantan: RM7.00
- Pahang: RM7.00
- Terengganu: RM4.50 / RM 7.00 / RM7.60
- Johor: RM5.00 / RM8.00
- Melaka: RM6.50
- Negeri Sembilan: RM6.50
- Sarawak: RM6.50
- Sabah: RM7.00



Kalau anda sekalian nak bayar zakat fitrah terdapat masa-masa untuk menunaikan ibadah ni. So, better ikut, bukan main redah je ye. Waktu nak tunaikan zakat ni ada 5 iaitu:


1. Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal: Sebelum sembahyang Hari Raya

3. Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan

4. Waktu Makruh: Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal

5. Waktu Haram: Selepas terbenam matahari pada satu Syawal - hukumnya BERDOSA tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

So, itulah serba sedikit info mengenai zakat fitrah yang harus anda tahu ye. Jangan dibuat main dengan zakat ni ye. Andai zakat harta adalah untuk menyucikan harta yang diperolehi, apatah lagi zakat diri pula kan? Aku excited jugak kerana for the first time, aku akan bayar zakat fitrah ni kerana mempunyai isteri sekarang ni. Feel like a man kot. Haha.. Well, anyway, I wish you all the best dan mari kita terus mengejar keberkatan al-Mubarak ini.

p/s: Menunaikan zakat merupakan Rukun Islam ke-4 selepas berpuasa di bulan Ramadhan. Tak lengkap rukun Islamnya seandainya tidak ditunaikan zakat. Renung-renungkan lah.


Disaat kita meraikan Hari Lebaran dengan penuh bergaya, ingatlah pada anak-anak yang tiada ibubapa ini.. Mereka juga ingin merasai kemeriahan Aidilfitri seperti kanak-kanak yang lain.



Post a Comment

Let's Interact!

me>